Jika sesiapa yang sering mengikuti laman sosial Instagram milik Dr Amalina Bakri pasti menyedari dia jarang sekali berkongsikan secara jelas wajah cahaya mata pertamanya, Arabella Mia itu secara langsung kepada umum.
Namun, khas buat meraikan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Alexander Charles yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Amalina akhirnya mendedahkan wajah puterinya itu buat tatapan semua.
Berkongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis itu berlangsung, kedua ibu bapa mentua Dr Amalina, 36, turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.
“Hari yang mengujakan! Minggu lalu merupakan satu momen bahagia dalam hidup kami.
“Selepas mendirikan rumah tangga lebih dua tahun, akhirnya kami dapat meraikan majlis ini bersama ahli keluarga serta sahabat handai di KL.
Naskhah Anwar: The Untold Story yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, semalam.
Berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, filem biopik berdurasi 108 minit itu ditayangkan di lebih 1,000 skrin membabitkan 120 pawagam di seluruh Malaysia.
DMY Creation selaku pengedar rasmi filem Anwar: The Untold Story mengesahkan, kutipan RM1 juta diperoleh pada hari pertama tayangan biarpun bersaing dengan filem antarabangsa, Fast X.
Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff berkata, pihaknya tidak menyangka kebanyakan pawagam di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak penuh pada hari pertama tayangan.
“Kami bersyukur filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd ini meraih sambutan luar biasa.
“Lebih menggembirakan rakyat Malaysia memilih menonton filem biopik yang mengangkat kisah perjuangan Perdana Menteri berbanding karya antarabangsa.
“Filem Anwar: The Untold Story menjadi pembuka jalan untuk pembikin filem menghasilkan filem biopik mengenai tokoh lain pada masa depan.
“Ia sekali gus membuktikan penerimaan penonton terhadap naskhah biopik berdasarkan kisah benar tokoh negarawan yang masih hidup,” katanya.
Tambahnya, pihaknya juga menerima rating antara 8 hingga 10 untuk filem lakonan Farid Kamil yang memegang watak sebagai Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.
Selain itu, filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif yang juga penulis cerita asal filem, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar bersyukur sambutan luar biasa yang diterima.
“Menerusi hasil tinjauan, orang ramai tidak melepaskan peluang memenuhi beberapa pawagam terpilih sekitar Lembah Klang seperti di Atria, MBO, Paradigm Mall, One Utama dan KLCC untuk menonton filem ini.
“Kami berharap sambutan terhadap filem Anwar: The Untold Story akan berterusan kerana kami mensasarkan kutipan tinggi untuk filem ini,” katanya.
Mengulas mengenai filem Anwar: The Untold Story lagi, kata Zunar, filem itu juga mencipta sejarah kerana menjadi filem paling banyak menerima tempahan awal oleh pawagam.
“Saya akui filem ini banyak terima tempahan lebih awal oleh pihak pawagam. Contohnya, pawagam di MidValley dan Pulau Pinang yang sudah penuh dan ditempah lebih awal untuk tayangan filem ini,” katanya.
Mengenai harapannya pada filem Anwar: The Untold Story, Zunar berharap filem itu mendapat sambutan berterusan orang ramai.
“Filem Anwar: The Untold Story ini adalah genre yang jarang ada di Malaysia kerana ia membongkar kebenaran dan apa yang berlaku pada 1988.
“Justeru, saya berharap orang ramai akan datang untuk menonton kisah benar yang tidak pernah didedahkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Flem Anwar: The Untold Story juga menyaksikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhalizamenyanyikan lagu runut bunyi filem berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.
Selain Malaysia sebagai lokasi utama, filem Anwar: The Untold Story menjalani penggambaran di Indonesia.
Anwar: The Untold Story mengisahkan perjuangan dan pengorbanan Anwar menentang amalan rasuah dengan sokongan isterinya.
Filem memfokuskan bagaimana Anwar tegas menolak pelbagai jenis imbuhan dan wang tunai menyebabkannya difitnah dalam konspirasi besar hingga dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan sehingga beberapa hari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Industri muzik antarabangsa kehilangan sebutir permata legenda, Tina Turner, dalam satu kenyataan pada 24 Mei.
Mendiang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 83 tahun dan pemergiannya itu telah disahkan oleh pihak jurucakap bintang berkenaan.
“Dengan penuh kesedihan kami mengumumkan pemergian Tina Turner,” tulis kenyataan itu dalam media sosial rasminya.
Menurut kenyataan itu lagi, pemergian Tina Turner pasti dirindui oleh para peminatnya di seluruh dunia.
“Dengan muzik dan semangatnya, dia telah memikat berjuta-juta peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang-bintang masa depan,” terang kenyataan terbabit.
Mendiang yang popular dengan lagu The Best, Proud Mary dan I Don’t Wanna Lose You itu difahamkan meninggal dunia selepas kira-kira lima bulan kematian anak lelakinya, Ike Turner Ronnie.
Menurut pakar perubatan di Los Angeles, Ronnie meninggal dunia pada usia 62 tahun, pada 8 Disember tahun lalu akibat komplikasi ‘metastatic colon carcinoma’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Foto: NME, Waldina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pergolakan rumah tangga membabitkan pelakon Puteri Sarah memasuki episod baharu apabila aktres itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap suaminya, pengarah kontroversi, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada pagi Isnin.
Menurut peguam Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata aktres itu memfailkan tuntutan nusyuz antaranya disebabkan pengarah itu tidak bertanggungjawab namun tidak boleh memperincikan terma-terma kepada umum.
Selain itu, Puteri Sarah turut memfailkan pembelaan tuntutan nusyuz yang dikemukakan Syamsul terhadap dirinya pada 21 Mac lalu.
“Kita sudah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Syamsul serta memfailkan permohonan pembelaan terhadap dakwaan nusyuz yang difailkan Syamsul kepada Puteri sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu tidak menghadirkan diri pada sebutan kes hari ini.
Sementara itu, peguam Syamsul pula, Azmi Mohd Rais berkata pihaknya akan meneliti terhadap tuntutan nusyuz yang difailkan Puteri Sarah selaku defendan dan akan menjawab pembelaan dalam masa terdekat.
“Oleh kerana dokumen baharu diperoleh pada hari ini, pihaknya akan memfailkan pembelaan di atas tuntutan nusyuz yang difailkan Puteri Sarah,” katanya.
Susulan itu, Hakim Maizatul Che Din telah menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes berkenaan dengan kedua-dua belah pihak dijangka hadir ke mahkamah.
Pada 21 Mac lalu, Syamsul, 39, memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Dia mendakwa Puteri Sarah sering menghubungi bekas kekasih yang berstatus suami orang, sehingga mengganggu rumah tangga lelaki itu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...