Kelibat gadis kecil molek ini di dalam industri hiburan bukan lagi asing.

Dia yang sudah menceburi bidang seni sejak berusia 14 tahun lagi banyak membintangi drama, telefilem dan juga menjadi pengacara.

Namun sejak dua tahun kebelakangan ini, kelibat Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri hanya dilihat dalam program televisyen tertentu sahaja.

IKLAN

Bahkan anak kedua daripada empat adik beradik ini juga mengakui banyak menolak tawaran berlakon dan merasa lebih selesa di pentas pengacaraan.

“Bukan tak nak berlakon atau sudah meninggalkan bidang lakonan, tapi banyak lagi kerja lain yang terpaksa saya buat kini.

 

“Saya pernah juga cuba berlakon, tapi saya rasa tak enjoy apabila berada di set penggambaran dan cepat penat.

 

“Jadi, saya ambil keputusan fokus pengacaraan buat masa ini dan bidang lakonan itu dibuat bila betul-betul ada masa bersesuaian,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media kempen Ramadhan TV3 dan TV9, kelmarin.

Tambah Elfira, biarpun tidak berlakon, namun jadualnya banyak dipenuhi dengan undangan memberi ceramah mengenai perniagaan dan pengurusan masa.

IKLAN

“Biasanya saya beri talk dengan kementerian, badan kerajaan dan persendirian.

 

“Ia lebih terarah pada beri inspirasi kepada orang lain mengenai hala tuju perniagaan dan bagaimana pengurusan masa yang betul.

 

“Selalunya sesi ceramah ini mereka sudah booking saya sejak awal tahun dan melibatkan kawasan di luar Kuala Lumpur.

 

“Sebab itu bila ada masa senggang, saya rasa lebih sesuai untuk menerima tawaran mengacara sahaja,” kata gadis berusia 23 tahun ini.

Berkongsi perkembangan terkininya, Elfira berkata, dia akan tampil program Ramadhan 101 bermula 29 Mei ini bersama Ustaz Elyas di TV9.

IKLAN

Ujarnya, rakaman 20 episod program berkenaan meninggalkan kenangan manis buatnya apabila dia dapat menyampaikan sesuatu tanpa bergantung kepada skrip.

“Program ini akan menceritakan peristiwa yang terjadi sepanjang bulan Ramadan dan turut diselitkan tip memasak dan fesyen.

 

“Pada mulanya saya risau tersalah info ketika menyampaikan, tapi ustaz itu banyak membantu.

 

“Dia juga cadangkan agar saya tidak terikat dengan skrip dan buat research sendiri. Jadi, saya boleh explain topik itu dan dia hanya menyokong cerita saya dengan hadis.

 

“Cuma yang mencabarnya, saya hanya ada masa sejam untuk cari info dan ingat kerana kami rekod lima episod sehari dan selesai dalam masa empat hari.

 

“Tapi bila selesai, saya rasa puas kerana saya dapat sampaikan apa yang saya tahu dan saya kaji tanpa terikat dengan skrip. Ia pengalaman baru buat saya,” katanya.

Ditanya tidakkah dia bimbang andai ada peminat yang melihat dia kini beralih pada program bercorak keagamaan, Elfira berkata, dia mahu dilihat sebagai seorang pengacara serba boleh.

“Sebagai manusia, kita kena cuba semua dan sifat saya juga begitu. Saya suka cuba semua dan tidak mahu dilihat sebagai pengacara yang bawa satu sisi sahaja.

 

“Saya mahu peminat dan penonton melihat sisi-sisi berbeza saya. Kalau boleh saya mahu jadi pengacara serba boleh,” jelasnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI