Pelakon dan usahawan, Ben Ali memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi selepas namanya dan juga isteri, Nadiyah Shahab diiktiraf antara individu paling berjaya di Malaysia anjuran sebuah syarikat penerbitan yang berpengkalan di United Kingdom, Britishpedia.

Menurut Ben, dia dan isteri berasa amat berbesar hati apabila diletakkan sebaris dengan nama-nama besar seperti Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Tan Sri Tony Fernandes dan ramai lagi.

“Diharap Dapat Beri Manfaat,” – Ben Ali & Nadiyah Shahab, Suami Isteri Yang Tersenarai Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia

“Terima kasih kepada Britishpedia, syarikat penerbitan antarabangsa berpengkalan di United Kingdom yang telah mengiktiraf saya & isteri untuk berada sebuku bersama tokoh-tokoh hebat yang lain.

“Antaranya seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Dr Noor Hisham, Tan Sri Tony Fernandes(Air Asia), Tan Sri Azman Hashim (Ambank), Micheal Yeoh dan ramai lagi.

IKLAN

“Ianya merupakan satu penghargaan terbesar bagi kami berdua yang baru setahun jagung di dalam dunia keusahawanan,” tulisnya.

Momen bersejarah itu dikongsikan oleh bekas peserta Hero Remaja 2011/12 itu menerusi akaun Instagram milinya.

Dalam pada itu, Ben turut mengakui penghargaan seperti ini sedikit sebanyak menaikkan lagi semangatnya untuk berkerja dengan lebih keras pada masa akan datang.

IKLAN

“Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari & perbaiki. Penghargaan kecil ini sedikit sebanyak membuatkan kami lebih bersemangat untuk mendaki dan berbakti.

“Melalui perniagaan kami dibawah jenama @absolutchocolat @absolutfoodfest @absolutmanagement & di bawah syarikat Absolut Brands Sdn Bhd, diharap dapat memberi manfaat serta peluang untuk terus berkongsi rezeki. Doakan kami. Amin YRA,” kongsinya lagi.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian membanggakan pasangan suami isteri itu.

“Diharap Dapat Beri Manfaat,” – Ben Ali & Nadiyah Shahab, Suami Isteri Yang Tersenarai Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia “Diharap Dapat Beri Manfaat,” – Ben Ali & Nadiyah Shahab, Suami Isteri Yang Tersenarai Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia

Terdahulu, Ben dan Nadiyah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 November 2019 di Singapura.

Sumber: Instagram Ben Ali

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI