Selepas menjuarai program hiburan realiti, Big Stage 2020, timbul pula cakap-cakap yang menyifatkan penyanyi, Azzam Sham cukup terbuka dan tidak berselindung mengenai hubungan yang dijalin bersama rakan artis, Sheryl Shazwanie.
Tidak menafikan perkara tersebut, Azzam yang ditemui memberitahu, Sheryl sememangnya teman istimewa kerana baginya, bintang muda itu selalu ada ketika saat susah dan senang.
Menurut Azzam lagi, dia percaya peminat akan faham dan menyambut baik mengenai perkara tersebut.
“Dia selalu ada untuk saya, ibaran macam famili sendiri. Malah, setiap minggu dia datang untuk berikan sokongan, sama seperti peminat yang menyokong.
“Saya sayang semua orang. Cuma dia lebih sikit. Dia special person bagi saya.
Ads
“Peminat saya sayang saya, peminat dia sayang dia. Tiada apa yang perlu saya takutkan,” katanya kepada MH.
Azzam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Akhir Big Stage 2020 di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya pada Ahad.
Ads
Ketika ditanya mengani perancangan masa depannya bersama Sheryl, ini reaksi penyanyi berusia 23 tahun itu;
“Kalau ada jodoh saya tidak menolak. Lagipun ini perkara baik. Akan tetapi, kami belum ada sebarang perancangan. Jauh lagi rasanya.
“Dia pun sibuk untuk bina kerjaya, begitu juga dengan saya. Kalau semuanya dah kukuh, Insya-Allah harap dipermudahkan,” kongsinya tenang.
Ads
Pada malam Konsert Akhir Big Stage 2020, Azzam telah dinobatkan sebagai juara seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahukah anda, pada tahun 2016, akhbar, Harian Metro pernah melaporkan, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki di negara ini mengidap kanser prostat. Sekaligus menjadikan penyakit tersebut sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Kanser prostat merupakan ketumbuhan merbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini dikatakan membiak dengan perlahan sehingga pesakit tidak menyedari sebarang simptom. Bagaimanapun, lama-kelamaan ia akan membesar dan mengililingi prostat.
Lalu, MH berkesempatan menemu bual pelakon dan aktivis sosial, Datuk Hans Isaac bertanyakan pendapatnya mengenai perkara tersebut.
Menurut Hans, segalanya mampu dicegah sekiranya rakyat Malaysia menjadikan pemeriksaan kesihatan secara berkala ini sebagai budaya atau pun rutin.
“Pada usia seperti saya ini, sekurang-kurangnya satu atau dua kali setahun kita kena buat ujian kesihatan. Mungkin sesetengah orang tak biasa tetapi itulah perkara yang paling penting sekali.
“Masa kita muda mungkin isunya tiada tetapi bila kita dah semakin tua ianya harus diberi keutamaan. Pemeriksaan kesihatan berkala ini harus dijadikan budaya. Bila kita dah buat full medical check up, sertakan sekali ujian kanser, marker dan sebagainya.
“Saya pula akan buat pemeriksaan kesihatan pada setiap bulan Januari. Itu rutin tahunan saya,” kongsinya menerusi perbualan telefon.
Ketika ramai yang menganggap kanser prostat merupakan isu terpencil dan sensitif untuk dibahaskan, Hans mendedahkan kebanyakkan daripada kita sebenarnya takut untuk berdepan dengan kenyataan.
“Saya tidak rasa topik ini merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan. Sebaliknya, bagi saya majoriti daripada kita sebenarnya takut untuk mendengar perbualan tersebut.
“Ada orang yang takut sangat sampai tidak mahu berjumpa dengan doktor kerana tahu penyakit ini boleh meragut nyawa.
“Lebih baik kita tahu mengenai penyakit ini awal daripada terlalu lambat. Sesetengah orang bila dia tahu dia mengalami penyakit kanser ini, mereka menganggap sudah tiada harapan lagi.
“Sebenarnya, jika anda menyedarinya awal misalnya semenjak daripada peringkat pertama, anda masih mampu untuk merawatnya dan masih ada pulang. Tetapi jika sudah memasuki tahap yang ke-4, peluang untuk sembuh agak tipis.
“Bagi orang-orang urban yang duduk di bandar mungkin mereka lebih peka mengenai perkara ini tetapi bagi orang-orang biasa atau yang kurang berkemampuan mereka lihat perkara ini seperti bukan keperluan.
