Pelakon, Amar Baharin menyatakan kerisauannya terhadap keadaan kesihatan isterinya yang juga merupakan pelakon jelita, Amyra Amyra Rosli yang kini dikatakan mengalami beberapa simptom pelik seperti sakit-sakit badan dan batuk berpanjangan.

Menurut Amar, simptom-simptom tersebut sebenarnya telah berlarutan semenjak isterinya disahkan positif Covid-19 sejak awal Mac yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

“Wife saya tak berasa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention).

“Batuk tak berhenti. Semua ini terjadi selepas positif SARS-CoV-2 6 Mac 2022,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut mendedahkan pihak doktor juga dikatakan gagal untuk mengesan penyakit yang dialami oleh isterinya itu.

“Doktor Masih Tak Dapat Solution, Kami Tengah Ikhtiar,” – Kaki Lebam, Sakit Sendi & Batuk, Amar Baharin Risau Simptom Pelik Amyra Rosli “Doktor Masih Tak Dapat Solution, Kami Tengah Ikhtiar,” – Kaki Lebam, Sakit Sendi & Batuk, Amar Baharin Risau Simptom Pelik Amyra Rosli

IKLAN

Lantaran itu, Amar turut memohon saranan dan petua daripada semua pihak untuk berkongsi mengenai rawatan yang patut dijalani oleh isterinya itu.

“Ada sesiapa yang alami benda yang sama? Ada jalan penyelesaian tak? Sebab doktor masih tak dapat solution kepada penyakit dia.

“Kalau ada mohon share please. Kami tengah ikhtiar,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga keadaan Amyra dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

“Same. Tak ambik apa-apa. If dapat rehat I just rest, kerja pun ikut kemampuan je.

IKLAN

“Speedy recovery Myra .. if possible go to do medical check up maybe help to know the condition better.

“Allahuakbar. Semoga cepat sembuh Myra.

“Long covid syndrome maybe.

“Allahuakbar. Semoga diberikan kesembuhan segera pada @aamyrarosli . Amin Ya Rabbal Alamin,” antara komen-komen netizen di Instagram.

IKLAN

“Doktor Masih Tak Dapat Solution, Kami Tengah Ikhtiar,” – Kaki Lebam, Sakit Sendi & Batuk, Amar Baharin Risau Simptom Pelik Amyra Rosli “Doktor Masih Tak Dapat Solution, Kami Tengah Ikhtiar,” – Kaki Lebam, Sakit Sendi & Batuk, Amar Baharin Risau Simptom Pelik Amyra Rosli

Untuk rekod, Amar dan Amyra telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 November 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut , pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.

“Doktor Masih Tak Dapat Solution, Kami Tengah Ikhtiar,” – Kaki Lebam, Sakit Sendi & Batuk, Amar Baharin Risau Simptom Pelik Amyra Rosli

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Amar Baharin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI