Aktres Rita Rudaini akhirnya bersemuka dengan dua individu yang meninggalkan komen menerusi media sosial aktres tersebut yang berniat jahat mempersoal taraf anak-anaknya.
Sekali gus, ia memberi kesan buruk terhadap kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, menerusi salah satu foto yang dimuat naik.
Dua lelaki yang dimaksudkan, tampil memohon maaf secara terbuka sekali gus mengakui tindakan mereka memfitnah status kedua anak lelaki pelakon, Rita Rudaini di Instagram dan Facebook.
Dua individu berkenaan ialah Ahmad Najib Mat Arif, 38, yang juga pengguna akaun Instagram @ahmadsan81 dan Hafiidz Ahmad Mustaffa, 39, pengguna akaun Facebook.
“Apabila komen tersebut diperkatakan, ia tidak berhenti di situ saja hingga jadi tular.
“Malah anak-anak turut ditanya mengenai hal sama. Jadi bila hal itu berlaku, rasanya saya patut ambil tindakan sewajarnya atas nasihat peguam,” jelas Rita kepada MH.
Ads
Pelakon tersebut pada masa sama turut menjelaskan, keduanya sudah mengakui kesilapan atas apa yang ditulis mereka menerusi media sosial miliknya.
“Melalui percakapan yang direkod, keduanya mengakui kesilapan berdasarkan komen yang ditulis di akaun IG dan Facebook saya.
“Saya berharap pernohonan maaf mereka ikhlas dan tidak akan buat lagi. Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya lagi.
Peguam yang dilantik Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Naya, pula menegaskan pihaknya masih mempertimbangkan untuk membuat saman malu.
Ads
“Memandangkan perkara ini sudah menular di semua platform media sosial dan berangkai, anak guam saya akan mempertimbangkan untuk saman malu.
“Perkara ini juga memberi kesan kepada dua anak Rita apabila mereka turut ditanya di sekolah mengenai status mereka dan isu ini.
“Sekali gus, ia mencalar imej, maruah diri dan kredibiliti Rita. Apa pun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Ads
Terdahulu, laporan polis berhubung perkara tersebut telah dibuat bintang Mami Jarum itu dengan diwakili peguam pada 21 Oktober lalu di Balai Polis Kota Damansara jam 2.30 petang.
Momen paling berharga dalam diri seorang yang bergelar ibu adalah ketika melahirkan permata hati.
Tambahan pula, momen tersebut adalah saat melahirkan cahaya mata sulung.
Ia merupakan pengalaman pertama dalam hidup apabila dianugerahkan zuriat hasil daripada perkahwinan bersama suami tercinta.
Jadi, MH senaraikan 10 selebriti wanita yang selamat menimang cahaya mata setakat Oktober ini.
1. Elfira Loy
Sepakat memilih nama anak sulung Muhammad Rayyan Khalaf, pasangan Elfira Loy dan Khairol Faris Anuar teruja akan kehadiran ahli keluarga baru.
Rayyan yang lahir pada 1 Oktober lalu seberat 3.68 kg di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan kini mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Popular dengan filem Kami The Movie, pelakon Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan anak perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 13 Julai lalu.
Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Tiga tahun mendirikan rumah tangga iaitu pada 21 Februari 2016, Anzalna dan suami, Hanif Zaki akhrinya dikurniakan seorang bayi lelaki comel bernama Mohamad Eidrees.
Eidress dilahirkan pada 31 Mei di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Vokalis kumpulan Sakura Band, Melley Matius atau mesra disapa Mell berkahwin dengan ahli kumpulan 6ixth Sense iaitu Mohammad Safwan (Wan) pada Sepetember 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung, Marissa Sofea seberat 3.00 kg.
Bekas penyanyi Tasha Manshahar sering berkongsi pengalaman dan tips ketika bersalin menerusi Instagramnya.
Telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer, Raqib Majid pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Mereka dikurniakan anak sulung, Muammar Rafiqi pada 21 Jun lalu.
Berkongsi Igtv di laman Instagram, Mawar Rashid berkongsi pengumuman istimewa untuk peminat. Jelas Mawar dia bakal berkongsi tips kecantikan setiap hari Jumaat bersama pengikut di laman sosialnya.
Namun apa yang menarik perhatian adalah setiap butir lograt Kelantan yang keluar daripada mulutnya.
“Pengumuman ke-2 terpenting❗
Patut memang Mawar nak post first Mawar Sharing Friday video malam ni, tapi I think tak sempat today, sebab nak edit dulu video tu. So stay tune! Follow @mawar.nakbantu and subscribe youtube Mawar kat link bio,” tulisnya.
Tidak dinafikan, untuk menceburi dalam bidang perniagaan bukan satu perkara yang mudah.
Malah, banyak perkara yang harus dititikberatkan terutama sekali soal perkerja yang perlu diambil kira.
Baru-baru ini, pelakon Hanis Zalikha telah meluangkan masa bersama perkerjanya di taman tema permainan, Sunway Lagoon.
Difahamkan, ia sebagai tanda bagi menghargai segala usaha perkerjanya yang komited dalam menjayakan perniagaan yang diuruskan bersama suami, Hairul Hazreen.
“Time, money & effort spent on the people you love is never wasted. These people are family to us and making them happy makes us happy.
“Not only they work hard for the team, they always shower us with beautiful doas for our rezeki together,” tulisnya.
Bayangkan bagaimana seorang wanita menjalinkan hubungan cinta yang bermula dengan satu muslihat. Sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan kekuatan jiwa yang...