Lagu Tak Tun Tuang kini sering menjadi siulan ramai tak kiralah dari kanak-kanak hingga dewasa. Penyanyi lagu ini, Upiak Isil berjaya menambat hati orang ramai dengan menyanyikan lagu ini secara bersahaja.

Baru-baru ini Upiak telah dijemput oleh rancangan MeleTOP yang dihoskan oleh pengacara popular, Neelofa dan Nabil.

Kemunculan Upiak dalam rancangan tersebut menjadikan studio gamat dengan gelak tawa daripada penonton kerana lucu melihat karakter Upiak yang slumber.

Namun begitu MH dapati ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan Neelofa dan mendakwa seolah-olah pengacara cantik ini berlagak dan kasar terhadap Upiak.

IKLAN

Menerusi satu sumber, Neelofa berkata dia memohon maaf jika ada yang merasakan dirinya berlagak dan kasar terhadap penyanyi tersebut.

Kata Neelofa dia tidak pernah sedikit pun terlintas untuk berkelakuan seperti itu dan tidak terfikir untuk merendah-rendahkan Upiak.

IKLAN

“Jika diikutkan, ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad, kami sangat seronok menemubualnya. Kami ketawa kerana dia memang seorang yang kelakar dan spontan. Saya sendiri tergelak besar apabila dia memaklumkan sudah ada 19 album, tetapi satu saja yang laku.

 

“Cuma, ketika program itu bersiaran, saya dan Nabil tidak faham bahasa yang digunakan kerana loghat penyanyi dari Bukit Tinggi, Padang, itu sangat pekat, hinggakan saya sendiri terpaksa ulang soalan dan apa yang diperkatakannya berkali-kali. Saya cuba memahami apa yang dituturkan olehnya sebaik mungkin sebelum melontarkan soalan seterusnya,” katanya.

Neelofa berkata lagi, dia sebagai pengacara sentiasa mencuba untuk memberi reaksi yang baik terhadap tetamu jemputan.

IKLAN

“Jika ada yang salah anggap dan nampak diri ini kasar atau bersikap kurang ajar, saya dengan rendah hati memohon maaf,” katanya kepada BH Online.

Ok MH taknak cakap banyak jom tengok sikit sedutan Meletop yang cakap Neelofa berlagak tu dan korang nilaikan sendiri.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI