Sepotong video pendek yang menyaksikan Elly Mazlein atau lebih sinonim dengan sapan Kak Lina Pom Pom nyata mencuri perhatian peminat baru-baru ini.

Malah, Elly turut mencabar netizen untuk menyanyikan semula lagu terbabit mengikut versinya dan menawarkan wang saguhati RM100 bagi video terbaik.

Cabaran tersebut pantas mendapat reaksi ramai termasuk rakan selebriti yang turut merakamkan semula lagu Empat Dara dalam versi tersendiri.

Antaranya Datuk Aznil Nawawi, Achey, Acong Sweetchild, Datuk Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Elite dan Ezad Lazim.

Sehingga kini, video tersebut menghampiri 2 juta tontonan bersama lebih dari 200,000 komen.

“Tak sangka ia mendapat perhatian sampai macam tu sekali, niat saya cuma satu, saya nak buat orang gembira.

IKLAN

“Bila orang lain gembira, saya turut tumpang gembira.” kata Elly selepas video asal tersebut menjadi tular.

Tidak terlepas dari menyahut carbaran tersebut adalah penyanyi dan komposer, Faizal Tahir yang memuat naik sedutan dari persembahan beliau di salah sebuah rancangan television.

Klip tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mahukan Elly dan Faizal merakam semula lagu tersebut.

Lalu, syarikat rakaman Faithful Music merialisasikan permintaan tersebut dengan menerbitkan semula Empa Dara 2020.

IKLAN

Bagi menambah rencah, Zizi Kirana turut sama terbabit dengan menyumbangkan suara serta terlibat dalam video muzik (MV) lagu ini.

“Tak sangka pula Faizal Tahir melayangkan tawaran untuk bekerjasama dengan Elly.

“Faizal memberitahu, kerjasama ini disifatkan sebagai projek gila-gila dan saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini,” kata Zizi Kirana.

Faizal Tahir pula menjawab ringkas bila ditanya tentang kolaborasi dan versi terbaru ini. Katanya;

IKLAN

“Dia (Elly) mintak masuk, kita masuk lah!”

Empat Dara merupakab karya asal Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh manakala versi terbaru ini mendapat sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang.

Empat Dara 2020 adalah terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar dan sudah boleh didapati di semua pelantar muzik digital.

Muzik video rasminya kini sudah pun trending dengan tontonan hampir 900,000 kali selepas dilancarkan sehari lalu.

https://youtu.be/3docFRoZ3sc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI