Bermula sebagai seorang wartawan dan kemudiannya menceburkan diri dalam bidang lakon lagak ngeri, bintang baharu, Ahirine Ahirudin kini terus melebarkan sayap apabila kini bersama Prodigee Asia Talent (PAT).

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berjaya menarik minat syarikat pengurusan artis di bawah Web TV Asia itu kerana dia dikatakan bakal menjadi penerus legasi kepada pelakon kebanggaan negara yang kini menempa nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh.

Menurut Ahirine, meskipun harapan yang diletakkan oleh syarikat pengurusan agak tinggi, namun, dia bersedia untuk berkerja keras demi melonjakkan namanya dipersada industri seni tanah air mahupun antarabangsa.

Dulunya Wartawan & Kini Jadi Pelakon Lasak, Ahirine Ahirudin Mahu Ikut Jejak Langkah Tan Sri Michelle Yeoh Dulunya Wartawan & Kini Jadi Pelakon Lasak, Ahirine Ahirudin Mahu Ikut Jejak Langkah Tan Sri Michelle Yeoh

“Siapa je yang boleh sangkal kehebatan kerjaya yang telah dikecapi oleh Tan Sri Michelle Yeoh ini. Beliau sememangnya disukai ramai dan mempunyai nama yang sangat besar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Hollywood.

“Bila pihak menguruskan mengatakan saya ini sebagai Michelle Yeoh yang seterusnya, saya akui agak tertekan. Pada masa sama, saya juga amat berbesar hati kerana beliau sudah menjadi idola saya sejak sekian lama.

“Saya turut memasang impian untuk mengikut jejak langkah beliau. Saya sanggup memberikan segalanya untuk mencapai tahap yang telah beliau kecapi sehingga hari ini,” katanya kepada MH.

IKLAN

Dulunya Wartawan & Kini Jadi Pelakon Lasak, Ahirine Ahirudin Mahu Ikut Jejak Langkah Tan Sri Michelle Yeoh Dulunya Wartawan & Kini Jadi Pelakon Lasak, Ahirine Ahirudin Mahu Ikut Jejak Langkah Tan Sri Michelle Yeoh

Ahirine yang amat meminati sukan permotoran dan muay thai ini turut menambah, kerjaya sebagai pelakon aksi lagak ngeri sedikit sebanyak telah membuka peluangnya untuk bergelar pelakon.

“Dulu, nama saya selalu ditolak bila hadir ke casting tapi bila dapat peluang untuk menjadi pelakon aksi lagak ngeri walaupun harus mengenakan topi keledar, saya dah gembira sangat.

“Saya tak kisah untuk bermula daripada bawah. Sebagai contoh, semasa berlakon filem Remp-it 2, pada mulanya, saya hanya ditawarkan peranan sebagai ‘body double’.

IKLAN

“Kemudian, pengarah, Farid Kamil nampak bakat saya dan berikan salah satu watak utama kepada saya,” kongsinya lagi.

Dulunya Wartawan & Kini Jadi Pelakon Lasak, Ahirine Ahirudin Mahu Ikut Jejak Langkah Tan Sri Michelle Yeoh Dulunya Wartawan & Kini Jadi Pelakon Lasak, Ahirine Ahirudin Mahu Ikut Jejak Langkah Tan Sri Michelle Yeoh

Ketika lakonannya di dalam filem Gadis Jolobu dikritik hebat netizen sehingga ada yang menggelarkan dirinya pelakon ‘kayu’, Ahirine mendedahkan dia tidak berasa hati sebaliknya bersedia untuk menambah baik mutu lakonannya itu.

IKLAN

“Sebagai pelakon baru, saya akui banyak lagi ilmu lakonan yang harus saya pelajari. Saya tidak akan berhenti belajar dan akan cuba sehabis baik.

“Mungkin sebelum ini saya banyak berlakon sambil memakai helmet jadi, ekspresi wajah tak selalu nampak. Sekarang dah lain, saya kena bersedia dari segala aspek.

“Pihak pengurusan juga akan menghantar saya ke kelas-kelas lakonan sebagai persiapan untuk diri saya sendiri,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ahirine bakal tampil menerusi dua filem baharu itu What! The Heist dan Remp-it 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Ahirine Akhirudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI