Selepas didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang, pelakon baru Alya Iman tampil memberikan kenyataan.

Jelas anak kepada pelakon lagenda, Azmil Mustapha itu kepada MH, dia pada awalnya telah pun mengikat tali pertunangan bersama seorang lelaki yang mempunyai dua cahaya mata 27 Februari lalu.

Malah pada awalnya, pelakon remaja tersebut difahamkan isteri pertama lelaki berkenaan telah pun bersetuju untuk menerimanya sebagai madu.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Nur Alya Iman Azmil, 19, itu menjelaskan dia telah pun memutuskan ikatan pertunangan tersebut sejurus mendapat tahu dirinya tidak diketahui dan tidak dipersetujui isteri pertama bekas tunang.

IKLAN

Berikut kenyataan yang diberikan Alya;

“Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata.

“Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua.

IKLAN

“Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui bahawasanya kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.

“Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana Alya merasa bersalah. Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

IKLAN

“Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat Alya tempuhi dengan baik.

“Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.

“Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik,” katanya jujur.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI