Pelakon Eira Syazira yang merupakan isteri kepada pelakon lelaki Azad Jazmin kini sedang hamil anak ketiga.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Azad menerusi akaun Instagram miliknya dengan mengatakan bahawa kedua-dua anaknya, Amarra Sofea Rose dan Ameisya Leanne Rose bakal mendapat adik tidak lama lagi.

“Alhamdulillah… Amarra Sofea Rose n Ameisya Leanne Rose nak dapat adik? tq Allah Swt for dis unexpected news… BabyMyGolddigger ni.. hehe Tq my love @eirasyaziraofficial #mygolddigger,” luah rasa syukur Azad.

Eira Syazira Hamil Anak Ketiga

Eira Syazira Hamil Anak Ketiga

Ruang komen perkongsian Azad ini dilimpahi dengan ucapan tahniah dan kata-kata doa kepada Eira serta kandungannya.

IKLAN

cooljazz21: Tahniah @azadsyazirarose moga dikurniakan baby yg sihat & comel ?

annezahzainal: tahniah..eira dan azad…kaklong arra kena jaga 2 adik

IKLAN

hassimnoraffidah: subur.. sihat… rezeki Allah beri… syukur….tumpang sangat gembira.. Tahniah

nanaaafarhana: Tahniah @azadsyazirarose @eirasyaziraofficial dan azad sekeluarga , moga segalanya dipermudah kan .. Allah nk tambah rezeki uolls sekeluargaa tuuu .. Alhmdulillah … Moga terus maju n success??

IKLAN

Pastinya sebagai seorang suami dan ayah, Azad tentu menjadi insan yang paling gembira apabila mendapat berita gembira ini.

Kami di MH Online juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Azad dan Eira yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Semoga Eira dan kandungan sentiasa dalam keadaan sihat dan segala urusan dipermudahkan sehingga saat melahirkan nanti.

Sumber: Instagram Azad Jazmin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI