Antara berita hiburan paling hangat diperkatakan sepanjang minggu ini ialah perkahwinan aktres, Izara Aishah bersama jejaka pilihannya, Adib Khalid.

Pelbagai komen positif dan tidak kurang kritikan yang dibuat netizen menerusi media sosial mengenai perjalanan majlis berinai sehinggalah kepada majlis sanding yang berlansung dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran rakan selebriti popular seperti Neelofa, Ummi Nazeera, Fyza Kadir dan ramai lagi.

Dikata ‘Cantik Bak Puteri’, Izara Aishah Dedikasi Rasa Syukur, Terima Kasih Buat Semua

IKLAN

Berkongsi apakah perasaan bekas finalis Dewi Remaja 2009/10 ini apabila sudah bergelar isteri, Izara atau lebih mesra disapa Icha di kalangan rakan media mengakui tiada banyak beza perihal rutin kehidupannya.

“Tiada banyak beza sangat, cumanya kini saya perlu duduk di rumah lain sajalah. Apa pun, saya ingin rakamkan rasa terima kasih buat semua pihak terlibat sepanjang majlis kami berlangsung. Bila ada memuji persalinan kami, alhamdulillah seronok sebab saya dapat baju berinai, nikah dan sanding yang sangat cantik.

 

“Rasa sangat bertuah dan kami melakukan pilihan yang tepat. Malah, baju selepas perkahwinan dari Cosry pun cantik juga. Memang puas hati,” katanya ketika dihubungi MH sambil merakamkan rasa syukur dan terima kasih kerana semuanya telah dipermudahkan.

Diusik dengan pandangan sesetengah netizen yang melabelkan heroin filem Kau Yang Satu yang disifatkan ‘cantik bak puteri’ pada malam sanding tempoh Ahad lalu, Izara dalam nada seloroh menjawab;

IKLAN

“Alhamdulillah… tapi Icha rasa Icha pegi mana-mana pun macam puteri… laaaa”,” jawabnya sambil ketawa kecil. Pada majlis persandingan berkenaan, Izara, 25, telah disolek juru solek terkenal, Bosco Ryzal.

Dikata ‘Cantik Bak Puteri’, Izara Aishah Dedikasi Rasa Syukur, Terima Kasih Buat Semua

Apa pun, MH mahu merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina agar terus dirahmati, berkekalan sehingga ke akhir hayat dan semoga kalian cepat-cepat dapat cahaya mata!

IKLAN

*Kredit Gambar : Rizman Ruzaini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI