Berita

Elcah Selamat Bergelar Isteri, Terima Mas Kahwin Berupa Kereta Mercedes CLA45s Putih

Share

Tahniah diucapkan buat pempengaruh, Elcah yang telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya iaitu Hafizuddin pada malam Ahad.

Ia merupakan perkahwinan yang ketiga Elcah dan apa yang menjadi perhatian, Elcah atau nama sebenar Aien Hasha turut menerima mas kahwin berupa sebuah kereta Mercedes model CLA45S putih. 

Malah, kemeriahan majlis raja sehari Elcah turut dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak dan kenalan, sebagaimana yang dikongsi menerusi perkongsiannya di Instagram.

“Thank you so much yang jayakan nikah saya semalam dan so sorry to those yang tiada. InsyaAllah kita jumpa awak waktu sanding,” tulisnya di Insta Stories.

Imbas kembali, Elcah sebelum ini pernah dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 lalu.

Sebelum ini, Elcah pernah menjadi sorotan warga net selepas mendakwa dia telah diceraikan bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN