Semalam, penyanyi, Andi Bernadee baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29.
Bagi menjadikan hari tersebut penuh bermakna, rakan-rakan Andi dilihat telah membuat kejutan dengan menaburkan tepung gandum ke arah kepala penyanyi tersebut.
Video berdurasi hampir 10 saat itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Penat itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
“It’s not even 30 yet,” tulisnya.
Bagaimanapun, video tersebut ternyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang menyifatkan rakan-rakan Andi seperti sengaja membazirkan bahan makan lebih-lebih lagi sewaktu musim pendamik Covid-19 ini.
Malah, ada juga yang beranggapan bahawa tepung tersebut seeloknya disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Ads
Namun begitu, rata-rata netizen danrakan artis tetap menitipkan ucapan selamat hari lahir selain turut mendoakan semoga Andi sentiasa dimurahkan rezeki.
Ads
Terdahulu, single terbaru Andi yang juga merupakan original soundtrack (ost) bagi drama Ryan Aralyn yang berjudul Penat telah pun meraih hampir 3.6 juta tontonan di laman Youtube selepas hampir dua bulan ia dimuat naik.
Sumber: Instagram Andi Bernadee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat telah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 baru-baru ini.
Sambil mendedahkan berita gembira itu menerusi saluran YouTube, Wuvv Show, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 28, menjelaskan dia memilih tarikh tersebut selepas berbincang dan mendapat persetujuan dari keluarga kedua-dua belah pihak.
Malah, tarikh tersebut juga mudah untuk diingati.
Sehubungan dengan itu, penyanyi Mata ini turut berkongsi mengenai perjalanan majlis raja seharinya itu nanti, setakat ini.
“Hasil perbincangan, saya dan Nabil akan disatukan pada 1 Januari 2021. Majlis nikah akan diadakan di sebelah pagi dan majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam.
“Semuanya bakal mengikut prosedur operasi standard (SOP). Semoga ia berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan, insya-Allah,” kata Ayda.
Tambah Ayda yang bertunang dengan Nabil pada 28 April lalu itu lagi, persiapan perkahwinan juga sedang rancak berjalan.
“Persiapan perkahwinan sedang kami lakukan, sudah melebihi 50 peratus.
“Sekali lagi, saya memohon doa semua pihak agar majlis kami berjalan seperti yang sudah dirancang, insya-Allah,” kata Ayda.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta yang dimuat naik di saluran YouTube.
“Video ini saya dan Nabil buat khas untuk peminat, terutamanya AJ Screamers yang dah lama tak berjumpa dengan kami kerana kekangan pandemik.
“Mereka juga ingin tahu perkembangan kami, jadi video ini saya umpamakan hadiah untuk mereka yang selama ini tidak pernah lelah menyokong,” katanya lagi.
Merpati dua sejoli ini berkongsi perjalanan cinta mereka menerusi video #BilAydaJatuhCinta yang bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan hos senior, Shamsul Ghau Ghau ada mengimbau kenangan ketika saat mula bergelar selebriti terkenal, kira-kira 25 tahun yang lalu.
Ini semua terjadi selepas pengacara itu menjuarai rancangan hiburan Sinaran Passport Kegemilangan, pada tahun 1994.
Dalam pada itu, Shamsul turut berkongsi cerita permulaan perjalanan dirinya sebagai artis dibawah naungan syarikat TV3.
“25 tahun yang lalu Dari album @fadzliniza
Sahabat lama di TV3 dulu dulu.Kisah nya….
Selepas menjuarai “Sinaran Pasport Kegemilangan”
“Pak Su terus Menjadi Recording Artis Warner Music utk 2 Album.1- Beza Berbeza 95 2- Oh Ya Ya 96
“Pak Su juga Menjadi Residen Artis Utk TV3 selama 2 tahun dari tahun 95-97
Ketika Itu Pak Su Menjadi Pengacara Utk
“Program “Sinaran Pasport Kegemilangan” Bersama @dapur.lynn.alkhaired Dan ke @faroukhussain1967 P/S: nnt ada gambar Pak Su cerita lagi yer!!!,” tulisnya merakam kenangan.
Di samping itu, rata-rata peminat turut mengimbau kenangan saat Shamsul dinobatkan sebagai juara program tersebut.
Untuk rekod, Shamsul atau nama penuhnya Shamsul Azahar Alidin telah dilahirkan di Kampung Kubu Gajah, Selama, Perak Darul Ridzuan.
Lagu yang paling sinonim dengan dirinya hingga sekarang ialah Lagu Hits Buatmu. Malah bintang ini juga pernah menjadi hos Anugerah Juara Lagu.
Foto: Instagram Shamsul Ghau
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendatang baru, Aufahanie memberikan penjelasan mengenai kualiti persembahannya dalam saingan program hiburan, Vokal Mania Sabtu lalu.
Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahani Mokhtar mengakui akan kesilapan yang berlaku ketika membuat persembahan duet antara Rookie dan Idol, Indah Ruhaila.
“Sejujurnya, saya akui persembahan malam tu tidak meyakinkan, sememangnya layak kena kecam. Saya akui kesilapan.
“Bagaimanapun sejujurnya, saya berdepan masalah ‘stage fright’ memandangkan saya tak pernah membuat persembahan nyanyian dalam secara langsung di kaca televisyen.
“Sebelum ini, hanya menyertai pertandingan nyanyian dalam skala kecil saja. Apa pun, saya anggap ini sebagai satu pengalaman.
“Insya-Allah apa yang berlaku saya amil positif dan akan lebih memperbanyakkan latihan terutamanya dari segi vokal nyanyian selepas ni,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 17 tahun ini turut menjelaskan, ketika sesi saingan tersebut dia turut menghadapi masalah teknikal.
“Kalau nak diikutkan, ketika sesi latihan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah yang berlaku. Cuma ketika secara langsung, saya hadapi masalah teknikal sedikit dan seterusnya mengganggu.
“Betul, kita tidak boleh nak jangka perkara seperti itu berlaku, tinggal lagi saya yang kurang arif untuk mengawal keadaan sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian,” jelasnya lagi.
Pentas Vokal Mania yang bersiaran dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran TV3.
Vokal Mania sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana ia melibatkan 24 orang penyanyi amatur (dikenali Rookie) yang bertanding dengan empat penyanyi profesional (dikenali Idol) yang berpengalaman.
Setiap persembahan penyanyi sama ada profesional dan amatur semestinya akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.
Sementara itu, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui.
Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam dan 30 peratus lagi, juri tetap.
Semua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod, yang mana memperlihatkan seramai empat orang Rookie akan membuat persembahan di setiap episod untuk berentap dengan empat Idol dipilih secara solo dan duet bagi mengumpul mata.
Wang tunai sebanyak RM80,000 dipertaruhkan menerusi program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini, manakala Azira Shafinaz sebagai pengacara bersama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.