Isteri kepada penyanyi dan guru vokal, Fikri Mark Adam Abdullah iaitu Norazah Redzuan mengakui suaminya ada mengikuti kelas belajar bahasa Jawi dan mengaji ayat suci al-Quran sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini.
Difahamkan, Mark mulai serius untuk belajar selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 awal Oktober lalu.
Berkongsi mengenai perkara itu, Norazah yang mesra disapa Ezan yang juga merupakan pengurus Mark bersyukur dengan inisiatif yang dilakukan suami.
“Sebelum ini memang sudah lama timbul kesedaran untuknya belajar mengaji, kalau saya nak ajar pun, saya bukanlah sempurna. Sebelum ini dia ada belajar al-Quran di sebuah institusi.
“Kebetulan yang ajarnya ialah seorang Ustaz yang pada masa sama ada ambil kelas vokal bersama suami.
“Jadi alang-alang saya ada bertanya sama ada boleh atau tidak untuk ajar suami mengaji dan kebetulan dia pun pernah ajar orang di kelas mengaji. Selepas habis kelas vokal, ajar suami saya pula.
Ads
“Dimulai dengan mengenal huruf Jawi dan belajar Muqaddam terlebih dulu,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sesi pengajian yang berjalan, Ezan memberitahu ia berlangsung selama beberapa jam, sekali seminggu.
“Beliau okay dan sejak itulah suami mulai belajar mengaji. Lazimnya, kelas akan berjalan setiap Khamis seminggu sekali.
“Awalnya, kami ada juga mencari dan bertanya mengenai guru mengaji, cuma kali lebih selesa andai guru datang ke kelas vokal dan belajar di sana.
Ads
“Lebih gemar kalau belajar secara perseorangan. Alhamdullah, ia dipermudahkan,” akuinya yang baru memulakan sesi berkenaan sejak bulan lalu.
Berkongsi mengenai video belajar huruf Jawi yang dimuat naik Mark di laman Instagramnya, Ezam pada awalnya tidak tahu ia akan dikongsikan suami.
“Saya gembira bila ramai yang mendoakan yang baik-baik. Cuma sebenarnya saya tidak tahu pun dia akan kongsikan video tersebut.
Ads
“Sebab awalnya, saya tiada pada sesi kelas tersebut, jadi saya mintanya untuk update kepada saya apa yang sedang berlaku di kelas dan dia berikan video tersebut.
“Tiada niat langsung nak menunjuk-nunjuk. Cuma saya bersyukur kalau ada yang angap dia boleh berikan motivasi dan mendoakan yang terbaik buat suami saya. Alhamdulillah,” jelasnya lagi.
Meluangkan momen berharga bersama anak angkatnya, Faeq Razeeq, Sufian Suhaimi mengakui waktu usia bayi sehingga dua tahun adalah detik paling penting untuk diberi perhatian kepada kanak-kanak.
Pada masa sama, sekeping foto yang dikongsi juga menjadi perhatian gara-gara kapsyen yang perihal bakal ibu Faeq turut dicoretkan penyanyi berkenaan.
“Quality time. Baby Faeq tengah sibuk mengadu lutut dia calar walaupun ayah Yan dah baca bismillah sambil tiup untuk ke seratus empat puluh juta kali, time tu juga bakal ibu Faeq nak attention. Mestilah attention lebih dekat baby Faeq! “Usia 0-2 tahun adalah waktu crucial dimana baby memerlukan perhatian dari ibu bapanya. Tak kiralah sibuk mana pun, cuba untuk luangkan masa sekurang-kurangnya 2 jam bersama tanpa gadget,” tulisnya.
Penyanyi Nora Ariffin, menerusi entri terkiniada berkongsi berita gembira bersama peminat.
Kongsi Nora, atau nama sebenarnya Wan Nora Afiza Ariffin arwah suaminya, Johan Nawawi telah menerima Anugerah Khas Tokoh Seniman Aswara 2019.
“Alhamdulilah. Syukur pada Allah swt. Menggigil saya sewaktu menerima anugerah ini wakil kepada arwah.
“Terharu & sedih mengenangkan penat lelah arwah memperjuangkan seni music selama lebih 30 tahun yg tidak kenal erti penat, akhirnya diiktiraf.
“Allahuakbar. Kalau arwah masih ada, pasti dia sangat gembira. Setinggi jutaan kasih kepada ASWARA diatas pengiktirafan ini.
“ANUGERAH KHAS TOKOH SENIMAN ASWARA 2019 kepada Arwah Johan Nawawi.
“Pa…kami semua bangga diatas pencapaian papa, moga segala jasa karya papa memberi manfaat pada industri music tanahair. Miss you pa. Love you dunia akhirat. Lots of love frm all of us.We Miss you so much. Al- fatihah.,” tulisnya.
Untuk mendidik dan menjaga anak isitmewa autisme bukan satu perkara yang mudah dan sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.
Baru-baru ini, pelakon senior Zarina Zainuddin ada berkongsi cerita perihal pasangan kembar istimewanya itu di akaun Instagram.
Zarina bagaimanapun memaklumkan dia kini kian kurang berkongsi perihal anaknya di media sosial atas nasihat baik suami.
“Lepas bagi makan dia lari naik bilik tukar baju ajak pegi beli surat khabar lagi. Saya lama tak post video azil tentrum suami saya cakap jangan post macam nak minta simpati orang.
“Saya cakap ramai orang tak tahu lagi autism’s sebab spectrum autism ni besar.
“Setiap anak lain takkan sama anak awak dengan anak saya jadi kalau orang cakap awak buat macam nilah anak saya, buat macam ni, itu anak awak dalam rumah awak dalam jagaan awak persekitaran pun berbeza, tidak akan ada persamaan.
“Azal pun lain saya boleh ajar mengaji boleh ajar dia buat kerja. cuma azil saya suruh tutup pintu pun dia hempas diri.
“Ajar tetap kena ajar tapi kadang kita tak sampai hati sebab hati ibu boleh cair tengok mata anak. huhhh sedang kan kucing lagi tahu sayang anak dia nikan pula manusia#azalazil #autism #autismawareness,” tulisnya.
Terkesan dengan curahan hati si ibu, rata-rata pengguna media sosial turut mendoakan agar pelakon berusia 45 tahun itu terus cekal dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.
Sekadar informasi, Zarina memiliki sepasang anak kembar menghidap autisme bernama Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.
Keduanya kini meningkat dewasa dan gelagat mereka kerap dikongsikan Zarina khasnya menerusi Instagram.
Video: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...