Pelakon dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan ada memuat naik sedutan sedang membuat laporan polis lengkap dengan kapsyen ‘Buat polis report jap…semoga penyangak yg sedang berleluasa di Perlis dan Kl…’ menerusi Insta Story baru-baru ini. Lalu, pelbagai telahan dibuat para pengikutnya berkaitan dengan laporan polis yang dibuat selebriti cantik ini.
Bagi mendapatkan kepastian apakah situasi sebenar yang berlaku, MH menghubungi Che Ta berhubung isu berkenaan. Katanya, sebelum ini dia ada melakukan urusan peniagaan dengan seorang lelaki beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, urusan tersebut seakan tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila individu berkenaan dikatakan tidak menjalankan khidmat sepatutnya dilakukan lebih empat bulan lalu meski pihak Che Ta sudah pun melakukan pembayaran.
“Bila saya hubungi untuk mendapatkan penjelasan, macam-macam alasan yang diberikan. Bila minta kembali duit yang sudah dibayar, katanya esok dan esok dia tu dekat dua bulan. Bila cuba hubungi lagi, dia tidak menjawab panggilan lalu saya ambil keputusan untuk buat laporan polis memandangkan bukti yang ada pun sudah cukup.
“Namun mungkin individu tersebut ada tengok Insta Story saya tempoh hari, terus dia hubungi menerusi Whatssap dan katanya akan curier cheque pada saya. Jadi saya pun nak tunggu juga. Harap-harap bukan cheque tendanglah,” katanya yang turut memaklumkan, individu itu berjanji untuk menyelesaikan masalah itu pada 25 Disember depan.
Ditanya bagaimana dia mengenali individu berkenaan, Che Ta memberitahu dia diperkenalkan daripada rakan suami sendiri.
“Rakan Zain yang kenalkannya pada saya. Jadi di sini, saya ingin berikan nasihat pada semua yang kita kena berhati-hati dengan apa sahaja urusan yang dibuat, meski pun rakan sendiri yang kenalkan. Dengan ekonomi yang kurang stabil dan ramai terdesak untuk lakukan sesuatu demi surviral hidup, ada pihak yang mungkin boleh tipu kita dan sebagainya,” kongsi Che Ta.
Lebih drastik, Che Ta juga mengakui akan kongsikan wajah individu tersebut di Instagram jika lelaki berkenaan tidak melunaskan apa yang sudah dijanjikan.
“Kalau cheque yang saya terima tak clear, saya tidak teragak-agak untuk share wajah lelaki ini. Bukan tujuan untuk aibkan orang, tetapi supaya orang lain di luar sana tidak menerima nasib sama macam saya,” luah Che Ta yang nyata geram dengan apa yang berlaku.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI