Pelakon popular, Diana Danielle didakwa telah memfailkan cerai terhadap suaminya, aktor Farid Kamil awal bulan lalu.
Diana, 32, dikatakan membuat permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan telah berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Sebutan permohonan cerai tersebut telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin, lapor mStar.
Ads
Ketika permohonan dibacakan Farid atau Farid Kami Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu.
Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac depan.
Ads
Untuk rekod Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Ads
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Majlis resepsi perkahwinan pasangan selebriti yang sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Fuad Rahman dan Tom telah berjalan sempurna di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.
Majlis yang diadakan di lokasi sama acara Starvendor Foodstival X Nunsatara Music Festival anjuran StarVendors itu dirai meriah dengan kehadiran rakan artis dan peminat.
Majlis tersebut sekali gus mencipta rekod apabila mereka menjadi pasangan selebriti pertama yang melangsungkan resepsi di acara StarVendors.
Menariknya, resepsi tersebut telah ditaja oleh pihak Star Vendors dengan jumlah tajaan sebanyak RM1 juta.
“Terima kasih kepada Kak Ifa Raziah dan team kerana meraikan perkahwinan kami ini. Saya tak sangka kerana niat ingin buat yang sederhana sahaja. Syukur alhamdulillah,” ringkas Fuad.
Pada 26 Februari lalu, Fuad yang juga penyanyi berasal Singapura sah menikahi Tom sebagai isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Batam, Indonesia.
Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menerima mas kahwin sebentuk cincin daripada Fuad. Bagaimanapun harga mas kahwin tersebut dirahsiakan.
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik dengan disaksikan oleh dua orang abang kepada Fuad iaitu Rozlan Abdul Rahman dan Rasli Abdul Rahman serta berwalikan adik lelaki Tom, Raja Ahmad Faris Afiq.
Berkongsi mengenai detik percintaan mereka berdua, Fuad tidak menyangka apabila jodoh mereka yang sebelum terhenti kembali bertaut semula selepas sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).
“Kalau ingin berkongsi mengenai detik bercinta itu, sudah lama sebenarnya. Kami bercinta daripada dahulu, cumanya on off sahaja. Kemudian kami tidak berhubung untuk masa yang lama.
“Kami tidak dijodohkan ketika itu apabila Tom sudah berkahwin lain dan saya berjumpa dengan jodoh saya. Kemudian siapa sangka, takdir menemukan semula kami di Gegar Vaganza 9.
“Sejak daripada GV, saya merasakan itu masa yang paling tepat untuk pilih dia sebagai isteri. Daripada GV juga saya dah beritahu Tom saya ingin bersama dia sampai keluar uban saya, sampai akhir hayat.
“Saya memang sangat sayang dia, berjumpa keluarga pihak dia dan pihak saya. Semua terima dengan baik dan gembira bila tahu kami ingin mendirikan rumah tangga,” kongsi Fuad.
Pasangan itu mengambil pentas utama acara Foodstival dengan hiasan pelamin yang cukup mewah sambil diraikan oleh ribuan tetamu yang memenuhi stadium.
Starvendor Foodstival X Nunsatara Music Festival telah berlansung pada 3 hingga 5hb Mar 2023 . Dengan usaha kerjasama Tourezim Johor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Hawa Rizwana, 27, mendedahkan hubungannya bersama Zizan Razak, 39, tidak lebih dari sekadar kawan selain menyifatkan personaliti itu sebagai seorang abang.
Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan menjawab persoalan tersebut selepas timbul desas-desus mereka kini sedang menjalin hubungan akrab.
“Saya dan Zizan sudah lama berkawan, dari saya baharu masuk industri lagi. Namun saya tak nafikan, sememangnya Zizan kuat mengusik, suka mengacau dengan berkongsi gambar kami.
“Tapi kami tiada apa pun, saya pun anggap dia macam abang. Dia pun kiranya ialah senior saya dalam industri. Saya juga pernah menemubual dia beberapa kali sebelum ini.
“Malah, mungkin ramai buat telahan susulan sama-sama terbabit dalam telefilem sempena Hari Raya Aidilfitri arahan Micheal Ang,” katanya.
Menerusi naskhah terbabit, mereka mendukung watak sebagai suami isteri.
“Cerita romantik komedi itu pun sangat menarik dan saya gembira dapat bekerja dengan Zizan.
“Jadi ini dikira lakonan pertama saya kerana sebelum ini saya tak pernah berlakon pun. Sebelum ini saya hanya bertugas sebagai pembaca berita dan mengacara sahaja.
“Tapi selepas sekarang mengacara program hiburan, MeleTOP, saya perlahan-lahan memasuki dunia hiburan, jadi lakonan adalah benda baharu bagi saya,” katanya lagi.
Hawa menambah, dia juga tidak kisah dengan usikan netizen, cuma komitmennya kini hanya kepada kerjaya.
“Bagi saya, usikan itu biasa sebab mungkin apabila melihat kami berdua, orang mengusik. Saya pun hanya anggap dia macam abang saya, jadi saya tiada apa pun dengan usikan itu.
“Keluarga saya pun tahu saya macam mana, jadi mereka tiada cakap apa-apa.
“Lagipun sekarang ini berkahwin bukan keutamaan saya, memandangkan saya banyak buat benda baharu sekarang ini.
“Jadi saya lebih fokus untuk memperbaiki diri saya supaya menjadi pelakon dan pengacara yang lebih baik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah banyak kali pergi menonton konsert penyanyi-penyanyi yang diminatinya, namun Konsert Sheila Majid & Big Band Live in KL cukup memberikan kesan tersendiri buat penyanyi Misha Omar.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Misha atau Samihah Omar, 41, berkata setakat ini hanya Sheila Majid yang berjaya membuatkannya menitiskan air mata ketika menonton konsert.
“Saya tak pernah terfikir bila saya pergi konsert untuk menyanyi, menari dan menikmati muzik, saya (akan) menangis.
“Banyak-banyak penyanyi yang saya pergi konsert, ini pertama kali saya menangis.
“Saya rasa momen paling menyentuh hati yang buat saya menangis tu sebab Datuk Sheila bercakap tentang kesihatan mental semasa pandemik.
“Dia tujukan lagu Wira Hatiku khas untuk frontliner.. ketika itulah saya menangis, adalah air mata hujung-hujung tu,” kata Misha.
Penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu juga menyifatkan Sheila, 58, sebagai seorang penyanyi berpengalaman yang tahu cara-cara mengawal pentas serta bijak berinteraksi dengan penonton sepanjang dua jam konsert itu berlangsung. Sudah banyak kali pergi menonton konsert penyanyi-penyanyi yang diminatinya, namun Konsert Sheila Majid & Big Band Live in KL cukup memberikan kesan tersendiri buat penyanyi Misha Omar.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Misha atau Samihah Omar, 41, berkata setakat ini hanya Sheila Majid yang berjaya membuatkannya menitiskan air mata ketika menonton konsert.
“Saya tak pernah terfikir bila saya pergi konsert untuk menyanyi, menari dan menikmati muzik, saya (akan) menangis.
“Banyak-banyak penyanyi yang saya pergi konsert, ini pertama kali saya menangis.
“Saya rasa momen paling menyentuh hati yang buat saya menangis tu sebab Datuk Sheila bercakap tentang kesihatan mental semasa pandemik.
“Dia tujukan lagu Wira Hatiku khas untuk frontliner.. ketika itulah saya menangis, adalah air mata hujung-hujung tu,” kata Misha.
Penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu juga menyifatkan Sheila, 58, sebagai seorang penyanyi berpengalaman yang tahu cara-cara mengawal pentas serta bijak berinteraksi dengan penonton sepanjang dua jam konsert itu berlangsung.
“Overall, siapa yang tak datang tu, you rugi besar sebab you tak dapat tengok seorang penyanyi yang saiznya kecil tapi jiwanya besar.
“Kebijaksannaan dia (Sheila) kawal pentas dan peminat dengar sahaja dia cakap.
“Saya pergi malam ini dengan bawa buku nota di kepala… ambil mana yang baik.
“Saya nak jadi macam Sheila Majid.Datuk Sheila buat saya terfikir kalau dia boleh jadi the one and only Datuk Sheila Majid, saya pun boleh.. I want to be the one Misha Omar.
“Bagi saya masa okay, saya akan kerja keras lagi, saya akan pastikan jejak-jejak dan pelajaran yang Sheila Majid tunjukkan tu saya akan teruskan,” kongsi Misha lagi.
Konsert Sheila Majid yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu dianjurkan Jio Buddy.
Selain Misha, rakan selebriti lain yang turut hadir menyaksikan konsert tersebut ialah Anuar Zain, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Fazura dan Elaine Daly.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.