Wah tahniah MH ucapkan buat pelakon cantik, Eira Syazira yang telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya semalam yang merupakan seorang bayi perempuan.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh suami Eira yang juga merupakan seorang pelakon, Azad Jazmin menerusi satu video di akaun Instagramnya.

Dalam video yang dikongsikan oleh Azad, pelakon ini menyatakan bahawa dia sangat bersyukur kerana isterinya sudah selamat melahirkan anaknya yang ketiga dan kini dia mempunyai tiga orang anak perempuan.

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan sifat kelakar yang dimiliki oleh Azad, dalam video ini juga dia berkata nampaknya harapan untuk dia mendapatkan anak lelaki.

“Selamat alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan anak perempuan yang ketiga.

 

“Azad ada tiga anak perempuan, anak permpuan alhamdulillah terima kasih syukur pada ALLAH SWT.

 

“Bermakna saya masih ada harapan untuk anak lelaki,” ujarnya sambil berseloroh.

Azad juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan isterinya dipermudahkan untuk bersalin.

IKLAN

Alhamdulillah its Baby girl Tq Allah SWT

A post shared by Azad Jazmin® (GalaHad) (@azadsyazirarose) on

Sempat juga MH meninjau ruang komen video perkongsian Azad ini dan nampaknya ramai peminat dan juga pengikut pelakon ini mengucapkan tahniah yang tidak putus-putus buat Azad dan Eira.

IKLAN

aisyah_abdullah85: Alhamdullilah… tahniah@ eirasyaziraofficial… InshaAllah rezeki yang akan dtg dpt baby boy plk?

sitiazlinaruslan: Tahniah utk azad n ira dgn kelahiran bby girl puteri yg ke 3

IKLAN

lizz1585: Congras bro….xpa ramai anak perempuan….seronok anak dara pak azad ramai….kirim salam pada iera ya ?

syamiraathika: Hahaha funny guy and congratulations. May Allah bless Kak @eirasyaziraofficial good health

MH doakan agar baby membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Azad Jazmin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI