Drama rantaian berjudul Sabarlah Duhai Hati yang bersiaran di slot Akasia, TV3 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi.
Pelakon utamanya, Saharul Ridzwan yang mendukung watak sebagai Affan menitipkan ucapan terima kepada semua yang setia menonton drama bersiri terbitan Suhan Movies itu.
Sambil memanjat rasa syukur, Saharul atau nama lengkapnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan terhadap lakonannya menerusi drama berkenaan.
Ads
“Alhamdulillah. Terima kasih utk 35 hari anda bersama Sabarlah Duhai Hati. Yang kurang yang tak sampai, saya minta maaf,” tulisnya.
Aktor berusia 32 tahun juga berharap agar penonton mendapat mesej baik yang ingin disampaikan sepanjang ia bersiaran.
Ads
“Semoga ada kebaikan yang dapat disampaikan. InShaaAllah, ada rezeki yang baik, kita bertemu lagi. Amin Ya Allah! Salam PKP 3.0 Jaga Diri,” tulisnya.
Sabarlah Duhai Hati turut dibintangi pelakon Amyra Rosli di samping Puteri Sarah Liyana, Iman Suhana, Izzue Islam, Datin Fadilah Mansor dan ramai lagi.
Foto: Instagram Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Alyah memohon orang ramai agar mendoakan keluarga kakaknya yang menetap di Johor, telah disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran terkini di Instagram, Alyah menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu ujian berat dan apa yang mampu dilakukan ketika ini adalah memanjatkan doa.
“Beratnya dugaan kakak aku ya Allah swt. Dan aku hanya mampu berdoa dari kejauhan. Wahai sahabat ig ku sesungguhnya aku buntu kerna aku tidak mampu berbuat apa apa kecuali berdoa.
“Duduklah dibelakangku bersama berdoa dgn ku buat kakakku yg berada di wad c19, Abg iparku yg dikuarantinkan, seorang anak sedaraku yg telah dikomakan, seorang lagi yg dikuarantinkan di pasir gudang dan 3 dikuarantin dirumah. Dugaan besar buat keluarga kakakku,” pinta penyanyi Meluruh ini.
Dia pada masa sama turut meminta agar kilang yang tidak sepatutnya beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan penuh 3.0 (PKP3.0) ditutup sementara bagi mencegah penularan wabak.
“Terima kasih atas doanya wahai sahabat ig ku. Aku benar benar harap kilang2 yg tak sepatutnya beroperasi di tutup sementara wabah ini tidak dapat dibendung.
“Kakak ku berniaga di kafe sebuah kilang di gelang patah (yeh brother) semasa keputusan kedua anak sedaraku positive c19 kilang terbabit masih beroperasi dan kilang terbabit adalah kilang perabot,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut berdoa semoga semuanya dipermudahkan.
Isteri kepada pemuzik, Datuk Ramli MS itu juga sebelum ini berkongsi salah seorang anak saudaranya yang dikenali sebagai Siti Nazirah Aziz terpaksa ‘ditidurkan’ kerana kesukaran bernafas akibat Covid-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ruhainies menyifatkan keserasian yang terjalin bersama aktor Zul Ariffin menerusi drama Wifi Sebelah Rumah berjaya memberi impak sehingga ada yang meminta mereka untuk betul-betul bercinta.
Menurut Ruhainies, usikan tersebut suatu yang normal memandangkan mereka disatukan sebagai pasangan bercinta di dalam drama yang disiarkan secara ekaklusif di di Disney+ Hotstar itu.
“Bagi saya bila ada permintaan sedemikian hingga ke luar set, secara tak langsung menunjukkan drama tersebut berjayalah kerana penonton boleh nampak keserasian serta kemanisan babak yang dibawa.
“Baik saya dan Zul, kami profesional dan senang bila digandingkan bersama. Malah perkara tersebut buatkan proses penggambaran jadi lebih lancar.
“Terima kasih juga buat pelakon lain yang turut sama membantu. Senang cakap, dia seorang kawan yang baik,” katanya.
Ditanya mengenai sikap Zul sepanjang beberapa minggu di lokasi penggambaran, Ruhainies menyifatkan aktor tersebut sebagai pelakon yang komited dan tidak pentingkan diri.
“Dia seorang yang mengambil berat mengenai sesebuah naskhah yang dibawa. Tidak pentingkan diri dan menyokong ‘team’ untuk sama-sama berikan yang terbaik.
“Kami kerap berbincang untuk berikan lebih ‘warna’ terhadap sesuatu babak. Kalau nak diikutkan, kami tidak ikut 100 peratus skrip. Masing-masing boleh lontarkan idea berbincang bersama pengarah, Shuhaimi Zulkefli,” katanya.
Pada masa sama, Ruhainies turut melihat Zul sebagai seorang yang tenang.
“Dia ‘cheerfull’, tak pernah tunjuk dia ada masalah dan macam tak pernah marah. Malah mungkin ramai tak tahu, dia suka makan Nasi Kandar. Sekali makan dua bungkus! Ada juga masanya dia tiba-tiba akan tempah set makanan untuk satu produksi makan. Dia pemurah suka belanja,” katanya lagi.
Selain Zul dan Ruhainies, drama 16 episod itu turut dibarisi Keith Foo, Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengetahui, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan kembali ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) sebagai satu inisiatif bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa bantuan yang bakal diberikan pihak kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi perutusan khas Bantuan PKP 3.0 yang disiarkan langsung semalam, Isnin malam.
Serentak dengan pengumuman berkenaan, ramai yang memberikan reaksi.
Lalu, pengarah dan penerbit Michael Ang misalnya, tampil memberikan pandangan dengan menyatakan rasa kesal terhadap segelintir individu yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan bantuan yang telah diputuskan oleh pihak kerajaan.
“Apoooo la kau orang ni kerajaan dah bantu pun kau orang masih banyak bising dan tak puas hati! Dah dah la, sikit ke banyak ke pertolongan tu tetap pertolongan kan!
“Tak akan nak suap kau orang 3 meals sehari baru kau orang puas hati! Nasib baik aku bukan PM, kalau aku PM pertolongan yang kerajaan bagi hanya untuk orang dah di vaccine dan register untuk vaccine!
“Kalau tak, tak dapat! Nak ke macam tu? Help the government to help ourselves ok!,” tulisnya.
“Salam semua! Nak ke aku jadi PM! Kalau aku PM tu la yg Aku Akan buat sebab alang dah kena bagi bantuan lagi baik aku dapat sesuatu balik dari kau org!
“Siapa setuju! Hehehehheheh luv u all n be safe!,” tulis Michael pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi masing-masing.
Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Permulaan di bulan pertama tahun 2026, Astro tidak menunggu lama untuk meneruskan cengkaman dan rentak kecemerlangan sebagai antara peneraju ‘Home Of Originals’ yang menyajikan kandungan-kandungan yang lebih segar buat para penontonnya.