Pelakon legenda, Noorkumalasari menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kakaknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Anita Sarawak kini mengalami masalah kesihatan.
Menurut Noorkumalasari, Anita yang kini bermastautin di Las Vegas, Amerika Syarikat dikhabarkan berada dalam keadaan baik.
“Saya ada juga mendengar khabar angin begitu, tapi dia sebenarnya dalam keadaan baik dan tak sakit seperti didakwa,” katanya kepada MH
Pelakon yang terkenal menerusi filem, Adik Manja ini berkata sedemikian ketika ditemui di forum ‘Antara Cantik dan Bakat : Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti?’ yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Isnin.
Ads
Noorkumalasari turut menambah, dia juga sudah lama tidak berhubung dengan Anita.
Ads
Menurutnya, Anita lebih banyak berhubung dengan kakak sulung mereka bagi memaklumkan keadaan terkininya.
“Mungkin sebab dia tahu saya banyak berhubung dengan rakan-rakan media, jadi dia lebih selesa untuk berhubung dengan kakak sulung saya. Yang pasti, dia dalam keadaan baik bersama suami di Las Vegas,” katanya.
Ads
Sebelum ini, khabar angin mendakwa Anita bukan saja sakit, malah sudah bercerai dengan suaminya, Mahathir Abdullah selain turut didakwa sudah meninggal dunia.
Media pula sebelum ini melaporkan Anita sudah meninggalkan kerjaya nyanyian dan kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: WHAM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepotong video yang merakam pertemuan di antara selebriti popular Nur Fazura dan adik kepada Neelofa, Athisha Khan menjadi perhatian di media sosial.
Menerusi perkongsian yang pada awalnya dimuat naik Fazura di IG Stories milik Fazura pada Rabu malam yang kemudiannya dikongsi pengguna Tik Tok, kelihatan dua figura jelita itu saling memuji dan bertegur sapa.
“Yooo tengok this lady (Athisha) so cantik,” kata Fazura lalu disambut Atisha.
“You always pretty,” balas Athisha pula.
Kedua mereka saling bertemu di dalam sebuah majlis yang berlangsung di ibu kota, malam tadi yang menyaksikan mereka anggun mengenakan persalinan merah jambu.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pada entri TikTok berkenaan, rata-rata netizen memuji kecantikan serta keperibadian baik keduanya.
“Cantik dedua lah. Suka Athisha ni sebab humble sangat suka tengok vlog dia. Faz pun I sama humble m friendly too.”
“Aku tengok 2 kali video baru perasan yang Athisha tu adik Neelofa.”
“Athisha paling chill, serius depan depan baik gila.”
“Tetiba sebak! Cuba la F dengan N bebaikkan best!! Doa-doa la semoga termakbul hukkhuk! F dgn N dua2 hebat!”
“Athisha memang baik dengan semua. Dulu dengan Sharnaaz pun dia baik takde campur tangan urusan abang ipar and kakak dia. Suka dia ni. Humble sangat.”
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 200,000 kali tontonan
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Kelly Azman tidak menafikan ada individu yang sebelum ini pernah menempelak dirinya, tiba-tiba cuba untuk kembali mesra dan berbaik semula.
Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob berkata, dia tidak terkejut dengan situasi yang berlaku dan menyifatkan ia sebagai suatu hal lumrah, yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
“Memang wujud, tidak saya nafikan. Malah ada yang tiba-tiba mulai mesej saya balik yang mana pernah satu ketika, pernah ‘ludah’ kita. Katanya saya ni tidak setaraf dengannya. Kita ni di dalam satu industri yang kecil dan sering berkerjasama.
“Namun bila ada yang mulai dapat rezeki lebih, tiba-tiba perangai jadi lain. Mula menjauhkan diri dan tidak mahu lagi sama-sama buat ‘job’ dengan saya. Jadi kita ni dirasakan ‘sendu’ di mata mereka. Siap cakap siapa saya, tak layak dan sebagainya.
