Menurut pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril, dia tertarik dengan satu kenyataan yang menyatakan ‘Fathers are expected to be silent & absent & unreliable & selfish but we have to accept them’ menerusi filem Marriage Story lakonan Adam Driver and Scarlett Johansson.

Ulasnya, satu dunia akur dengan pemahaman bahawa seorang ayah dan suami tidak punya pengetahuan mengenai anak, tidak membantu isteri, tidak boleh dipercayai dan sibuk dengan dunia sendiri.

Namun, doktor popular ini punya alasan kukuh mengapa rata-rata kaum lelaki bersikap demikian.

Jelasnya, biarpun tidak tahu untuk menjangkakan akan perihal anak, namun para bapa bertungkus lumus menyediakan segala keperluan terbaik untuk keluarga.

“Topik : Cara Kami Berbeza

IKLAN

“Asyik backup kaum bini ja, arini mai sembang pasal kaum suami. Semalam masa sy tengok cerita Marriage Story kat Netflix ada satu part menarik ayatnya “Fathers are expected to be silent & absent & unreliable & selfish but we have to accept them”. Terbahak-bahak bini gelak. Tapi lega sungguh hati sy dengar ayat ni, kiranya satu dunia tahu baseline seorang suami/ ayah yakni dungu tak tahu apa2 pasal anak (silent), bini macam kematian suami (absent), tak boleh dipercayai menjaga anak (unreliable) & sibuk dengan dunia sendiri (selfish)

“Tapi meh sy backup kaum sy. Ada sebab kenapa kami macam ni. Mungkin ya kami tak tau bila anak tu patut disuap susu/ kami tak dapat bau yg anak tu berak/ kami tak dapat menjangkakan bahaya yg bakal mendatang sekiranya kami biarkan anak tu bebas berlegar di ruang rumah TAPI kami tahu yg anak itu perlukan electric supaya anak itu dapat tidur dlm keadaan berhawa diingin yg selesa, kami tahu yg kami perlu lakukan sesuatu supaya susu & pampers anak sentiasa ada, kami tahu sekiranya si isteri penat kami ada di sebelah untuk mengambil alih tugasnya biarlah untuk 5 minit sekalipun,” jelasnya.

Bapa kepada seorang anak itu juga tidak menafikan hakikat kaum lelaki cuai dan kurang peka, namun itu tidak bermakna kasih sayang kepada anak juga kurang berbanding si ibu.

IKLAN

“Tak dinafikan kami lalai, cuai, leka, kurang peka tapi semua ini doesnt make kami kurang/ tidak sayang pada anak itu berbanding si isteri. WELL BEING & FUTURE bukan sahaja anak itu, malah bini & juga ibu bapa are constantly running dalam otak kami. Sebab tu kami tak banyak bercakap kerana jika kami diberi peluang, terduduk si isteri mendengar segala yg tersirat di hati & juga pemikiran kami,” ulasnya lagi.

Kata Say, golongan lelaki menunjukkan kasih sayang dengan cara yang sangat berbeza dengan wanita.

IKLAN

“Kesimpulannya, cara lelaki menunjukkan kasih sayang sangat berbeza berbanding wanita. Boleh kira berapa kali ja ayah sy peluk & cium pipi sy lagi2 bila dah besar ni, akan tetapi tak putus ayah sy menasihati sy tentang apa jua perkara yg sy ingin lakukan. Jadi sayangilah kami seadanya. Tak banyak pun kami minta selain daripada pengurangan tahap pembebelan, alangkah indahnya dapat sebiji kereta/ sepasang sneakers even better sekaki payung emas. Dah, pergi sayang suami korang & bisik manja di telinganya “nanti ayang belikan abang sekaki payung emas k?”. Nescaya sujud syukur suami itu. Sekian,” terangnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Topik : Cara Kami Berbeza Asyik backup kaum bini ja, arini mai sembang pasal kaum suami. Semalam masa sy tengok cerita Marriage Story kat Netflix ada satu part menarik ayatnya “Fathers are expected to be silent & absent & unreliable & selfish but we have to accept them”. Terbahak-bahak bini gelak. Tapi lega sungguh hati sy dengar ayat ni, kiranya satu dunia tahu baseline seorang suami/ ayah yakni dungu tak tahu apa2 pasal anak (silent), bini macam kematian suami (absent), tak boleh dipercayai menjaga anak (unreliable) & sibuk dengan dunia sendiri (selfish) Tapi meh sy backup kaum sy. Ada sebab kenapa kami macam ni. Mungkin ya kami tak tau bila anak tu patut disuap susu/ kami tak dapat bau yg anak tu berak/ kami tak dapat menjangkakan bahaya yg bakal mendatang sekiranya kami biarkan anak tu bebas berlegar di ruang rumah TAPI kami tahu yg anak itu perlukan electric supaya anak itu dapat tidur dlm keadaan berhawa diingin yg selesa, kami tahu yg kami perlu lakukan sesuatu supaya susu & pampers anak sentiasa ada, kami tahu sekiranya si isteri penat kami ada di sebelah untuk mengambil alih tugasnya biarlah untuk 5 minit sekalipun. Tak dinafikan kami lalai, cuai, leka, kurang peka tapi semua ini doesnt make kami kurang/ tidak sayang pada anak itu berbanding si isteri. WELL BEING & FUTURE bukan sahaja anak itu, malah bini & juga ibu bapa are constantly running dalam otak kami. Sebab tu kami tak banyak bercakap kerana jika kami diberi peluang, terduduk si isteri mendengar segala yg tersirat di hati & juga pemikiran kami. Kesimpulannya, cara lelaki menunjukkan kasih sayang sangat berbeza berbanding wanita. Boleh kira berapa kali ja ayah sy peluk & cium pipi sy lagi2 bila dah besar ni, akan tetapi tak putus ayah sy menasihati sy tentang apa jua perkara yg sy ingin lakukan. Jadi sayangilah kami seadanya. Tak banyak pun kami minta selain daripada pengurangan tahap pembebelan, alangkah indahnya dapat sebiji kereta/ sepasang sneakers even better sekaki payung emas. Dah, pergi sayang suami korang & bisik manja di telinganya “nanti ayang belikan abang sekaki payung emas k?”. Nescaya sujud syukur suami itu. Sekian

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Sekadar imbasan, Dr Say berkahwin dengan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei tahun lalu.

Foto : Instagram Say Shazril

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI