Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya, pengasas kosmetik Nur Sajat mengakui bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-33 tahun pada tahun ini, dia mengharapkan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan segala kecaman atau cemuhan yang diterima menerusi media sosial.

Meski mengakui dalam ramai yang tak suka pasti ada yang menyokong, namun usahawan ini tetap berdoa agar segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya tidak lagi berterusan.

‘Dislike Banyak Ke Tidak … Terpulanglah Pada Pendengar. Tapi Muzik Video Saya Akan All Out!’ – Sajat

IKLAN

“Bila sudah berada pada tahap macam ni, seorang orang cuba untuk menidakkan pencapaian kita. Pada mereka di luar sana, cukup-cukuplah kecam saya. Saya pun ada mak ayah, keluarga dan adik-beradik. Bila kecam tanpa mendapat sumber yang sahih, ia sudah boleh dikategorikan sebagai fitnah yang seterusnya mengaibkan diri saya. 

 

“Kita sekarang sudah berada pada tahun 2018. Bukan lagi tahun untuk kita hanya cari salah orang. Sebab kalau diikutkan, semua orang mahu kejar impian dan mahu menjadi lebih bagus. Segala kecaman, fitnah yang mengaibkan ini suatu benda yang tidak ada kesudahan. Kalau boleh saya pun nak lihat kita sama bangsa ni maju, kalau bangsa sendiri pun nak jatuhkan susahlah,” luah Sajat kepada MH.

Dalam perkembangan lain, Sajat yang ditemui di majlis kesyukuran bersempena ulang tahun kelahirannya itu juga turut teruja untuk berkongsi mengenai single sulungnya, Makhluk Penggoda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

‘Dislike Banyak Ke Tidak … Terpulanglah Pada Pendengar. Tapi Muzik Video Saya Akan All Out!’ – Sajat

IKLAN

“Kita sudah pun ada teaser untuk lagu tersebut yang insyaAllah akan dilancarkan pada bulan ini atau April depan. Akan ada pelancaran untuk lagu ini dan muzik videonya juga akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Buat kat mana tu belum tahu lagi sebab kalau boleh saya tak mahu main shoot saja. Kena cari masa sebab tak nak buat kelam-kabut. Walaupun dislike banyak ke, tidak ke…terpulanglah pada pendengar. Tapi muzik video saya akan all out! Apa pun, saya buat dengan ikhlas,” kongsi Sajat optimis.

Foto: Instagram Nursajat

IKLAN

‘Dislike Banyak Ke Tidak … Terpulanglah Pada Pendengar. Tapi Muzik Video Saya Akan All Out!’ – Sajat

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI