“Doakan Kesihatan Abah Saya,”- Bapa Terlantar Di Hospital, Ezad Lazim Harap Sempat Sambut Ramadan Bersama

Share

Penyanyi Ezad Lazim atau nama sebenar Mohd Rohaizad Mohd Lazim telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Menyedihkan, penyanyi berusia 39 tahun itu telah berkongsi berita sedih mengenai keadaan terkini bapanya.

“Mohon doakan kesihatan abah saya. Moga abah dapat balik bersama sama menyambut ramadhan bersama keluarga,” tulisnya.

Kongsi Ezad, bapanya kini sakit dan telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Di samping itu, penyanyi asal Alor Star, Kedah itu turut memohon peminat agar mendoakan kesihatan bapanya kembali sihat seperti sediakala.

Ezad berharap dapat menyambut ramadan bersama bapanya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

MH turut mendoakan semoga bapa Ezad sihat dan cepat sembuh.

Foto : Instagram Ezad Lazim

IKLAN