Usahawan terkenal, Hafiz Mahamad kecewa selepas mengetahui anak kepada pekerjanya didakwa telah menjadi mangsa cabul seorang guru lelaki di rumah pengasuh.

Guru terbabit dikatakan telah menyentuh bahagian kemaluan kanak-kanak tersebut sehingga dia berasa trauma.

Malah, pihak doktor juga telah mengesahkan terdapat kesan sentuhan di bahagian sulit kanak-kanak tersebut.

Jelas Hafiz, dia juga tidak dapat menahan sebak sewaktu melawat ibu dan anak tersebut yang ketika ini sedang dirawat di hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Sebak saya, bila dapat whatsapp anaknya dibuat begini. Menangis isteri dan team saya bila dengar ni. Ya Allah, kejamnya kamu wahai manusia.

“Anak ni kecik lagi, dia Ibu tunggal dan bukan orang senang. Dia bekerja dan amanahkan kamu wahai manusia untuk menjaga anak ni

IKLAN

“Tadi saya dan isteri terus ke hospital. Dr sahkan memang ada kesan di kemaluan. Bila sampai dan tengok tadi, kesian sangat. Ibunya menangis dan cerita anaknya banyak termenung,” tulisnya.

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Hafiz menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Katanya Hafiz lagi, selain menyerahkan kes ini kepada pihak polis, dia sebagai majikan juga akan tetap sama-sama membantu membawa perkara ini ke muka pengadilan.

IKLAN

“Ini team saya, anak dia saya anggap seperti anak sendiri. Saya serahkan pada pihak polis dan semoga ada tindakan cepat diambil

“Video ni, saya minta keizinan team saya untuk di share. Saya harap, “manusia” semakin takut untuk perlakukan kanak kanak macam ni lagi. Dengan izinnya, Allah sentiasa bersama kalian

“Saya dan team akan fikirkan untuk bantu keluarga ni macam mana nanti. Doakan kami,” ujarnya lagi.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan para selebriti nyata berang dengan tindakan guru berkenaan selain turut berharap agar ibu dan anak tersebut menadapat pembelaan yang sewajarnya.

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih 1.6 juta jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Hafiz Mahamad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI