HomeBeritaElisya Kini Tunangan Anak Sulung Sheila Rusly, Fasha Sandha Titipkan Pesan –...
Elisya Kini Tunangan Anak Sulung Sheila Rusly, Fasha Sandha Titipkan Pesan – “Terimalah Keburukan & Kebaikan Masing-Masing Kerana Manusia Diciptakan Tuhan Tak Sempurna
Berita pelakon, Elisya Sandha yang telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy baru-baru ini mendapat perhatian peminat.
Masing-masing menitipkan ucapan tahniah dan tumpang gembira dengan perkembangan jalinan cinta di antara keduanya.
Sambil membayangkan perasaan gembira dan bahagianya, kakak kepada Elisya yang juga aktres terkenal, Fasha Sandha turut memberikan coretan kata atas ikatan pertunangan yang termeterai.
“Melepaskanmu, bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah, Elisya masih lagi our baby girl.
Ads
“Walaupun berat untuk kami, sejujurnya, apa saja yang akan membuatmu bahagia, kami turuti. Bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia,” tulis Fasha.
Dia pada masa sama turut memberikan pesan agar menerima baik buruk pasangan dengan apa adanya.
“Pesanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing2 kerana manusia itu diciptakan Tuhan tidak sempurna.
Ads
“Namun, di sebalik ketidaksempurnaan itu Tuhan ciptakan bahagia antara manusia.
“Welcome to the family ,Uzair Haqimy! Alhamdulillah keluarga kami kini menjadi lebih besar. Syukur.
Ads
“Semoga kasih sayang dan cinta kalian, Kekal dan Bahagia ke Jannah,” tulisnya lagi.
Coretan indah itu dinukilkan pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini pada paparan di IG TV yang dimuat naik pada Isnin.
Sehingga kini, video tersebut sudah menerima lebih 100,000 kali tontonan di kalangan pengguna media sosial Instagram.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, terdapat pelbagai aktiviti yang tidak dapat dilakukan akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.
Pelakon senior Shamsul Ghau Ghau misalnya meluahkan ada rasa rindu untuk menunaikan tiang agama di masjid selain melakukan rutin harian seperti lazimnya.
Malah, dia turut berhajat untuk menjelajah ke masjid terpilih seluruh negara dengan menaiki motorsikal.
Lantas, gambar tersebut menjadi perhatian peminat dan rata-rata meninggalkan kata pujian.
Untuk rekod, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaoina dilahirkan pada 21 November 1995 di Taiping, Perak.
Bintang tinggi lampai ini terlebih dahulu aktif dalam dunia peragaan dan pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid sebelum aktif dalam seni lakon.
Foto : Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Raut wajahnya tenang dan senyuman sentiasa terukir di bibir.
Walau beberapa kali lapkan air mata dan bergetar suara menahan tangis tatkala berkongsi kisah kehilangan suami dan anak-anak, namun penyanyi Nora Ariffin terus reda dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Genap 40 hari pemergian anakanda tercinta, arwah Alif Johan, Nora mengimbau kembali detik terakhir bersama arwah.
Jelasnya, Allah mengambil Alif pada waktu dan keadaan yang sangat tepat.
“Saya sangat bersyukur kerana arwah diambil kembali pada waktu dan tempat yang sangat tepat.
“Sewaktu Alif menghantar saya ke lapangan terbang, dia membawa bersama anak bongsu saya. Bayangkan sewaktu memandu pulang dan dia rebah ketika itu, apa pula akan terjadi kepada anak bongsu saya.
“Waktu mula-mula ditimpa ujian, memang berat rasanya. Namun saya selalu tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersangka baik.
“Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
“Rindu, memang sentiasa saya rindu. Namun saya berfikiran positif, saya mahu teruskan hidup. Memang saya akui tak mudah untuk tenang, tiada ibu yang tidak sedih kehilangan anak.
“Namun apa yang berlaku kepada kita ialah ketentuan Allah,” jelasnya kepada MH.
Cekalnya hati seorang isteri dan ibu apabila kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh masa yang agak rapat.
Bahkan, jelas penyanyi Hanya Satu ini lagi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Kita sayangkan anak namun Allah lebih sayangkan dia. Allah tahu apa yang terbaik. Dunia ini sebentar sahaja, jadi lebih baik sekiranya saya tumpukan ke akhirat.
“Suami selalu pesan, hidup sementara, kemuncaknya kita semua ingin ke syurga. Seperti anak saya, dia pergi dalam usia 20 tahun, mungkin itu yang terbaik untuknya. Saya reda. Saya ampunkan segala dosanya.
“Saya tiada rasa sedih atau mengeluh kenapa ia berlaku, saya nampak hikmahnya Allah beri nikmat lain yang tidak pernah terlintas dalam hidup saya sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada Majlis Tahlil dan Pengumuman Duta Umrah ECO di Bangi.
Mengakui sukar menerima kehilangan arwah suami sementelah kedua-duanya bagaikan belangkas, tidak pernah berpisah.
Dia juga harus bangkit demi anak-anak. Nora juga berkongsi detik seminggu sebelum pemergian arwah suami.
“Kehilangan arwah suami agak lama untuk saya terima kerana dialah jiwa saya. Namun bagaimanapun saya harus bangun kerana anak-anak perlukan saya. Tiada gunanya saya depresi, terus dalam kesedihan.
“Yakinlah, apa yang kita ada hanyalah pinjaman. Allah akan uji dengan apa yang kita sayang. Kena selalu bersangka baik. Sabar atas segala ujian, reda dan bersyukur dengan ujian yang diturunkan.
“Seminggu sebelum suami meninggal, kami berbulan madu di Jakarta. Sebelum pulang, saya peluk arwah dan katakan padanya supaya jangan tinggalkan saya.
“Maksud saya waktu itu janganlah ceraikan saya jika berlaku apa-apa. Dan beberapa hari selepas itu, arwah mula demam dan Allah ambil kembali suami saya,” tambahnya lagi.
Akur akan takdir dirinya tanpa suami dan anak yang telah pergi dahulu mengadap Ilahi, kata penyanyi berusia 46 tahun ini, jangan sesekali bergantung harapan kepada manusia.
“Sebagai suami isteri kita harus saling mengingati dan bersedia. Waktu arwah meninggal, saya risau apa yang akan berlaku kepada anak-anak andai saya pula pergi. Tapi nasihat saya, jangan risau, kita jaga amal ibadat kita dan yang lain Allah yang tentukan.
“Dahulu saya sangat bergantung harap kepada suami dan apabila Allah uji dengan kehilangannya, saya belajar bahawa kita tidak boleh bergantung kepada manusia. Memang kadang kala terfikir bila suami dan anak tiada, siapa yang akan menjaga kita, tapi fikirlah yang baik-baik,” jelasnya lagi.
Sekadar imbasan, Nora kehilangan suami, Johan Nawawi 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun manakala anak keduanya, Alif Johan meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember 2019.
Dalam perkembangan lain, Nora telah dilantik sebagai duta Umrah Eco dan akan bersama mengerjakan umrah dalam pakej ‘Umrah Eksklusif Istimewa Bersama Nora’ pada 18 Mac sehingga 29 Mac ini.