“Tapi tidak mengapalah sebab sekarang ada yang datang balik. Saya tidak membenci jauh sekali nak berdendam. Cuma selepas ini kita akan lebih berhati-hati. Nak cari kawan yang boleh susah senang bersama bukan hal yang mudah,” katanya kepada MH.
Kelly berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Pelancaran Single, Dustakan Cinta di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas mengenai single keempatnya ini, Kelly bertuah kepada menerima kepercayaan daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia seni tempatan.
“Bila terima melodi naskhah tersebut daripada Mohariz Yaakup kira-kira dua tahun lalu, liriknya masih belum ada. Jadi saya cuba hubungi dan memang berniat mahukan Allahyarham Iman Imran untuk nukilkan lirik bagi lagu ini, namun arwah cadangkan saya untuk gunakan penulis lirik baharu, yang mana mereka juga teman saya.
“Bila saya terima liriknya, kami cuba lalukan beberapa penambahbaikan untuk menghasilkan sebuah karya yang baik. Jadi begitulah prosesnya. Ia dipermudahkan hasil sokongan semua.
“Jujurnya, komposer bayangkan andai lagu ini dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia pun baru dedahkan perkara tersebut kepada saya sejurus karya ini siap. Katanya dia membayangkan kalaulah Siti yang nyanyi bagaimana jadinya. Cuma ketika itu, beliau rasa segan untuk pelawa penyanyi terkenal tersebut,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya, Kelly yang juga juri program All Together Now Malaysia mengakui terharu atas sokongan ramai.
“Sudah tentulah saya terharu, tak percaya pun ada. Memang akan ada yang kata siapa Mohariz Yaakup? Tapi kalau kita ‘study’ balik profil seninya, beliau bukan calang-calang. Rasa bertuah juga sebenarnya.
“Sebab itulah saya percaya kepada rezeki. Saya terima pelawaan ini pun ketika membuat ‘konsert’ di media sosial yang mana ia turut menerima sambutan baik rakan artis yang sama-sama sertai ‘IG Live’ tersebut. Awalnya hanya nak buat suka-suka memandangkan ketika itu kita semua berada dalam fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Tak sangka ia jadi sesuatu yang bermakna untuk kerjaya seni saya. Daripada situ ada peminat baru yang mula mengenali, syukur alhamdulillah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tak ada rezeki, kalau ada job selepas ini bolehlah.”
Demikian kata penyanyi Tom kepada anak-anaknya yang sebelum ini tidak menyangka perjuangan ibunya di program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terhenti di pertengahan jalan.
Menurut Tom, dua anak lelaki yang dibesarkannya iaitu Putera Edler dan Putera Evans Ezra ada bertanya mengenai perkara tersebut dan dia cuba untuk menjelaskan dengan sebaik mungkin.
“Mereka kata kalau keluar (tersingkir) nanti tak dapatlah nak beli permainan video games, ‘VR’. Saya kata insyaAllah suatu hari nanti, kita akan beli.
“Mereka masih kecil, tak faham apa-apa. Tapi mereka tahu sebelum ini saya sertai GV9. Malah sebelum ini pun mereka ada juga temani saya ketika sesi latihan.
“Jadi bila aktiviti tersebut tidak lagi berlaku, itu yang membuatkan mereka tanya. Jadi saya cuba jelaskan,” katanya kepada MH.
Kini cuba mengorak langkah baru untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian, Tom akui percaya kepada soal rezeki.
“Masa ketika awal saya terima tawaran sertai GV9, saya ada kongsikan hal tersebut dengan anak-anak. Saya kata macam pertandingan dulu yang sebelum ini pernah saya masuk. Lalu mereka tanya, kalau menang akan dapat duit ke.
“Sebeb saya memang ada berkongsi mengenai kerjaya seni saya kepada mereka. Kemudian saya beritahu mereka, kalau ada rezeki akan menang. Apa pun saya percaya kepada rezeki,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...