“Doakan Selamat Perjalanan Pergi Dan Balik Kedua Orang Tua Saya,” – Bakal Jalani Pembedahan Buang Batu Karang Di Buah Pinggang, Ain Sufia Mohon Doa Buat Bapa
Pelawak dan pelakon Ain Sufia, 33, memaklumkan kesihatan bapanya kini tidak berapa baik apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Serdang dari Hospital Seremban dengan menaiki ambulance bagi menjalani prosedur pembedahan membuang batu karang di kedua-dua belah buah pinggangnya.
Masalah tersebut secara langsung turut menyebabkan bahagian belah kiri buah pinggang bapanya membengkak.
Menurut Ain, bapanya turut mempunyai penyanyi kencing manis.
“Assalamualaikum. Umi Abah saya dah gerak drpd Hospital Seremban ke Hospital Serdang dengan ambulance utk pembedahan buang batu karang di kedua2 buah pinggang.
“Bukan ada 1 je batu karang tu tapi banyak dlm buah pinggang dan sebelah kiri agak besar sehinggakan buah pinggang sblh kiri bengkak. Buah pinggang tak dapat menapis dgn baik sebab terhalang dek batu karang.
“Abah jugak ada kencing manis dan kini dah insulin. Saya mohon semua mendoakan urusan pembedahan Abah berjalan lancar dan dipermudahkan. Doakan selamat perjalanan pergi dan balik kedua orang tua saya.
Ads
“Selepas selesai pembedahan abah akan dibawa semula ke Hospital Seremban.
Saya tak boleh nak pergi sebab bawak baby,” tulis ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Ain turut menjelaskan dia juga rasa risau dengan penularan wabak coronavirus yang sedang melanda ketika ini dan mendoakan agar semuanya berada dalam keadaan baik.
“Ada tambahan yg merisaukan saya lagi sebab dah ada penularan #covıd19 Di Seremban dan pastinya dia dikuarantin di Hospital Seremban HTTJ!
Ads
“Semoga Allah lindungi kedua ibu bapaku dan semua yg ada hospital drpd wabak penyakit, penyakit berjangkit.
“Rasulullah pernah bersabda ; ” Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya.
“Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya”.
Ads
“Jadi apa lah pilihan yg kita ada. Sama2 kita doa. Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari penyakit belang, gila, kusta dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya,” tulisnya panjang lebar.
Sebelum ini, Ain merupakan anggota kumpulan Awok pernah menyertai program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak pada 2014 dan Projek Komedi Warna pada 2015.
Foto: Instagram Ain Sufia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menolak kemungkinan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini sementelah ramai rakan selebriti lain memilih tahun 2020 untuk bergelar raja sehari, Syafiq Kyle memberitahu meski dia memasang niat untuk berkahwin, namun dia perlu membuat persediaan mental sebelum menjadi ketua keluarga.
Jelasnya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Summeraya 2020 Rico Rinaldi, dia punya impian untuk disatukan sebagai suami isteri, namun kekangan masa dan ilmu sebagai ketua keluarga harus dipelajari terlebih dahulu.
“Ibu dan bapa saya berpesan, kalau berkawan dengan wanita, yang penting kalau tiada duit nak kahwin kena pasang niat untuk berkahwin. Dan saya sudah pasang niat tapi tak kahwin lagi.
“Saya kena hormat waktu pasangan saya dan dia pun kena hormat masa saya. Dan ibu bapa membiarkan kami membuat keputusan sendiri.
“Kami bekerja dalam bidang ini dan waktu pun tidak menentu. Apa yang saya perlu buat ialah sediakan diri terlebih dahulu untuk menjadi ketua keluarga dan suami.
“Banyak tanggungjawab sebelum saya nak menjaga anak dara orang. Itu lagi penting daripada saya fikirkan bila nak kahwin,” jelasnya kepada MH.
Terlepas peluang menjadi tahun 2020 sebagai tarikh keramat, aktor popular ini berseloroh memilih tahun 2022 sebagai tahun untuk menamatkan zaman bujang.
“Kalau 2020 bila ada tarikh yang cantik lagi ya? Mendirikan rumah tangga merupakan impian setiap lelaki. Saya ada impian dan niat untuk berkahwin.
“Ada lagi tak tahun yang cantik? Mungkin 2022?,” seloroh bintang Nur ini.
Dalam perkembangan lain, Syafiq Kyle berkolaborasi dengan pereka terkenal, Rico Rinaldi untuk keluaran baju kasual raya lelaki dan perempuan dengan tema Summeraya 2020.
Fattah Amin kini tampil dengan lagu Bebas ciptaan Rudy Nastia serta lirik Leo Azman di bawah label Universal Music Sdn Bhdyang telah pun dilancarkan secara rasmi pada Khamis.
Turut dilancarkan serentak ialah video muzik lagu berkenaan yang diarahkan Thaqif Saadon di saluran YouTube.
Bebas mengangkat bagaimana setiap permasalahan sosial atau isu membabitkan mental khususnya pasti ada cara membebaskan diri daripada terus dibelenggu dengan kesedihan serta kemurungan.
“Melihat kepada judul lagu ini secara jelas juga membawa kita kepada erti sebuah kebebasan dan tidak mahu terus terbelenggu dengan hal yang negatif. Saya melihat cara penyampaian lagu ini ditujukan kepada sesiapa saja termasuk peminat yang berdepan masalah sosial termasuk kemurungan.
“Lagu ini cuba menyalurkan semangat baru dan menyuntik motivasi sekali gus mahu membebaskan daripada bebanan dan tekanan masalah dialami. Pada akhirnya juga kita harus yakin dan percaya dengan diri, bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan keluar daripada kepompong itu. Kita harus ingat masih ada orang sekeliling termasuk keluarga dan kawan yang boleh menyokong kita daripada terus larut tanpa arah tujuan.
“Jika diteliti bait lirik lagu ini ia sebenarnya membawa mesej positif kepada yang mendengarnya,” kata pemenang Hero Remaja 2012/13 ini.
Pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini juga menjelaskan dia banyak melihat naskhah lagu terbabit dengan melihat isteri tercinta sebagai inspirasi paling istimewa.
“Tak dinafikan Bebas banyak mengambil inspirasi daripada isteri saya. Dia sendiri memang sudah lama menyebarkan segala elemen dan aura positif dalam hidup termasuk di media sosial.
“Apabila saya menjadi suaminya, inspirasi itu jadi bertambah dekat dalam diri. Kalau perasaan sebelum ini pun dia ada menyebarkan elemen positif menerusi lagu Sayangi Dirimu,” katanya lagi.
Buat kali pertamanya juga pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin ini turur terbabit dari proses awal hingga akhir penghasilan lagu berkenaan.
“Sebelum ini lagu saya terarah kepada elemen romantik dan cinta. Jadi dengan pelbagai masalah sosial yang kita baca dan dengari setiap hari beberapa tahun kebelakangan ini, saya percaya sekarang masa yang sesuai untuk mengambil satu langkah ke hadapan dalam kerjaya nyanyian.
“Sampai bila saya nak terus selesa menyanyi lagu berkonsep cintan cintun. Saya juga mahu ada pembaharuan dalam aliran seni. Saya mahu beralih arah ke sesuatu yang boleh memberi manfaat bersama sambil berhibur. Saya lihat ini juga langkah untuk saya tidak statik dengan apa yang ada sekali gus dapat melonjakkan kerjaya seni.
“Bebas ini saya sifatkan sebagai hadiah untuk peminat dan penyokong yang terus setia berada di belakang. Saya yakin peminat contohnya tidak hanya mahu mendengar lagu cinta semata-mata. Peminat saya ada di pelbagai peringkat umur termasuk dewasa dan muda yang pastinya terpalit dengan masalah semasa. Lagu ini cara saya sumbangkan sesuatu untuk peminat juga masyarakat terutama dalam memberi nasihat dan panduan menaikkan semangat yang hilang,” katanya.
Lapan tahun menceburi arena seni, Fattah secara peribadi turut merakam rasa bangga dengan perkembangan dirinya demi memastikan Bebas menjadi sebuah koleksi yang akan dikenang sampai bila bila.
“Saya teruja dan pada masa sama terharu kerana dapat terbabit sama dalam proses pembikinan lagu ini. Bukan hanya sekadar menyanyi, saya juga terbabit dengan pemilihan melodi serta bunyi untuk lagu. Saya dan komposer Helen Yap, sama-sama duduk berbincang memilih bunyi muzik yang betul betul baik.
“Malah untuk video muzik pun saya mengeluarkan input dan idea. Saya mencurahkan idea, konsep dan isi cerita dalam muzik video ini. Awalnya pihak produksi video muzik ada idea jalan cerita mereka sendiri. Namun akhirnya jalan cerita saya yang menjadi tunjang penceritaan,” akui Fattah.
Terdahulu, bintang berusia 30 tahun ini turut menegaskan yang bidang nyanyian bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, sebaliknya serius bergelar penyanyi.
“Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius. Cuma, menyanyi bukan seperti berlakon. Lakonan mengambil masa panjang, menyanyi pula rekod lagu dalam masa seminggu boleh siap. Tanggapan itu tak betul.
“Lihat bagaimana saya begitu bersemangat terbabit daripada A hingga Z untuk lagu Bebas. Daripada proses demo hinggalah ke video muzik.
“Peminat kenal saya sebagai pelakon, tetapi jujurnya, saya serius menyanyi. Saya minat menyanyi sejak zaman kolej lagi, siap ada kumpulan sendiri. Cuma ketika awal menyertai pentas seni, rezeki lakonan yang lebih dulu ditawarkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Fattah kini sedang sibuk di set penggambaran drama adaptasi novel, Pink Smile karya Luna Adresia.
Drama 20 episod yang akan menghiasi slot Lestary Tv3 itu menyaksikan dia bergandingan dengan Sweet Qismina.
Bebas telah pun berada di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer. Joox dan juga Apple Music bermula pagi 13 Mac 2020.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Lufya Omar ada berkongsi perasaanya apabila berlakunya krisis yang melanda negara kini iaitu penularan wabak Covid-19.
Kongsinya, dia berasa sedih melihat keadaan Tanah Haram yang lengang kerana kerja pembersihan sedang dilakukan.
Malah, menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia baru sahaja menjejakkan kaki ke sana pada Januari lalu.
“Bulan Januari yg lepas Fya terima ‘hadiah’ yg paling besar iaitu menjadi jemputan Allah ke Tanah Suci.
“Sehingga hari ini masa terasa rindunya subhanallah untuk kembali ke sana. Pertama kali dalam hidup terasa kesan yang mendalam ketika di sana.
“Tanah suci yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam dunia yang berpusu-pusu datang kini lengang, kosong.
“Hati ini luluh, sedeh sangat melihat video serta gambar yang menunjukkan keadaan di Makkah sekarang.Apakah ini tanda besar kiamat? ,” tulisnya.
Dalam pada itu, Lufya turut memberi pesanan mengenai tanda-tanda besar kiamat.
“Ketika matahari terbit dari Barat, maka pintu taubat ditutup lalu keluarlah binatang dabbah (binatang merayap dan boleh bercakap) yang kedatangannya untuk membezakan antara Mukmin dan Kafir dengan maksud menyempurnakan penutupan pintu taubat.
“Ya Allah selamatkan kami dari bala bencana, ampunkan kami dari dosa-dosa kecil dan besar, lindungi kami Ya Allah. Ya Allah panjangkanlah usia bumi ini, kami ingin kembali ke Tanah Suci untuk beribadah kepada Mu, berikan kami kesempatan lagi untuk menziarahi makam Nabi yang kami cintai, Rasulullah s.a.w,” akhirinya.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.