“Dilema Nak Kawin Ke Tak?” – Balik Beraya, Zizan Razak Di Persimpangan Dilema Gara-Gara…

Share

Masih berstatus solo, Zizan Razak mengakui hatinya gembira apabila melihat pasangan suami isteri balik beraya bersama.

Namun tulisnya di laman Twitter, dia kini dalam dilema apabila kerap menerima kata-kata bahawa hidup solo lebih seronok memandangkan diri bebas untuk berjumpa dan memikat sesiapa.

“Best tengok orang dah kawin balik beraya. Ada anak dan isteri. Tapi orang dah kawin cakap aku “best mung balik kampung single jupe awek mari beraya boleh try” now aku dipersimpangan dan dilema nak kawin ke x ni???!!!,” tulisnya.

Lalu, perkongsian yang dibuat bintang Polis Evo ini dihujani dengan komen pelbagai.

Malah, rata-rata menyarankan agar dia lekas-lekas berkahwin.

Kalau sudah ada yang berkenan, cepat-cepatlah masuk meminang. Tak gitu Zizan?

Foto : Twitter Zizan Razak

IKLAN