Kalau korang dapat lihat sekarang ini terlalu banyak akaun palsu yang dibuat oleh segelintir pihak tidak bertanggung jawab di media sosial.

Akaun palsu ini adakalanya dibuat semata-mata untuk melemparkan kecaman terhadap individu lain.

Baru-baru ini, MH terlihat perkongsian penyanyi, Aweera menerusi akaun Instagramnya yang telah membuat laporan polis kerana terdapat sebuah akaun palsu yang menggunakan gambarnya untuk menghina agama Islam.

IKLAN

“ALLAHUAKBAR..ada lg ka org dok buat FAKE Acc!!!..beware guys!!..ini FAKE ..!!aku xpernah nk main2 kan nama ALLAH..semoga org yg buat fake acc ni dpt hidayah ALLAH,” tulis Aweera.

IKLAN

“Alhamdulillah..baru lepas buat report polis ..berkaitan fake account yg mengunakan gambar saya dan di dalam fake acc itu dia telah menghina agama islam dgn mengunakan gambar sy..apa2 pun sy serah pada pihak polis utk mengambil tindakan sewajarnya..ALLAHUAKBAR..,” tulisnya lagi.

Bagi MH, tindakan individu yang membuat akaun palsu menggunakan gambar Aweera untuk mempersendakan agama Islam ini bukan sesuatu perkara yang remeh.

IKLAN

MH berharap individu tidak bertanggung jawab yang berselindung di sebalik gambar Aweera ini dapat diberkas oleh pihak polis dan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Sumber: Instagram Aweera

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI