Karya arahanWan Afzam Wan Daud, Di Sisi dinobat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.
Drama tersebut merupakan drama di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Jadi,jomlihat senarai penuh pemenangASK 2019!
Drama Terbaik Di Sisi- Unit Drama TV,RTM
Filem Terbaik One Two Jaga- Pixel Play Entertaiment
Pelakon Wanita Terbaik Drama Nabila Huda-Dia Tidak Berdosa
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Faizal Hussein- Samad Tedung
Pelakon Wanita Terbaik Filem Datin Diana Danielle- Gol & Gincu Vol 2
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Dr.Rosdeen Suboh-One Two Jaga
Ads
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Zara Zya-Pia
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian Datuk Fizz Fairuz- Kamar Kamariah
Drama Rantain Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) Kamar Kamariah-Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) Sweet Delicacy- The Rock Production Sdn.Bhd
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Siti Saleha -7ujuh
Ads
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Zahiril Adzim -One Two Jaga
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Amyza Aznan- Batik Zakiah
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Ruzaidi Rahman-Di Sisi
Drama Komedi Terbaik Budak Usin-Radius One Sdn.Bhd
Pengarah Terbaik Filem Mamat Khalid-Hantu Kak Limah
Videografi Drama Terbaik Junaimeramfizal Rahmat- Telingkah
Rancangan Majalah Terbaik Sahabat Backpackers
Rancangan Realiti Terbaik The Z Power,8TV
Lakon Layar Terbaik Pitt Hanif,Namron,Mohd Syafiq-One Two Jaga
Lakon TV Terbaik Amin Masyur- Di Sisi
Penyunting Drama Terbaik Izar Masuri- Di Sisi
Mengekalkan konsep tidak menampilkan hos utama, enam pasangan selebriti popular iaitu Zizan Razak,Nabila Huda, Rozita Che Wan & Zain Saidin, Siti Sarah & Shuib, Syatilla Melvin & Shaheizy Sam, Eira Syazira & Azad Jazmin dan Elly Mazlein & Shuk Sahar menggalas tanggungjawab bagi menyampaikan anugerah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Ia bukan tugas kami (tiada penyingkiran atau sebaliknya), kami pihak juri hanya ditugaskan untuk memberi markah.” Itu kata ketua juri program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Datuk Ramli MS ketika ditanya pendiriannya apabila tiada peserta yang tersingkir pada minggu kelima konsert yang bersiaran malam tadi.
Jelasnya lagi, setiap keputusan yang dibuat berkaitan hal berkenaan adalah terletak atas pihak Astro.
“Kalau kamu kata bersetuju untuk adanya penyingkiran, maknanya peserta yang menduduki ranking paling bawah akan terkeluarlah.
“Apa pun setiap keputusan sama ada ada penyingkiran atau sebaliknya adalah di bawah pihak Astro,” katanya selepas ditanya sama ada kesemua peserta minggu ini selayaknya diselamatkan minggu ini atau sebaliknya.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Mohd Kamal menjelaskan pihaknya memang sudah merancang untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran pada minggu kelima konsert.
“Memang sudah dirancang, tiada penyingkiran untuk konsert kelima. Kalau nak diikutkan, sekarang ada 10 peserta bertanding, ada minggu ‘yang lebih’ untuk siri konsert seterusnya.
“Jadi kalau ada penyingkiran yang banyak, ia akan menjadi pendek dari sudut ‘content’. Itu adalah antara strategi kami untuk mengekalkan ‘content’ dalam GV kali ini.
“Bagaimanapun ada kemungkinan peserta akan disingkirkan dua sekali gus selepas ini. Apa pun sudah tentu ia akan melalui proses perbincangan bersama pihak juri dan produksi.
“Lazimnya, selepas selesai konsert kami akan berbincang sama ada untuk singkirkan satu atau dua peserta yang mempunyai markah paling rendah,” terang Emarina.
Terdahulu, konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan Nurfatimah mengumpul markah paling rendah di kalangan para peserta lainnya dengan mengumpul markah sebanyak 50 peratus.
