“Don’t Tell Me How To Raise My Child,”- Tahu Apa Terbaik, Nina Iskandar Beri Pesan Buat ‘Si Kaki Menyibuk’?

Share

Pelakon, Nina Iskandar ada memberikan pesan buat segelintir individu di luar sana supaya usah mencampuri segala urusan berkaitan caranya menjaga dan menguruskan anaknya.

Menurut Nina, dia mempunyai cara tersendiri dalam memastikan apa yang terbaik buat anaknya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin.

“Jangan ajar saya bagaimana caranya untuk membesarkan anak saya sendiri. Anda mempunyai cara yang tersendiri, begitu juga dengan saya.

“Jika satu hari nanti saya perlukan pendapat anda, saya akan minta sendiri,” tulisnya.

Posting tersebut dikongsikan oleh Nina memerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah Nina lagi, buat masa kini, dia akan berikan apa sahaja yang terbaik demi memastikan keselesaan anaknya itu.

“Buat masa ini, biarlah Rizqin nak makan apa sahaja yang dia mahukan dan biarlah dia nak lakukan apa sahaja yang dia mahu.

“Lagipun, dia anak saya. Awak jaga anak awak okay,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap posting ibu berusia 29 tahun itu.

Sebelum ini, Nina ada berkongsi inisiatifnya sendiri untuk memberikan anaknya makanan pejal sebagai persediaan untuk melalui proses cerai susu.

Lantaran itu, Nina telah menerima pelbagai reaksi dan pandangan daripada orang ramai mengenai kaedahnya itu.

Terdahulu, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Azlan Adzanan pada April 2019 dan kini dikurnikan seorang cahaya mata yang baru berusia tujuh bulan.

Sumber: Instagram Nina Iskandar

IKLAN