“Dialog Pun Lintang Pukang,” – Kembali Ke Set Pengambaran, Shakilla Khoriri Sedikit Kekok

Share

Setelah beberapa bulan menempuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangai wabak pandemik, Covid-19, pelakon Shakilla Khoriri kini kembali ke set pengambaran bagi sebuah drama. 

 Malah, dia akui sedikit kekok melakukan tugasan tersebut.

“Berapa lama break shooting bila masuk balik set serba serbi tak kena rasanya.

Rasa awkward entah macam mana entah.

“Dialog pun lintang pukang jadinya.

“Tapi good start lah. Syukur,” tulisnya.

Dalam masa sama. isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali turut teruja apabila industri hiburan (pengambaran) kini boleh diteruskan.

“Yeay finally pekerja industry hiburan dah dibenarkan kerja balik. Yeayy … so happy.

Excitednya nak shooting balik,” tulisnya.

Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2009.

 Foto : Instagram Shakilla Khoriri

IKLAN