Penyanyi Ezlynn mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bukan Melayu lebih setahun lalu.
Menyifatkan hubungan mereka masih lagi baru, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hi Hi Bye Bye ini senang berkawan dengan si dia yang juga seorang pekerja swasta itu kerana sikapnya yang memahami dan berfikiran matang.
Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin, 39, bagaimanapun berserah kepada takdir apabila berkongsi bicara mengenai soal jodoh.
“Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang. Dia bukanlah VIP, orang biasa sahaja. Masih saling mengenali dia dan keluarganya. Dia pun solo dan usianya beberapa tahun lebih muda daripada saya.
“Bagi saya, dia seorang yang matang dan memahami. Kami berkenalan sekitar setahun dua. Bertemu ketika kami saling bermain badminton, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
“Apa yang boleh saya kongsikan setakat ini, kita berkawan. Saya berserah, kalau Dia kata itulah jodoh saya, saya terima,” katanya kepada MH.
Ditanya sejauh mana keinginannya untuk kembali bergelar isteri selepas berpisah dengan bekas suami yang juga pengurusnya pada ketika itu, Adam Fahmy pada Oktober 2017, Ezlynn mengakui bukan mudah untuk kembali membina perhubungan baru.
“Percubaan untuk mengakhiri zaman solo itu ada. Cuma bila ia tidak menjadi, membuatkan saya sedar sebenarnya kalau bergelar janda dalam tempoh lama, situasi itu menjadi agak sukar untuk memulakan perhubungan baru.
Ads
“Bila kita sudah tahu apa yang hati kita ingini dan bila sudah tahu apa kelemahan seseorang lelaki itu… Kalau anda berada di tempat saya, mungkin anda tidak akan beri si dia peluang kedua atau ketiga dah.
“Kalau buat silap sekali, ‘bye-bye’ lah. Jadi hal itu sukar buat saya sebab kita dah tahu apa yang kita mahukan dalam perhubungan. Mungkin juga saya selesa dengan status begini. Sebab saya sejak dulu sudah pun ‘survive’ sendiri. Kita tidak menyusahkan orang.
“Sudah selesa, gembira macam ni. Kalau si dia datang nak buatkan kita gembira tak apalah, tapi kalau datang nak memeningkan atau menyusahkan, tidak payah.
“Kalau ada yang boleh menggembirakan saya, Insya-Allah saya terimanya dengan hati terbuka,” katanya.
Ezlynn ditemui pada majlis pelancaran Sabun Toyyib, sabun pewangi dengan tekonolgi Endcap pertama di Malaysia dan berstatus halal di Klang, Selangor pada Rabu.
Ads
Menyokong perniagaan yang diusahakan peniaga bumiputera, Ezlynn turut sama teruja dengan pelancaran produk pembersih berkenaan, apatah lagi ia menekankan elemen halal yang pastinya boleh digunakan tanpa ragu oleh semua lapisan masyarakat.
Syarikat yang mengeluarkan siri produk pencuci ini sudah ebih setahun beroperasi dengan lima variasi termasuk sabun pencuci pakaian dengan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengarah Syarikat Norshahila Mohd Noor bersama suami, Naim Saidon yang membangunkannya bersama Faiz Hairudin, optimis menegaskan, sebagai syarikat milik penuh bumiputera, produk Sabun Toyyib mempunyai kelebihan tersendiri dengan empat fungsinya iaitu pembersih, pelembut, pewangi dan anti-bakteria.
Ads
“Kami bangga kerana produk kami memenuhi kriteria berish dan suci untuk pengguna serta memberikan kesan terbaik,” katanya.
Pada masa sama, Sabun Toyyib turut membuka peluang perniagaan dan mempunyai lebih 3,000 orang Mater Sokis, Stokis, Master Ejen dan Ejen di Seluruh Malaysia.
Selain pencuci pakaian, Sabun Toyyib turut mempunyai produk lain seperti Dishwash Lemon, Hand Wash, Hand Sanitizer dan Multipurpose Spray.
Sehingga kini, Sabun Toyyib telah pun terjual lebih 100,000 botol sejak ia diperkenalkan di pasaran dan optimis untuk meluaskan lagi pemasarannya ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Sabun Toyyib dijual di dalam dua saiz berbeza iaitu 4 kilogram (RM20) dan 10 kilogram (RM30).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan penyanyi, Syamel, 27, dan Ernie, 28, yang bakal disatukan hari ini, mengambil keberkatan penghulu segala hari itu sebagai tarikh bermakna buat mereka untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Memetik BH Online, majlis akad nikah yang bakal berlangsung di sebuah masjid itu akan diadakan secara tertutup, kira-kira jam 10 pagi dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.
“Kami pilih Jumaat untuk mengambil keberkatan. Secara kebetulan, hanya tarikh ini sahaja kami tidak sibuk. Sebelum ini, jadual saya dan Ernie sangat padat.
“Jika berjumpa pun sebelum ini, semuanya disebabkan kerja. Sehubungan itu, kami sepakat tidak mengambil sebarang tawaran demi majlis pernikahan kami.
“Untuk majlis akad nikah, ia akan dilakukan secara tertutup dan hanya keluarga terdekat sahaja diundang memandangkan kami perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” kata Syamel seperti yang dipetik.
Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu berkata, dia juga akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isterinya pada majlis pernikahan itu.
“Saya akan beri Ernie lima dulang hantaran berbalas tujuh. Untuk upacara membatalkan air sembahyang, saya hadiahkan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula kami sepakat untuk merahsiakannya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, satu majlis resepsi bertemakan Black Tie akan diadakan pada 3 April depan khusus bagi rakan media dan artis yang banyak memberi sokongan buat mereka berdua.
Terdahulu pada Ogos tahun lalu, keduanya mengikat tali pertunangan selepas saling mengenali secara rapat lebih empat tahun lalu.
Sementara itu, Ernie menerusi Instagram ada memuat naik beberapa foto sekitar majlis malam berinai yang diadakan pada Khamis.
Sumber, Foto: BH Online, Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah ada berkongsi cerita kisah suka duka keluarganya sebelum bergelar penyanyi, suatu ketika dahulu.
Menerusi hantaran di Instagram tersebut, Sarah turut mengimbau kenangan dan berkongsi foto sekolahnya yang terletak di Keramat, Kuala Lumpur.
Meski kini dilihat sudah semakin berjaya, penyanyi berusia 36 tahun ini memberitahu sesuatu kejayaan itu tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha dan semangat untuk berjaya.
“MasyaAllah, sebak rasa bila jejak balik tempat Sarah dibesarkan dulu. 22 tahun Sarah dibesarkan kat sini. Maybe ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu Sarah sebenarnya dibesarkan di Keramat. Ni la cerita suka duka Sarah.
“Ni lah Sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat dengan rumah ni. awal-awal jadi artis pon ni lah tempat Sarah tinggal, semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Semakin ini turut mendedahkan bapanya, Raissuddin Hamzah yang pernah berniaga menjual roti canai di tepi jalan sekitar tahun 1997.
“Sarah ingat lagi zaman Malaysia ada krisis kewangan tahun 1997, walaupun abah Sarah seorang anak seni, abah juga terkena tempiasnya. Takda job langsung, mengarah ataupun berlakon, sampaikan kami dah tak mampu nak bayar kereta.
“Kerana tanggungjawab yg besar hilang rasa malu, abah pergi belajar buat roti canai. Dan roti canai tuuu… #NeverGiveUp #AkuNakKaya,” tulisnya lagi.
Pelakon dan usahawan, Abby Abadi ada berkongsi cerita mengenai perihal dia bersama anak-anak bersama pengikut di laman Instagram.
Sebagai seorang ibu penyayang, Abby memberitahu tidak kisah memberikan hadiah buat mereka, termasuk yang murah harganya.
“Sempat sebelum balik dari Penang semalam singgah Ikea Batu kawan utk cari barang.. terbeli lagiii itu ini utk anak2 & yg tersayang dalam rumah ni hehe.
“Takpe hadiah murah2 pun.. tanda ingatan terima kasih ye anak2, kakak2 sbb jadi hamba ALLAH yg baik.
“ps: butik online mama onz ye mcm biasa. Admin cuti, jadi admin lain ganti.. so sabar ye menanti order anda dijawab. TQ,” tulisnya.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.