Ernie Zakri mengakui selesa berkawan dengan rakan duetnya menerusi lagu Aku Cinta, Syamel. Tidak betah atau melatah apabila ditanya mengenai sejauhmana status hubungan di antara mereka berdua, penyanyi Jangan Marah ini bagaimanapun mengharapkan peminat mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.

Kongsi Erni kepada MH, chemistry yang wujud di antara dia dan Syamel bukanlah suatu yang yang bukan dibuat-buat. Sebaliknya, masing-masing selesa berkawan atau lebih tepat dikatakan ‘satu kepala’.

“Rasanya tak salah pun, memandangkan kami bersahabat baik, malah sejak program DuoStar lagi. Terpulang kepada orang di luar sana nak kata kami bercinta atau apa, sebab bagi saya kami hanya berkawan,” katanya jujur.

Ditanya andai hubungan yang dijalin itu bertukar menjadi rasa cinta, Ernie secara profesional tidak menolak andai itu sudah jodoh, cuma pada fasa sekarang lebih baik dia memikirkan soal kejaya terlebih dahulu.

IKLAN

“Doakan Yang Terbaik Untuk Diri Dan Kerjaya Saya, Serta Syamel Juga…” – Jawapan Pro Ernie Zakri Bila Dikata Bercinta Dengan Syamel

“Just doakan yang terbaik untuk diri dan kerjaya saya, serta Syamel juga,” jelasnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Ernie dan Syamel yang bakal berpadu suara untuk Aku Cinta di Anugerah Juara Lagu-32 (AJL32) Ahad ini cuba memberikan yang terbaik, apatah lagi pentas mega itu merupakan pengalaman pertama seumpamanya bagi mereka.

IKLAN

“Kalah memang itu bukan soalnya. Kami hanya mahu bersaing dan cuba persembahkan yang terbaik. Cuma saya kena pastikan kondisi kesihatan berada pada tahap memuaskan agar stamina tidak terjejas pada malam final, insya-Allah,” harap Ernie.

Selain Aku Cinta, 11 buah lagu lain yang bakal berentap ialah Aku Yang Sebenar dendangan Hazama, Amboi (Altimet), Bayang (Khai Bahar), Akhirnya Cinta (Salma), Jampi (Hael Husaini), Lebih Sempurna (Syamel) dan Sejati (Azmi Caliph Buskers),

IKLAN

Empat buah lagu lain yang turut bersaing ialah Menahan Rindu (Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Warkah Untukmu (Ara Johari) dan Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah).

https://www.youtube.com/watch?v=SCSA2A-Uyig

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI