Didakwa sebagai punca putus cinta Ayda Jebat dan Redza Rosli, komen terbaru yang ditinggalkan lelaki ini di Instagram pelakon, Oktovia Manrose terus membuatkan peminat membuat pelbagai spekulasi.
Meski ia sekadar komen biasa yang mengingatkan agar ibu tunggal ini sentiasa merendah diri, namun ia tetap memberi impak negatif sementelah isu hubungan yang tidak rapat lagi antara Ayda dan Redza masih diperkatakan.
“Be humble,” komen Redza ringkas.
Ads
Malah, netizen dilihat meninggalkan komen berbentuk sindiran mengatakan komen di Instagram Oktovia ‘berfungsi’ dengan baik.
“@redzarosli function komen sni.”
Ads
Netizen turut meninggalkan komen usikan buat dua bintang ini.
Ads
Pelakon wanita yang pernah dikaitkan dengan Aliff Aziz ini bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi kepada komen tersebut.
Menanti detik melahirkan anak sulung tidak lama lagi, pelakon, Che Puan Juliana Evans ada berkongsi berita gembira di Instagramnya.
Kongsi pelakon Mimpi Sabrina ini, dia tidak sabar untuk melihat wajah cahaya matanya itu.
“38 weeks • 66 kg • Any time little one, mummy is getting impatient!
“My hormones mixed with the nerves & excitement of finally getting to meet this little human that we created out of nothing is bringing everything to the surface for me.
“Doing my best to let go of thoughts that don’t serve me & keep myself as relaxed & calm as possible. We can’t wait to see you baby 👶🏻 probably my last maternity #ootd,” tulisnya yang kini hamil 38 minggu.
Menerusi ruangan komen, netizen mendoakan agar proses bersalin bintang filem Bella & Jamie berjalan lancar dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik.
Untuk rekod, Ju dan suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah mendirikan rumah tangga pada April 2017.
Difahamkan, Ju lebih selesa merahsiakan jantina cahaya matanya itu sebagai satu kejutan buat semua.
Pengacara dan penerbit, Sheila Rusly kini sedang sibuk menerbitkan sebuah drama bersiri terbaru berjudul Cindai yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Menerusi posting terkini di akaun Instagram milik Sheila, dia telah berkongsi satu rakaman video disebalik tabir drama berkenaan.
Rakaman video tersebut kelihatan Sheila sedang membantu pelakon Ayda Jebat dalam menghayati watak dalam lakonan drama tersebut.
“C I N D A I Sis belanja the making of sikit… hope korang rasa apa yg Cindai rasa @aydajebat @amverton_cove #cindai #jspictures #samarinda#tv3malaysia #betterthanyou#sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Pelakon dan usahawan Fizo Omar meluahkan rasa rindunya untuk kembali berlakon semula.
Perkara itu dikongsikan Fizo menerusi Instagramnya apabila dia memuji kehebatan drama Bukan Cinta Aku arahan Erma Fatima.
“Tahniah kak @ermafatima & team drama Bukan Cinta Aku jd satu fenomena kat Malaysia hampir setiap malam trending..
“Terima kasih juga sudi bg peluang kat saya utk turut sama berlakon dlm drama ni.. Walaupun watak Sam dikecam teruk oleh persatuan makcik bawang Malaysia tp takpe saya enjoy nak berlakon & ni kira pengalaman baru bg saya..
“Rasa tak puas & rindu nak berlakon lebih lebih lg dgn zaman sekarang ni ramai barisan pelakon-pelakon baru yg mantap, pengarah hebat & producer yg tersohor.. inshaAllah doakan saya diberi kesempatan ruang masa & tenaga utk kembali aktif dalam bidang lakonan di samping nak uruskan bisnes kecil kecilan..
“So korg layan ke tak cerita #BukanCintaAku ni? Dengar cerita sampai sekarang masih trending nombor 1 kat twitter.. Korang team siapa? Cer komen sikit bawah ni pasal drama Bukan Cinta Aku,” kongsi Fizo.
Pelakon Aliff Aziz mengakui dirinya berasa gemuruh ketika menjayakan malam previu pementasan teater muzikal Mansur & Liu yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada Rabu.