Kalau korang lihat sekarang ini ramai para selebriti yang menjalani gaya hidup sihat dengan mengawal pemakanan untuk menurunkan berat badan.

Sebelum ini Rahim Sepahtu, Zulin Aziz, Billa Najmi, dan ramai lagi selebriti yang dulunya berisi kini dilihat sudah semakin kurus.

Pelawak popular, Abam juga kini sedang mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dengan mengawal pengambilan makanannya.

Menurut Abam dia akan berhenti makan sebelum jam lapan malam dan mungurangkan makanan serta minuman manis.

Ads

“Malam saya akan berhenti makan sebelum pukul lapan malam dan saya akan kurangkan gula. Malam saya akan minum air kosong dan siang juga cuma pagi saya akan ambil gula sikit untuk energy,” katanya kepada MH ketika di majlis sidang media Bocey & Friends Live baru-baru ini.

Abam berkata kini dia di dalam fasa untuk membiasakan dirinya mengurangkan kuantiti pengambilan makanan berat yang selalu diambilnya sebelum ini.

“Saya sekarang sedang membiasakan diri untuk kurangkan makan benda-benda berat macam gula, nasi dan saya akan ambil lebih banyak protein,” katanya.

Pelawak ini juga berkata, dia tidak rekod berapa banyak jumlah berat yang sudah diturunkan tetapi hanya memantau daripada saiz seluarnya sahaja.

Ads

“Saya tak timbang berat tapi saya ukur pada seluar, kalau sebelum ni seluar saya saiz 56 tapi sekarang saiz 54 pun saya dah boleh pakai,” katanya lagi.

Bagi Abam, dia tidak mahu menimbang berat badannya kerana risau jika selepas berhempas pulas mengawal pemakanan, berat hanya turun sedikit sahaja dan itu boleh mematahkan semangatnya.

“Saya taknak timbang berat daripada mula sampai sekarang katalah 2kg saja turun, mesti kita rasa macam ‘ala takkan 2kg je turun, takyah diet la macam ni’ jadi benda ni boleh patahkan semangat kita,” katanya lagi.

Abam juga berkata, dia turut merasakan perubahan terhadap dirinya, di mana dia merasakan badannya semakin ringan dan kurang mengah seperti dahulu.

Ads

Dalam pada itu, Abam berkata penguat semangatnya untuk menurunkan berat badan adalah kerana dia teringin berlakon cerita aksi.

“Penguat semangat saya sebenarnya, saya nak berlakon cerita aksi, cerita perang-perang, fighting sebab orang badan besar ni kebanyakannya orang tak percaya yang kita boleh buat.

 

“Jadi saya nak kuruskan badan sikit dan nanti saya akan masuk kelas kardio untuk turunkan lagi berat badan cuma sekarang ini saya adjust dulu cara pemakanan saya,” katanya.

Tambahnya lagi dia meletakkan target permulaan untuk menurunkan berat sebanyak 20kg ke 40kg dan itu sudah cukup baik untuknya buat permulaan.

“Untuk setahun ni saya target nak turunkan dalam 20kg ke 40kg dah kira ok dah. Saya taknak paksa sebab manusia ni bila kena paksa dia berat sikit nak buat dan sebab tu saya nak buat secara santai je buat perlahan-lahan,” katanya lagi.

MH doakan semoga segala usaha Abam untuk menguruskan badan mendapat hasil yang diinginkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI