Dituduh tentang perkara yang tidak pernah kita lakukan pastinya boleh menimbulkan rasa marah di hati tapi tidak pada pelakon wanita, Zara Zya yang tidak mudah melatah dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Terbaru, Zara ada berkongsi satu screenshot akaun Instagram palsu menerusi akaun Instagram miliknya.

Akaun palsu itu menggunakan nama, zarazya_gile_pengkid. Di ruangan biodatanya pula tertulis bahawa Zara telah melakukan pembedahan di wajahnya.

“Dulu hidung aku mcm jambu air, tp lepas operate kt bangkok mancung dah cikit. Tulang pipi pun dh buat thread dah, tarik pakai benang. Gigi pun bangkok!!,” tulisan yang tertulis di ruangan biodata akaun palsu tersebut.

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

IKLAN

Menerusi ruangan kapsyen Zara tentang perkongsiannya ini pula dia menyatakan bahawa dia memaafkan pihak yang mempunyai hasad dengki terhadap dirinya.

“Di pagi yg mulia, lepas makan nasi lemak, saya dpt tau wujudnya ig istimewa @zarazya_gile_pengkid ? tahniah pada sape yg buat ig yg special ni. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Tapi fitnah bertubi2. Siap ckp saya buat hidung, buat muka hahahaha… meh la jumpa depan2. Nak tgk ori ke tidak ? takpe saya maafkan awak siap2. Kesian hati manusia hitam mcm ni. Dengki dgn org lain tanpa sebab. Tak kisah la siapa pun awak, semoga hati awak happy lepas ni okay. Jom kita doakan dia supaya hati dia bersih. Kesian dia hidup dgn hasad dengki,” tulis kapsyennya.

Rata-rata pengikutnya telah memberikan kata-kata semangat buat Zara untuk terus bersabar dengan tuduhan yang tidak benar ini.

IKLAN

monkeyemoji02: Dia yang dapat dosa kak…akak sabar jelah ye..fans akak kat sini semua akan doa baik² untuk akak

mummy_cute: Moga @zarazya terus cemerlang dlm kerjaya industri seni dan bisnes. Pedulikan aura negatif yg cb memusnahkan.

IKLAN

izurnst: Banyak besabar ja @zarazya, tu lh cobaan bagi kita yg seorag publik figur ni…

Biasalah dalam dunia ini ada segelintir manusia yang kurang senang dengan kejayaan orang lain jadi diharapkan Zara terus sabar dan pedulikan setiap kata-kata negatif dan tuduhan tidak benar yang dilemparkan kepadanya.

Sumber: Instagram Zara Zya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI