Penyanyi Ryan Deedat turut terkesan atas kehilangan sahabat artisnya, Sandra Dianne yang meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Jelasnya menerusi satu perkongsian di IG TV Instagram pada Jumaat, dia yang kini muncul dengan single Menari Dalam Gelap menyifatkan arwah seorang yang menghormati orang dan cekal hatinya.

Mereka berdua saling mengenali kira-kira tiga tahun lalu selepas terlibat di dalam penghasilan lagu berjudul Salimah yang turut menampilkan Sandra.

“Pada tahun 2017 saya baru mengenalinya, ketika itu kami bersama-sama buat lagu berjudul Salimah. Ia berjaya dapat tempat di semua stesen radio tempatan, masuk Muzik-Muzik dan kami gembira.

IKLAN

“Anda semua tahu Sandra merupakan peserta Big Stage 2020 dan setiap minggu saya akan menyokongnya sejak hari pertama.

“Sebab saya teringat, dia ada berkata mahu serta Big Stage dan alhamdulillah dia berjaya sertai tahun ini,” katanya.

IKLAN

Ryan pada masa sama turut berkongsi keperibadian arwah yang disifatkan sebagai wanita yang baik.

“Dia seorang yang cekal, tabah, pandai menghormati orang lain dan selalu nak belajar benda baru. Saya juga tidak pernah dengar benda negatif daripadanya, dia selalu cerita baik pasal orang…

IKLAN

“Saya sayang Sandra dan saya percaya ramai orang di luar sana yang menyayanginya. Tapi Allah lebih sayangkan Sandra. Al-Fatihah,” katanya lagi.

Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, menghembuskan nafasnya terakhir pada Jumaat selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC).

https://www.instagram.com/p/CE_j8uUF2rV/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI