Susulan pendedahan pelakon Diana Danielle mengenai anak keduanya, Nur Aurora, 8, trauma sehingga membuatkannya tidak mengizinkan suami, Farid Kamil daripada bertemu anak-anak, adik kepada aktor itu, Fadzil Zahari tampil melontarkan pertanyaan kepada aktres tersebut berhubung isu berkenaan.
Menerusi ruangan komen di Instagram Hlive, Fadzil memberikan pertanyaan tersebut di atas perkongsian video Diana ketika dikeremuni wartawan sebaik selesai prosiding perbicaraan kes permohonan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.
“Trauma sebab apa?” tanya Fadzil.
Ads
Terdahulu, Diana mengeluarkan kenyataan tersebut bagi mengulas mengenai kenyataan Farid yang sudah 23 hari tidak bertemu anak-anak.
“Aurora trauma,” ringkas jawapan Diana yang enggan menjawab punca anak bongsunya itu trauma.
Ads
Menerusi prosiding tersebut, Farid enggan menceraikan Diana malah cuba mempertahankan rumah tangga yang telah dibina sejak lebih 10 tahun lalu.
Farid juga turut membawa sejambak bunga ros dan sebentuk cincin bagi memenangi semula hati Diana.
Ads
Untuk info, Farid dan Diana berkahwin pada 2 November 2012.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas dua minggu bersiaran menerusi program Ubi Superstar Live, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengakui dia berasa sedikit kekok untuk menghiburkan peminat selepas beberapa tahun berehat.
Menurut Shuib, bergandingan dengan ahli baharu bukan suatu perkara yang mudah termasuk untuk mendapatkan keserasian bersama ahli-ahli yang lain.
“Hampir dua tahun saya tidak terlibat dalam sebarang program pentas atau persembahan live begitu, jadi memang agak sukar untuk kembali beraksi.
“Tambah lagi dengan gandingan orang baharu yang sebelum ini saya memang tidak pernah bekerjasama.
“Jadi, saya cuba habiskan banyak masa bersama rakan-rakan lain supaya wujud keserasian antara kami,” kata Shuib kepada MH.
Shuib ditemui ketika acara Konsert Jelajah Suria yang berlangsung di ruang legar Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada Sabtu.
Selain Shuib, Ubi Superstar Live turut disertai Ajak serta kumpulan Ubi yang dianggotai Fad, Sharif dan Namie.
Bapa kepada empat cahaya mata itu juga meminta penonton tidak membanding-bandingkan program Ubi Superstar Live dengan Sepahtu Reunion.
“Tidak adil jika penonton hendak bandingkan program ini dengan rancangan Sepahtu Reunion kerana ia sudah berada dalam kedudukan tersendiri.
“Saya bersama Sepahtu Reunion selama lima tahun, jadi keserasian itu memang sudah ada. Apa sahaja yang kami buat menjadi di atas pentas,” katanya lagi.
Sementara itu, Shuib turut diminta mengulas mengenai sesi siaran langsung TikTok di mana salah seorang anggota Sepahtu mengatakan sebelum ini dia pernah memujuk Shuib untuk kembali menyertai program Sepahtu Reunion.
Shuib sebaliknya mengatakan sesi pujuk-memujuk itu tidak pernah berlaku dan rakan-rakan kumpulan terdahulunya mengetahui punca kenapa dia tidak mahu kembali menyertai program tersebut.
“Saya pun pelik kerana sebelum ini tidak ada sesi pujuk memujuk seperti didakwa. Mereka tahu kenapa saya tidak boleh ke arah itu (menyertai Sepahtu Reunion).
“Mereka kenal saya, kalau saya kata tidak, maka ia tidak akan berlaku,” jelasnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik video persiapannya sebelum memperaga seterusnya mempromosikan helaian tudung jenama As Hijab, milik usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri.
Menurut Shuhada yang mesra disapa Shu, dia kini mahu memandangkan ke hadapan dan mencari rezeki demi sepasanga anaknya, Humairah dan Umar serta kedua orang tuanya.
“Shu nekad nak melangkah kedepan tanpa berpaling lagi ke belakang. Biar Shu teruskan perjalanan tanpa ada perasaan dendam. Perjuangan ini secara jujurnya demi Humairah, Umar serta kedua ibu bapa Shu.
“Shu sedar yang diri ini tidak sempurna. Tapi Shu nekad demi anak anak Shu untuk mencari kesenangan buat mereka,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen sambil menitipkan ucapan terima kasih buat Aliff yang sudi mengambilnya sebagai wajah wakilan.
Terdahulu, video yang kini sudah pun menerima lebih 20,000 tanda suka itu turut menerima reaksi daripada para pengikutnya di Instagram.
Masing-masing menitipkan dedikasi sokongan selain mendoakan agar urusannya sekeluarga dipermudahkan.
“Kalau dah sampai berlebam berparut, elok lah move on. Moga ada pelangi yang indah untuk Shu & anak-anak. Aamin, cinta tak harus memiliki.”
“Sakit hati tengok lebam kat muka tu, be strong dear. You deserve better.”
“Alhamdulillah syukur atas kurniaan rezeki dariNya. Shu, no one is perfect. Ada pasangan untuk saling melengkapi. Yup, wanita memang hebat dan kuat. Terus melangkah mencari kebahagian diri dan keluarga and love yourself before anyone else.”
“Dah tutup pakai makeup pun masih nampk parut tu. Macam mana parut dekat hati dia weh.”
“Parut di muka boleh menyembuhkan kesakitan tapi parut di hati akan tiada akan sembuhkan selama- lamanya. Saya doakan Shu dan anak-anak dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.”
Malah Aliff Syukri juga turut meninggalkan reaksi pada bahagian komen;
“Awak sentiasa cantik di hati kami Shu.. lagi cantik dengan tudung @as.hijabofficial,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebelum ini, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) mulai dikenali selepas secara optimis menjadi sebahagian daripada barisan hadapan dalam mengekang penularan Covid-19 di negara ini.
Malah, servis yang diberikan terhadap golongan selebriti juga membantu jenama ini terus dikenali sekaligus mencipta sukses sehingga ke hari ini.
Selain Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ahli Lembaga Pengarah KMZ, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran & Pengkomersilan jenama itu juga dilihat antara ‘agen’ memperkenalkan jenama tersebut.
Terbaharu, KMZ dan Selcare Nursing bersepakat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 10 Mac lalu dan kempen Dr Mama@Zahran turut dirasmikan.
“Kolaborasi yang pertama ini menjadi advokasi perkhidmatan berpantang dengan pemantauan doktor kepada semua ibu dan anak di Malaysia.
“Antaranya adalah pakej postnatal bersama dengan doktor yang berpengalaman untuk memantau golongan ibu yang berpantang sama ada di rumah, atau pakej postnatal premium di Hotel Westin, Kuala Lumpur.
“Ibu berpantang bukan sahaja akan dijaga secara tradisional, malah akan dilihat dan dirapi dari segi perubatan terkini dan juga alternatif,” kata Mohd Nafidz.
Kolaborasi antara KMZ dan Selcare Nursing ini bakal memberi manfaat kepada 160,000 pasangan mengandung di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.
“Melalui Kempen Dr Mama @ Zahran, pusat rujukan “One Stop Center” ini disasarkan kepada pasangan ibu dan anak. Sekali gus menyaksikan di mana pasangan mampu mendapatkan khidmat nasihat daripada perancangan kehamilan, pemeriksaan semasa hamil, penjagaan selepas bersalin.
“Tak ketinggalan khatan bayi lelaki dan perempuan, vaksinasi anak dan pemeriksaan kesihatan ibu serta bayi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelbagai pakej menarik turut ditawarkan daripada KMZ dan juga rakan-rakan kolaborasi akan bersama memberi penyelesaian lengkap yang diperlukan ibu dan anak.
Antara rakan kolaborasi lain dimaksudkan ialah Aqiqah Centre, Sonobee Ultrasound Sdn Bhd, Joie Malaysia, Beaumama dan Butik Tateh.
Datuk Mohd Nafidz turut berkongsi perancangan dan hala tuju KMZpada tahun ini melalui “Zahran On Call”.
“Perkhidmatan kesihatan ini boleh didapati secara atas talian khas buat pelanggan KMZ tanpa perlu menunggu lama di kaunter.
“Ia lebih menjimatkan masa dan pengurangan jejak karbon dapat dicapai melalui inisiatif baru diperkenalkan ini. Tak ketinggalan berpaksikan
‘Yang Pertama Di Mana-Mana’, KMZ yakin dan komited pada tahun ini untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.
“Ia termasukmembuka lebih banyak peluang berkolaborasi dan peluang kerjaya dengan pelbagai sektor bagi merancakkan pasaran dan ekonomi Malaysia 2023,” katanya.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Selgate Healthcare, Dr Nurul Muaz Omar, serta pihak pengurusan dan wakil-wakil syarikat rakan kolaborasi lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya mencipta fenomena pada musim pertama, drama adaptasi novel popular karya Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya kembali dengan musim kedua yang menjanjikan jalan cerita lebih sarat konflik dan emosi.