
Tahniah diucapkan kepada aktres Fasha Sandha yang kini mencatat satu lagi pencapaian dalam perjalanan kerjayanya apabila diumumkan sebagai wajah pilihan bagi pelancaran produk terbaharu Dunia Herbs.
Jenama berkenaan secara rasmi melancarkan losyen Mustajab Mini Sauna dengan pilihan wangian eksklusif yang sekali gus memperkenalkan Fasha Sandha sebagai figura yang mewakili identiti dan nilai jenama tersebut.
Pemilihan Tepat Fasha Sandha
Menurut Pengarah Dunia Herbs, Wan Noramira Wan Rosdi, pemilihan Fasha Sandha bukan dibuat secara kebetulan, sebaliknya berdasarkan personaliti dan konsistensi aktres itu yang seiring dengan hala tuju jenama Dunia Herbs.
“Fasha Sandha seorang pelakon terkenal tanah air yang lakonannya dipuji dan mendapat sambutan oleh perbagai peringkat penonton. Ia secara tidak langsung menunjukkan kesungguhannya dalam melakukan sesuatu.
“Saya melihat Fasha Sandha dan Dunia Herbs mempunyai kerasian dan kerjasama yang sangat baik dan secara kebetulan kami berkongsi nilai yang sama iaitu konsisten dan tetap relevan di bidang masing-masing,” katanya.
Tambah Noramira, kehadiran Fasha diyakini mampu memberi impak positif terhadap penerimaan losyen Mustajab Mini Sauna di pasaran, memandangkan komitmen pelakon itu yang sentiasa memberikan idea dan pandangan bernas.
“Kami juga akan memperluaskan pasaran losyen wangian ini kepada golongan muda yang mencari produk untuk menyelesaikan masalah seperti lenguh badan atau senggugut, selain inginkan kesegaran badan,” ujarnya lagi.

Tuah & Rezeki
Sementara itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz juga mendedahkan dirinya tidak berfikir panjang untuk menerima pelawaan tersebut kerana produk tersebut sememangnya sudah lama menjadi pilihan keluarganya.
“Keluarga saya memang pengguna Mustajab. Apabila ditawarkan sebagai duta, saya tanya kalau ada formula baharu yang boleh buat Gen Z jatuh cinta. Dari situ tercetusnya idea losyen dengan pilihan wangian ini,” katanya.
Tambah Fasha, selain keberkesanan, aspek bauan turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan keyakinan pengguna.
“Dulu suami menjauh apabila bau minyak wangi yang terlalu kuat, sekarang makin mendekat sebab wangi,” katanya berseloroh, sambil bersyukur atas rezeki yang diterimanya.
Pelantikan Fasha Sandha ini turut menyambung legasi Dunia Herbs yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar seperti Kuza, Nora Danish dan selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi.
Item itu tampil dengan empat pilihan wangian iaitu Quince & Tulip, Golden Oud, Blooming Peach dan Amouge, bagi memenuhi keperluan dan citarasa pengguna pelbagai peringkat usia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial Nilai disiplin yang ‘tiptop’ & rezeki Fasha Sandha, kini dilantik sebagai duta satu jenama pula hari ini. Tahniah✨🌹 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Classical piano performance “letter to parents” – Popolony
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




