
Pelakon Dini Schatzmann ada berkongsi komitmen yang ditunjukkan kekasihnya, Janna Nick ketika mereka sama-sama digandingkan menerusi drama bersiri, Marry Me Senorita.
Drama bersiri tersebut yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi slot Megadrama saluran Astro Ria itu menerima reaksi baik dan turut memuji keserasian pasangan tersebut di kaca TV.

Lalu menerusi Instagram, Dini ada memuat naik sekeping gambar kandid yang dirakam ketika keduanya berada di lokasi penggambaran drama terbabit sambil menyifatkan hos Melodi itu cukup mengambil berat akan dirinya.
“That’s her, every single time I’m about to shoot my scene, she will always make sure that, i look ok, my hair is ok, my reaction is ok, my dialog is ok, my emotion is ok.
“She has to focus with her own character but still helps me out.
“Thanks @munarahimah for capturing the side of her that no one sees,” tulisnya.

Pendedahan tersebut turut menarik minat ramai untuk sama-sama memberikan reaksi menerusi ruangan komen entri berkenaan.
Selain Janna dan Dini, Marry Me Senorita turut dibintangi oleh Shaza Bae, Datuk Jalaluddin Hassan, Yasmin Hani, Datin Fadilah Mansor, Raja Azura dan Daler Yusuf dan ramai lagi.


Foto: Instagram Dini Schatzmann
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit menafikan dirinya ada memakai susuk atau pemanis wajah untuk tampil lebih menawan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 32, bagaimanapun mengakui ada mengambil beberapa prosedur kecantikan lainnya seperti mana yang dilaporkan media, baru-baru ini.
“Mulanya terkejut dan tak tahu nak beri reaksi apa bila ada yang meninggalkan komen di media sosial dengan mengaitkan saya dengan pemakaian susuk.
“Lucu pun ada sebab kalaulah saya pakai susuk, lebih baik saya ‘tanam’ dekat muka ni sejak dulu lagi. Mereka yang mengenali saya tahulah saya ni jenis bagaimana orangnya.
“Malah kesedaran mengenai penjagaan diri ini pun kian hadir seiring dengan peningkatan usia. Bukanlah nak cantik luaran semata-mata tapi lebih kepada amalkan gaya hidup sihat sementelah saya pun terlibat dalam industri pertanian.
“Apa pun, saya tak ambil pusing pun dengan komen tersebut. Saja suka-suka berkongsikan perkara itu di Insta Story beberapa hari lalu.
“Yang penting, cantik atau tidak, suami dan anak-anak sentiasa ada di sisi. Itu sudah memadai, alhamdulillah,” katanya yang turut menyifatkan cantik itu subjektif.
Mengulas menganai isu perbelanjaan kecantikan dirinya yang mencecah ribuan ringgit, penyanyi asal Sabah ini mendedahkan kos tersebut termasuk rawatan yang ditaja.
“Macam-macam komen yang saya terima. Sudah saya jelaskan, kos tersebut adalah anggaran seperti pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya, selain nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan.
“Alhamdullilah, ada yang sudi taja. Bagi saya selagi ia tidak memberikan kemudaratan pada jangka masa panjang, saya terbuka menerimanya. Lagi pun saya tetap akan dengar pendapat suami juga sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ayu baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Permata yang menceritakan mengenai perhubungan suami isteri.
“Lagu tersebut sebenarnya sudah dirakam ketika masih bertanding di GV7. Saya tertarik dengan liriknya yang banyak maksud tersirat.
“Ia sesuai ditujukan buat pasangan suami isteri. Kalau untuk saya, pastinya saya tujukan khas buat suami yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan seni saya selama ini termasuk juga peminat di luar sana,” katanya.
Permata merupakan lagu ciptaan bersama Mohd Atlas dan Zimi Sofazr.
Ia diterbitkan oleh syarikat rakaman Saudagar Seni Media dan video liriknya juga sudah boleh ditonton menerusi YouTube Saudagar Seni Media.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Menerusi hantaran di laman Instagram, artis versatil, Alif Satar ada berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang mununggang sebuah motosikal model Yamaha RXZ.
Jelas Alif, dia sebenarnya sudah lama teringin untuk cuba menunggang motosikal ikonik kegilaan ramai itu dan akhirnya hajatnya itu menjadi kenyataan.
A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)
“Terus terang alif cakap, dari dulu alif TERINGIN nak bawak RXZ. Harini dapat! Apa barang naik superbike bro!,” tulisnya.
Video berdurasi hampir 30 saat itu nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah rakan penyanyi, Faizal Tahir.
Jelas Faizal, satu ketika dahulu, dia juga memiliki motosikal yang sama yang digunakan sebagai pengangkutan harian sewaktu di zaman universiti.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Selamat Malam Sayang ini mendedahkan dia terpaksa menjual moto kesayangannya itu demi menampung perbelanjaannya untuk menceburi bidang muzik.
“I used to ride this to universiti class everyday back in those days. Decided to sell it even though i needed it to go to class but I wanted to get money to buy a pc to install cubase and learn to produce my own music.
“The rest is history. Alhamdulillah. Btw, this was the motorbike back then,” jelasnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut malah ada juga yang berkongsi kisah mereka yang tersendiri mengenai motosikal tersebut.
Sumber: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Genap 10 tahun pembabitan dalam bidang seni, pelakon, Janna Nick membuka tahun 2021 dengan melebarkan sayap dalam bidang pengarahan dan penerbitan menerusi telefilem, Delen bakal memulakan tayangannya hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Citra.
Menariknya, telefilem terbitan syarikat Janna sendiri iaitu Janna Nick Studios menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sean Lee, Sherry Al Hadad, Mark Adam, Joey, Dini Schatzmann, Norreen Iman dan ramai lagi.
Menurut Janna nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, dia memilih genre komedi romantik untuk naskhah sulungnya itu yang memaparkan kisah percintaan remaja sekolah.
“Saya pilih genre dan jalan cerita ini kerana berasakan lebih mudah untuk mengarah. Tapi, sebenarnya tidak apatah lagi ketika proses suntingan. Kalau dengar komedi romantik memang ringan, tapi nak hasilkan karya sebegini agak sukar juga.
“Namun, apabila sudah terbabit dalam bidang pengarahan dan penerbitan, ia memang memberi pengalaman baharu. Saya mula melihat skop pekerjaan dunia hiburan dengan lebih serius dan perspekif lebih besar.
“Sebelum ini tanggungjawab saya sebagai pelakon saja, tapi apabila menjadi pengarah dan penerbit, saya kena rasa dan lalui semua perkara. Dalam masa sama, saya melihat ia memberi kesan dari segi kerjaya lakonan yang mana saya perlu lebih peka terhadap kerja pengarah dan penerbit.
“Apabila duduk di kerusi pengarah juga, baru saya rasa macam mana kalau pelakon tidak memberi. Baru faham setiap pengarah ini ada ‘look’ dan ‘feel’ yang mereka mahukan. Dalam erti kata lain, pemahaam pelakon dan pengarah tak sama. Menjadi pelakon kena hormat kerja pengarahan,” katanya.
Bintang drama Marry Me Senorita ini turut menambah, penghasilan teleflem tersebut itu bukan sekadar satu percubaan, sebaliknya dia serius untuk terus menghasilkan lebih banyak karya selepas ini.
“Alhamdulillah, tahun ini genap 10 tahun dalam industri. Dari segi nak mengarah, diakui saya memang tidak kelulusan itu, tapi saya ada dari segi pengaalaman. Dari awal lagi masuk industri saya memang niat dan bercita-cita mahu menjadi pengarah.
“Malah, saya masuk industri pun mahu serius dalam bidang ini. Bukan nak kejar populariti dan glamor saja. Jadi, tidak salah untuk saya mencuba dan meneroka bidang baharu pula. Apabila saya menerbit dan mengarah telefilem ini, ia bukan satu percubaan dan saya takkan berhenti.
“Insya Allah, selepas ini ada satu lagi telefilem yang akan ditayangkan. Cerita berjudul Jeti ini sudah siap menjalani penggambaran pun. Kali ini saya membawakan genre berat dan penuh emosi lakonan hebat Nabila Huda dan Fauziah Nawi.
“Tapi, untuk cerita ini saya memberi fokus kepada pengarahan dan penerbitan saja. Ternyata, untuk genre ini ia lebih mudah berbanding komedi romantik,” katanya.
Menurut Janna, membabitkan diri dalam bidang penerbitan juga satu percaturan buat dirinya termasuk dalam soal untung dan rugi.
“Saya sudah bersedia sama ada sebagai penerbit atau pengarah. Disebabkan itu saya mencabar dan memberanikan diri menerbitkan telefilem di bawah syarikat sendiri. Kalau nak mengharap penerbit lain ambil saya mengarah mungkin lambat lagi. Jadi, saya kena melabur sendiri.
“Ini bukan soal mencari keuntungan, tapi ia lebih kepada kepuasan. Malah, saya boleh tentukan ‘look’ mana saya nak dalam setiap karya dihasilkan. Mungkin kalau dengan produksi lain akan ada kekangan,” katanya.
Mengakui berdebar dengan tayangan Delen, Janna mengalu-alukan dan terbuka untuk menerima sebarang kritikan membina daripada penonton.
“Mengarahkan pelakon, jurukamera dan kru berpengalaman sangat mencabar. Sudah tentu mereka akan berfikir apa kredibiliti yang saya ada. Jadi, ini memang mencabar dan menjadi satu cabaran besar buat saya. Duduk di kerusi pengarah, bukan setakat ‘cut & action’. Tapi tanggungjawab sangat besar.
“Memandangkan Delen adalah buah tangan pertama syarikat saya, jadi, saya perlukan kritikan semua orang untuk saya memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti kerja. Sekali gus saya dapat idea dari kritikan semua. Termasuklah, saya juga boleh tahu drama macam mana yang mereka nak tonton.
“Saya kena belajar terima kritikan dengan hati terbuka. Saya tidak boleh letakkan diri bagus. Saya akan terus belajar. Lebih baik tegur dan kritik sekarang daripada tidak ada langsung,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Janna berkongsi dia terpaksa menangguhkan pengajian dalam bidang pengarahan di Institut Kesenian Jakarta di Indonesia (IJK) ekoran penularan wabak Covid-19.
Telefilem Delen menampilkan kisah cinta remaja antara Delen (Sean Lee) dan Robert (Dini) yang merebut cinta Emily (Janna). Robert menganjurkan pertandingan berenang dan meletakkan syarat pemenang pertandingan itu akan berjaya memiliki cinta Emily.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