“Sesetengah orang menganggap pemeriksaan kesihatan ni mahal. Bila di peringkat awal ni mereka tidak mahu keluarkan duit, nanti bila dah melarat lagi susah. Lagi banyak belanja,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Hans turut mencadangkan supaya pihak hospital kerajaan memperbanyakkan lagi kempen kesedaran dan sekiranya perlu turunlah kelapangan.
“Kita ada hospital kerajaan. Mungkin mereka boleh mempergiatkan lagi usaha kesedaran dan kalau boleh pergilah sehingga ke peringkat akar umbi.
“Pergilah ke kawasan-kawasan kampung atau pendalaman dan buatlah ujian kesihatan di sana.
“Secara dasarnya, bukan semua orang berpeluang untuk mengamalkan kehidupan yang sihat kerana semua itu memerlukan wang.
“Jadi mereka menganggap perkara tersebut tak penting. Sebab itu saya kata kebolehan individu itu berbeza,” akhirinya.
Sumber: Instagram Datuk Hans Isaac & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Betty Rahmad meluahkan rasa kecewa saat mengetahui pembantu rumahnya didakwa mengambil keputusan untuk melarikan diri.
Menurut Betty, pembantu rumahnya itu pernah menyuarakan hasrat untuk pulang ke negara asal buat sementara waktu tetapi tidak diizinkan olehnya.
Dengan keadaan semasa yang tidak menentu dek kerana penularan wabak COVID-19, Betty pernah menasihati wanita yang dikenali sebagai Anim itu agar bersabar dan tunggu sehingga keadaan kembali stabil.
“Officially Maidless. Sedihnya bangun tidur hari ni our helper dah takde. Sedih, dissapointed. Tak sangka.
“The reason why she left because dia nak balik kampung this month and we all tak bagi.
“Bukan sengaja tak bagi, with this COVID-19 yang tengah teruk sekarang macam manalah nak balik & masuk sini balik.
“Dan dia nak ikut “jalan belakang” naik kapal haram. Lagilah me and husband tak agree. Permit pun baru renew,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh adik kepada pelakon, Umie Aida itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Betty turut mendedahkan dia dan suami telah pun merancang perjalanan pembantu rumahnya supaya dia dapat menggunakan saluran yang betul tahun depan.
“Kita mintak dia balik January depan bila COVID semua ni dah reda so balik dengan selamat naik flight & datang pun naik flight. Bukan secara haram.
“Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk & ganti untuk kami. Anim, saya tau kamu akan baca ni.
“Terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu bahagia dengan keputusan kamu,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka berurusan dengan para pembantu rumah yang terdahulu.
Bagaimanapun, Betty mengakui dirinya reda dengan perkara ini dan percaya segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya.
Sumber: Instagram Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu menegaskan dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mencipta akaun media sosial palsu dengan menggunakan namanya.
Menurut Jep, dia tidak pernah memiliki sebarang akaun di Twitter manakala di Facebook pula dia hanya mempunyai sebuah akaun rasmi.
“Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di Facebook. Saya juga tiada sebarang acount di Twitter.
“Saya mohon apa sahaja acount yang menggunakan nama saya tolong delete sebelum tindakan diambil. Kalau surat dah sampai maaf je la ye,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio yang mengendalikan program Pagi Di Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Jep turut berkongsi beberapa foto tangkap layar yang memaparkan senarai akaun-akaun palsu yang menggunakan namannya dan juga isteri, Sari Yanti.
“Untuk makluman semua, ini diantara fake acount di FB & Twitter yang menggunakan nama saya dan isteri. Saya tiada sebarang acount di Twitter dan hanya ade satu page acount di FB.
“Wife saya pula tiada sebarang acount di Twitter dan juga FB. Saya mohon acount-acount yang menggunakan nama saya dan isteri tolong delete, kalau tidak saya terpaksa ambil tindakan,” kongsinya lagi.
Jelas Jep lagi, sekiranya pemilik-pemilik akaun tersebut masih berdegil, tindakan tegas mungkin akan diambil.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut kerana selama ini menganggap akaun-akaun berkenaan adalah benar kerana miliki jumlah
pengikut yang sangat ramai.
Terdahulu, Jep kini dilihat sedang sibuk mempromosikan musim terbaru Sepahtu Reunion Live yang telah pun memulakan siarannya pada 8 Oktober lalu.
Pada musim kali ini, Sepahtu Reunion Live tampil dengan sedikit kelainan apabila mereka harus beraksi tanpa kehadiran peminat dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuat kuasakan ketika ini.
Sumber: Instagram Jep Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...