Bintang itu menyampaikan lagu Can’t Fight the Moonlight yang dipopularkan oleh LeAnn Rimes.
Kesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam pula tampil sebagai juri jemputan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri melancarkan sebuah program baru, Akademi A-Comel yang mengumpul 12 orang peserta di kalangan mereka yang mengalami masalah obesiti untuk sama-sama menjalani gaya hidup sihat seterusnya mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Katanya kepada MH, program yang bakal berjalan selama tiga bulan itu antara lain adalah bertujuan untuk membuktikan golongan sedemikian juga punya motivasi dan semangat untuk berubah, seterusnya membina keyakinan dalam diri.
“Kami tubuhkan Akademi A-Comel ini kerana saya melihat ramai yang berbadan comel yang ingin lakukan aktiviti sihat misalnya mahu ke gim, akan tetapi ia terhalang kerana dihina segelintir pihak.
“Jadi ada yang rasa malu. Bila ada akademi sedemikian, mereka berkumpul dan seterusnya bina keyakinan diri dan semangat,” katanya yang mendapat lebih 5,000 peserta yang ingin mendaftar di akademi tersebut.
Jelas Aliff lagi, minimum berat para peserta adalah seberat 110kg dan maksimum 300kg. Usahawan ini ditemui pada majlis pelancaran Akademi A-Comel di Sugeh Resort, Sungai Buloh pada Selasa.
Aliff pada masa sama turut memberitahu, pelbagai kriteria turut diambil kira bagi menyertai A-Comel, seperti tidak malu untuk berkongsi cerita di hadapan lensa.
“Tapi kebanyakannya tidak mahu berada di depan lensa kamera. Malu dan tak mahu ke depan. Jadi yang terpilih ini, mereka tidak rasa malu-malu untuk ketengahkan wajah mereka.
“Dalam tiga bulan berada di akademi, mereka perlu mengikuti aktiviti sihat yang telah disediakan. Jadi mereka akan disingkirkan setiap minggu, bergantung kepada undian mereka menerusi Facebook selain perubahan berat badan.
“Hadiah keseluruhan pula bernilai RM15,000,” akui Aliff yang berhabis kira-kira RM1 juta termasuk kos produksi dan pengiklanan demi A-Comel.
Ditanya mengenai akan timbul isu ‘body shaming’ atau eksploitasi selepas ia ditayangkan, Aliff ada jawapannya sendiri.
“Gemuk tu bahasa kasar, saya tidak kata mereka gemuk tetapi comel. Apa yang saya ingin tonjolkan di sini ialah, kebanyakan program yang ada sekarang adalah untuk lagu serta lakonan sahaja. Tapi tiada ada pertandingan yang sedemikian.
“Niat saya satu sahaja, nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia, amalkan gaya hidup sihat dan di akademi A-Comel itu nanti, ada CCTV yang akan awasi mereka 24jam tanpa telefon bimbit.
“Mereka akan didenda kalau mahu tarik diri. Malah peserta yang menyertainya juga adalah di kalangan yang mempunyai kerjaya yang baik.
“Kami tidaklah menjanjikan mereka mesti turun berat badan akan tetapi, apa yang kami target ialah sekurang-kurangnya minimum ada penurunan antara 5 hingga 15 kilogram dalam masa sebulan.
“Orang badan comel pun nak sihat, mahu ke depan. Apa yang boleh saya kongsikan pengalaman pahit mereka, ada kena cerai, ada yang susah nak pakai baju dalam sebab terlalu besar, kulit berpalik dan sebagainya.
“Jadi momen tersebut saya kongsikan kepada publik untuk masyarakat nampak juga sisi mereka yang berbadan comel ini jangan pandang rendah dalam A-Comel.
“Malah, peserta yang terpilih juga diwajibkan untuk bertemu dengan doktor bertauliah terlebih dahulu. Kami akan ketahui status kesihatan mereka dahulu.
“Jangan lupa saksikan episod pertamanya yang bermula hari ini, jam 8.00 malam, setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat di saluran YouTube TV Terlajak Laris ,” kongsi Aliff yang sasarkan tontonan lebih sejuta tontonan di platform media sosial.