Tiada pasangan suami isteri yang mahu berpisah namun jika sudah tertulis jodoh tidak panjang maka berpisah juga mereka dan dalam perpisahan pasti ada pengorbanan yang harus dilakukan seperti hak penjagaan anak mungkin hanya berpihak pada salah seorang sahaja antara si suami atau si isteri.

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang kes penceraian pelakon, Serina Redzuawan dengan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh pada Ogos tahun lalu dan hak penjagaan dua orang anak mereka diberikan kepada bekas suami dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui antara Serina dan Gavin.

Terbaru menerusi akaun Instagram Serina semalam, dia telah meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suami dan mendakwa Gavin telah melanggar perintah mahkamah dan menghalang dirinya daripada berjumpa dengan dua orang cahaya matanya.

Serina juga memohon doa daripada semua untuk mengambil semula hak jagaan anak-anaknya kerana risaukan akidah mereka terjejas selepas bekas suaminya ditangkap berkhalwat ketika anak-anaknya berada di rumah.

IKLAN

“Assalamualaikum .Hari ni Serina akan bagi tau apa yg berlaku sebenarnya yg selama ini i pendam & tanggung kesedihan.Mungkin ramai yg dah baca Statement yg My Father keluarkan di IG Dia.Secara jujur I tak suka nak sensasikan hal peribadi keluarga, inikan pula berkaitan Anak Anak Serina. Memang sekarang I melalui Dugaan yg perit Bekas suami cuba membuli dan menyiksa emosi i sebagai Ibu, Gavin dengan sengaja juga pisahkan kasih sayang I dan anak anak.Dulu i boleh jumpa anak anak Hari Hari now dia hanya benarkan jumpa Hujung minggu itupun skejap sahaja.Pelbagai alasan dia kasi..dia busy kan anak anak dengan aktiviti sampai i tak berpeluang nak spend time ngan them. Memang kejam apa yg dia buat! I bersabar selama ni. Sehinggalah dia telah langgar perintah Mahkamah di tangkap Khalwat anak anak di rumah ketika tu.Ini dah malampau. I Risaukan akidah anak anak terjejas, Doakan Serina akan amik semula hak jagaan anak anak.

 

“Dulu kami buat persetujuan bersama Jaga Anak anak tinggal dengan bekas suami utk elak emosi anak anak tidak terjejas atas penceraian.Setiap kali balik sekolah i boleh jemput dan uruskan tengok semua aktiviti di rumah,kerja sekolah termasuk mengaji dengan Ustazah.But Now Dia tak benarkan i naik atas rumah dan amik anak sekolah lagi.

 

“Semua perjanjian bersama syarat & perjanjian di rekodkan di mahkamah Tapi Dia dah langgar perintah Mahkamah & Ubah undang sesuka hati halang i jumpa anak anak. Sekarang biarlah mahkamah yg tentukan segalanya.I hanya nak pembelaan Sebagai seorang Ibu dan tidak terniat nak pisahkan kasih sayang Ayah & Anak Anak.Serina mohon DOAKAN SERINA & KELUARGA .Buat masa ni I perlukan sokongan dari Semua,” tulis Serina.

Rata-rata pengikut dan peminat Serina di Instagram memenuhi ruang komen dengan doa yang baik-baik buat pelakon kesayangan mereka ini.

IKLAN

shiqinhanib: Moga dipermudahkan urusan Serina dan dapat hak penjagaan ke atas anak2. Doa,solat hajat dan sedeqah byk2..insya allah Dia akan bantu..

zainabhashim90: moga urusan sis dipermudahkan….mohon doa pd yg maha esa.

IKLAN

walinmakdin: semoga aka ina kuat. insyaAllah hak pnjagaan ank2 milik mu nnti. aamin

MH juga mendoakan yang terbaik buat Serina dan semoga segala urusan Serina dipermudahkan.

Sumber: Instagram Serina Redzuawan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI