Ditanya Situasi Ramai Selebriti Berubah Ke Dunia Dakwah, Ini Jawapan Mawi – “Aku Jawab Benda Baik Kita Kena Sokong.”

Share

Kebelakangan ini, ramai di kalangan selebriti tanah air dilihat meluangkan masa dengan menyertai aktiviti dakwah dan keagamaan.

Penyanyi dan pelakon, Mawi ada memberikan pendapat mengenai perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram selepas ditanya mengenai perkara tersebut.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, dia menyifatkan ia sebagai satu perubahan baik yang dilakukan oleh rakan selebriti.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini mengharapkan agar orang ramai sentiasa memberi sokongan serta dorongan kepada selebriti dalam melakukan kebaikan.

“Ada sahabat wartawan interview aku. Tanya soalan apa pendapat aku tentang sekarang ni ramai selebriti yang dah berubah ke dunia dakwah. Pakai jubah & serban?

“Aku jawab benda baik kita kena sokong. Kalau orang buat baik tapi hati kita rasa tak tenteram. Maksudnya?,” tulis Mawi pada ruangan kapsyen.

Sebelum ini, selebriti terkenal Nabil Ahmad, Zul Ariffin, Anuar Zain, Norman Hakim antara selebriti yang dilihat semakin ada menyertai aktiviti dakwah dan keagaaman.

Foto: Instagram Mawi

IKLAN