Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahidah menyifatkan kekalahan calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen Sungai Buloh seperti satu kerugian buat negara.

Meskipun berbeza fahaman politik, namun, Shahida tetap merasakan YB Khairy atau lebih mesra disapa KJ mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.

“Salah seorang yang sepatutnya menang semalam. Walaupun berbeza pandangan parti, bagi saya KJ adalah orang yang hebat dan patut ada dalam parlimen,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan oleh ibu kepada lima orang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Lantaran itu, Shahida berharap agar bekas Menteri Kesihatan itu tidak putus harapan sebaliknya meneruskan perjuangan untuk memakmurkan negara meskipun tidak bergelar Ahli Parlimen.

Malah, dia juga turut menyeru kepada semua pemimpin yang memenangi kerusi di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini untuk menjalankan tanggungjawab dengan sehabis baik.

IKLAN

“Semoga KJ tak putus asa dan teruskan usaha dan jangan patah semangat.

“Semoga mana-mana parti yang bergabung untuk membentuk kerajaan nanti dapat laksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada anda,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan senario politik di negara ini akan sentiasa berada dalam keadaan baik.

IKLAN

“Betul Datin saya setuju. KJ patut kena ada dalam parlimen.

“Sedih bila KJ tiad dalam parlimen.

“Sama Datin. Saya pun suka cara kerja beliau. Kalau jadi menteri, buat kerja. Kalau pembangkang pun, yakin dia akan buat kerja.

IKLAN

“Saya pun harap KJ menang tapi bukan rezeki dia. Pengundi yang buat pilihan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara PH, BN, Perikatan Nasional, Pejuang, Parti Rakyat Malaysia dan dua calon Bebas.

Calon PH, Ramanan Ramakrishnan berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,693 undi berbanding Khairy Jamaluddin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI