HomeBerita“Dia Mengucap Syahadah Melalui Telefon,” – PU Azman Cerita Suasana Hening Bila...
“Dia Mengucap Syahadah Melalui Telefon,” – PU Azman Cerita Suasana Hening Bila Dapat Tahu Wanita Meninggal Bersama Anak Dalam Perut Selepas 4 Tahun Peluk Islam
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman berkongsi khabar duka apabila memaklumkan wanita yang pernah dibantunya satu ketika dahulu untuk memeluk agama Islam telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Sabah pada Ahad.
Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man, selama empat tahun selepas mengucapkan syahadah, dia antara individu yang memberikan tunjuk ajar kepada wanita tersebut mengenai ilmu agama.
“4 tahun lalu, ada seorang gadis Sabah text Cik Man menyatakan mahu masuk Islam. Disebabkan kejauhan, dia mengucapkan syahadah melalui panggilan telefon dengan cikman.
“Tini namanya. Namanya selepas syahadah ialah Nur Zulaikha. Dari jauh, cik man ikuti perkembangannya dan bantu tentang Islam. Dan alhamdulillah, dia akhirnya bernikah.
“Semalam, Tini text cik man. Tapi rupanya bukan Tini. Rupanya suami dia beritahu bahawa Tini dah tak ader lagi. Tini sudah meninggal dunia,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh Cik Man menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Tambah memilukan apabila wanita tersebut dilaporkan meninggal dunia bersama kandungannya yang telah pun berusia lima bulan.
Katanya lagi, khabar duka itu sememangnya sukar untuk diterima lebih-lebih lagi buat suami kepada wanita tersebut.
“Sedih, terkejut dan tak boleh nak cakap apa. Tini pergi ketika berusia 24 tahun bersama kandungan pertamanya lima bulan.
“Ketika suaminya menangis saat meluahkan, aku pun tak dapat menyeka air mata. Mengenangkan persahabatan jarak jauh ini.
Ads
“Aku menyaksikan, Tini seorang wanita dan isteri yang solehah. Tini, semoga kau tenang di sana dan semoga Allah memberi ganjaran ketabahan kepada suamimu @_qibil.
“Dalam hidup ini, kadang terjadi perkenalan yang tak pernah bertemu hingga hujung waktu,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut mendoakan semoga wanita berkenaan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Ads
“Allahuakbar, Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga dipertemukan semula di syurga yang kekal bersama yang tersayang. Amin.
“Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Semoga tenang bersama penciptanya.
“Sedih pula baca kisahnya. Innalillahiwainnailaihirojiun.
“Takziah buat keluarga. Semoga suaminya terus kuat dan tabah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram PU Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lakonan mantap dari pelakon senior Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy menerusi drama rantaian Ayahanda nyata menerima maklum balas positif penonton.
Menerusi drama yang bersiaran di saluran TV3 itu, Ogy memegang watak sebagai seorang isteri dan juga ibu bernama Hajah Noriah yang turut menghidap penyakit Alzhaime atau nyanyuk.
Bukan sahaja berjaya menghidup wataknya, Ogy turut dilihat melakonkan watak Hajah Noriah yang memiliki daya ingatan pendek secara konsisten.
“Ramai yg terkesan dgn lakonan @kak_ogy semalam dlm drama #Ayahanda. Saya cuma mengenali kak Ogy dlm susuk Azura & beberapa siri realiti tv.
“Saya tertarik bagaimana kak Ogy bawa watak seorg ibu yg ‘on off’ nyanyuknya.Pada awal proses suntingan Saya ingatkan kak Ogy x consistent karekternya, rupanya Saya silap!
“Dibantu dgn skrip yg baik, dialog Ogy ckup terkawal sebagai seorg yg Pra- Nyanyuk. Tak perlu over, Tak byk action.
“Mata kak Ogy berubah bila nyanyuk dia dtg. Lebih bulat spt anak² yg hilang arah, Tone berubah. Bahasa badan jg lain. Susah nak cakap, tp Kita tau “hah nyanyuk dia Mai”
“Dan bila off nyanyuk, jadilah spt yg Kita sedia maklum, seorg lagenda hidup – Ogy Ahmad Daud!,” tulis seorang penonton menerusi satu entri di laman media sosial Instagram.
Selain menjadi perhatian, rata-rata penonton juga memberi pujian terhadap lakonan Ogy yang sedia diketahui akan kredibilitinya.
Drama Ayahanda yang turut dibintangi Jalil Hamid, Noorkhiriah dan Fikry Ibrahim itu bersiaran menerusi slot Lestary TV3 terbitan Zeel Productions Sdn Bhd.
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Fauziah Ahmad Daud
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Yatt Hamzah memaklumkan dirinya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana air ketuban berkurang secara tiba-tiba.
Dia pada masa sama turut menjelaskan terpaksa bersalin awal demi keselamatan bayi dalam perut. Yatt sepatutnya melahirkan anak kelima pada 23 Julai depan.
“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan rendah hati di pagi JUMAAT yg MULIA ini, saya mohon selitkan doa buat saya dalam Tahajjud dan Munajat kalian.
“Bonda ini yg sepatutnya bersalin pada 23 July 2021 terpaksa dikejarkan ke Hospital lebih awal utk bersalin awal kerana air ketuban tiba2 berkurangan. Pagi ini terpaksa masuk induction,” tulisnya.
Sementara itu, Yatt turut memohon kepadaNya semoga urusan dipermudahkan hari ini.
“YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN KU MELAHIRKAN KALI INI.. SELAMATKANLAH AKU DAN ANAK KU DAN JADIKANLAH ANAK YG BAKAL LAHIR INI MENJADI HAMBAMU YG SIHAT DAN SEMPURNA TUBUH BADANNYA LAGI SOLEH SOLEHAH. AMEEN YA ALLAH.
“Saya mohon maaf kepada semua jika pernah menyakiti sesiapa sahaja sama ada secara sengaja atau tidak. Mohon doakan Bonda ini dan Anakanda ya,” tulisnya lagi.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hafya Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha.
Yatt juga turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.
Terdahulu pada September tahun lalu, Yatt pernah berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peka terhadap situasi semasa, pasangan selebriti Aeril Zafrel bersama isterinya, Wawa Zainal mengambil inisiatif dengan menyediakan ‘food bank’ di Pejabat Urusan Wawa Cosmetics, Bandar Baru Bangi, Kajang, hari ini.
Aeril berkata, bantuan yang diberikan dalam bentuk makanan asas dan keperluan hariani itu terbuka kepada mana-mana individu atau golongan memerlukan.
Antara barangan keperluan disediakan adalah seperti beras, gula, tepung, milo, sardin dan banyak lagi.
“Alhamdulillah, semalam saya ada buat di sekitar Kuala Lumpur. Hari ini saya buat di kawasan sini (Bangi) pula. Saya dan Wawa menjemput kepada semua yang memerlukan untuk datang saja ambil.
“Saya tahu pada saat ini memang ramai yang berada dalam keadaan susah, jadi diharap ‘food bank’ ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka.
“Dalam masa sama, jika ada antara mereka dalam kalangan pelanggan Wawa Coametics yang memerlukan, saya harap mereka sudi datang. Kami ingin berkongsi rezeki pada semua. Semoga ini dapat memberi manfaat,” katanya.
Menurutnya, dia dan Wawa juga merancang untuk membuat ‘food bank’ di lokasi lain bagi tujuan sama selain membantu mereka yang menghubunginya secara peribadi di laman sosial.
“Insya-Allah, ‘food bank’ ini kami rancang nak buat di kawasan lain pula. Cuma, kalau yang hari ini tak habis, esok kami buka lagi. Dan memang nak habiskan dan berikan pada orang ramai yang memerlukan.
“Selain itu, ada ramai juga mesej peribadi (DM) di Instagram yang memerlukan bantuan kewangan. Itu saya dan Wawa ada hulurkan sumbangan juga. Insya-Allah, kami bantu mana yang kami termampu,” katanya.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...