Baru-baru ini heboh di media sosial apabila penyanyi remaja popular, Aiman Tino memuat naik satu gambar menerusi akaun Instagramnya bersama seorang gadis yang pernah viral mempunyai wajah yang mirip dengannya.

Tak dapat dinafikan gadis yang bernama, Syafiqah atau lebih mesra dengan panggilan Pyka itu memang ada iras wajah Aiman.

Namun bukan itu yang menjadi persoalannya tetapi apa yang bermain di minda netizen adalah kapsyen yang ditulis oleh Aiman pada gambar yang dikongsinya.

A post shared by Manno (@official_aimantino) on

IKLAN

“Disebabkan Semua kata muka kami sama, mak dah restu kami tinggal sekali . Hahahahaha? puas kite adjust muka nak bagi sama?
#twin,” tulis Aiman.

Bukan sahaja kapsyen Aiman yang menjadi persoalan malah Pyka juga turut memuat naik satu video bersama penyanyi itu di Instagramnya dengan kapsyen yang turut menarik perhatian ramai.

A post shared by Pyka Rahman (@pykarhmn) on

IKLAN

“Mak dah restu, tarikh belum tahu lagi ?? #tilljannahkot,” tulis Pyka.

Hal ini membuatkan ramai netizen yang mula membuat spekulasi sendiri bahawa mereka ini sedang bercinta.

Dalam pada itu, menurut laporan daripada Mstar Online, Pyka menjelaskan bahawa mereka hanya berkawan baik dan kapsyen itu hanyalah gurauan malah dia tidak terpikat dengan Aiman walaupun mengakui penyanyi itu seorang yang comel.

IKLAN

“Mana ada kami bercinta, dia gurau-gurau sahaja, saya tidak terpikat pun dengan dia.

 

“Aiman pun ada ciri-ciri tersendiri perempuan yang dia suka. Tapi tida dinafikan dia seorang yang comel,” katanya kepada Mstar Online.

Pyka berkata lagi, sejak isu wajah mereka viral kerana dikatakan seiras, mereka sudah beberapa kali berjumpa namun hanya pertemuan yang terbaru ini mereka mengambil gambar bersama.

“Sejak wajah saya tular dikatakan seiras Aiman, kami sudah beberapa kali berjumpa cuma Isnin lalu kami betul-betul ambil gambar bersama dan muat naik di Instagram.

 

“Dia ketika itu ada kerja di Jengka dan saya menetap di Temerloh, Pahang. Dia tiada kawan di sana, jadi saya teman dia jalan-jalan,” katanya lagi.

Untuk korang yang tertanya-tanya apa hubungan mereka, segalanya sudah terjawab. Aiman dan Pyka hanya berkawan baik sahaja.

Sumber: Instagram Aiman Tino, Pyka Rahman & Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI