“DM Aku Dipenuhi Cacian & Makian,” – Kena Kecam Gara-Gara Video ‘B*bi Air’, Aisar Khaled Sifatkan Diri Hanya Manusia Biasa

Share

Baru-baru ini, selebriti media sosial yang kini bergelar pelakon, Aisar Khalid ada memuat naik video terbaru di saluran Youtube miliknya.

Video tersebut memaparkan Aisar serta beberapa temannya menyahut cabaran untuk berendam di dalam kolam mini yang dipenuhi dengan Cool Fever.

Video berkenaan nyata mengundang rasa amarah di hati kebanyakkan pihak yang menyifatkan tindakkan tersebut sebagai satu pembaziran dan tidak sensitif terhadap golongan yang memerlukan.

Cakna mengenai perkara tersebut, Aisar kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Twitter.

Jelas pelakon drama, Chandelier itu lagi, dia mengakui kesilapannya itu dan berjanji akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang konten selepas ini.

“DM aku dipenuhi cacian dan makian. aku mintak maaf aku hanya manusia biasa kadang kadang terlupa.

“Aku mintak maaf aku sedar aku salah. Mungkin lepasni aku lebih berhati-hati sebelum membuat content berfikir dulu sebelum buat. Salam,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap permohonan maaf yang diberikan oleh Aisar itu.

Sumber: Twitter Aisar Khale

IKLAN