Dugaan Bertimpa, Anak Ketiga Diserang Demam Kuning, Kini Anak Kedua Datin Almy Nadia Pula Alami Influenza A

Share

Belum pun redha dengan penyakit demam kuning yang dialami anak Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz tempoh hari iaitu Nur Afrina Ayra, kini terjadi pula kepada anak kedua mereka, Nur Aurora yang tidak sihat. 

Difahamkan, anaknya yang berusia 2 tahun itu kini mengalami demam influenza A. 

Lalu, pelakon berkenaan meminta doa peminat agar kesihatan anak-anakknya kembali pulih seperti biasa.

“Tolong doakan my princess Aurora cepat sembuh…Demam influenza A.. kuarantin jawabnya.. esok papanya pula nak pergi singapore utk celebfest pulok.. nasib mama dah kuat.. syukur Alhamdulillah…doakan anak mama cepat sembuh ya semua,” tulis Almy. 

Susulan itu, netizen turut mendoakan kesihatan Aurora dan memberi kata-kata semangat buat Almy. 

Terdahulu, anak Almy dan Fizz yang dilahirkan pada 15 Disember lalu kini ditahan di dalam tiub biru kerana mengalami masalah demam kuning. 

Apa-apa pun, semoga Almy dan Fizz tabah dalam membesarkan anak-anak ya! 

Foto: IG Almy Nadia 

IKLAN