Di zaman yang serba moden sekarang ini dengan adanya pelbagai medium di media sosial, peminat semakin dekat dengan artis kesayangan mereka dan lebih mudah untuk berinteraksi.

Namun begitu ada juga segelintir netizen yang menggunakan kemudahan untuk berinteraksi ini dengan melemparkan kecaman terhadap artis. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka sehinggakan adakalanya benda kecil diperbesar-besarkan sampai menjadi isu yang berat.

Pelakon cantik, Dayana Roza juga salah seorang artis yang tidak dapat lari dengan lemparan kecaman segelintir netizen.

Dianggap Gadis Liar, Dayana Roza Tak Nak Layan Gosip Negatif

IKLAN

Dia berkata kepada satu sumber bahawa dia tidak kisah dengan pandangan segilintir pihak yang menganggap dirinya sebagai gadis liar.

Bagi Dayana, dia tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana dirinya sering dikaitkan dengan gosip negatif malah dia juga berkata itu adalah pandangan masing-masing.

“Bagi saya, biarlah orang nak cakap apa. Lagi pun, mulut orang bukan boleh ditutup.

 

“Apa yang pasti, saya, keluarga dan mereka yang rapat tahu perkara sebenar. Itu yang paling utama dan penting.

 

“Setakat dengar cakap orang, memang tidak boleh buat apa. Ia pandangan masing-masing,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Dayana lagi, dia mengambil langkah untuk tidak melayan gosip-gosip negatif ini selagi ianya tidak mengganggu kariernya sebagai anak seni.

IKLAN

Dianggap Gadis Liar, Dayana Roza Tak Nak Layan Gosip Negatif

“Perkara yang membabitkan pandangan dan penilaian orang adalah sesuatu yang bersifat peribadi.

 

“Untuk saya, tidak perlu layan dan teruskan kehidupan seperti biasa. Jika dilayan, mana tahu jadi lain pula.

 

“Apapun, selagi gosip negatif dan cerita sensasi itu tidak mengganggu karier saya. Biarkan saja,” katanya.

Menurut sumber juga, terdahulu Dayana pernah dikaitkan dengan gosip dirinya suka berhibur di kelab sehingga ada yang berkata di berkelakuan liar dan mabuk.

IKLAN

Namun pelakon ini menafikan perkara itu dan enggan untuk mengulas lebih lanjut mengenai hal tersebut.

MH setuju dengan apa yang dikatakan Dayana, mulut orang memang kita tak boleh nak tutup. Sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti dirinya pasti mendapat perhatian ramai.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI