Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman tidak menyangka apabila dihadiahkan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dianggarkan mencecah RM300,000 oleh syarikatnya, Mika Series.
Kejutan tersebut diterima Zoey sempena ulang tahun kelahiran ke-36, hari ini.
Jelas Zoey, ia sesuatu yang tidak dijangka selain menyifatkan hadiah tersebut adalah rezeki buat dirinya.
“Saya terkejut dan tak terkata. Tidak menjangka sama sekali mereka iaitu kakitangan syarikat membuat kejutan ini.
“Pada awalnya mengikut perancangan hanya acara percutian syarikat bersama kakitangan dan sahabat terdekat.
“Apa pun, saya anggap ini adalah rezeki dan pembakar semangat untuk saya lebih bekerja keras dalam bidang perniagaan,” katanya.
Menurut Zoey, hadiah itu juga dianggap permulaan baik untuk diri, kerjaya dan perniagaan dijalankan untuk tahun baharu ini.
“Insya Allah, ini adalah permulaan baik pada tahun ini selepas apa yang berlaku sepanjang tahun lalu akibat penularan wabak Covid-19,” katanya.
Sementara itu, penyanyi, Ramlah Ram turut menghadiahkan Zoey jam tangan jenama Cerruti.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lebih 10 tahun terlibat dalam dunia perniagaan, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pengasas Secret Desire, Cheta Potpet sebenarnya terlebih dulu turut aktif dalam nyanyian selain pernah bergelar ‘mak andam’.
Cheta Potpet, 35, atau nama sebenarnya, Rozita Baharom berkata, pengalaman yang kutip bersama kumpulan Tribute Crew menjadi penggerak buat dirinya untuk meneruskan minat menyanyi dengan menghasilkan single sulung, Aku Yang Kau Mahu.
“Saya bermula dari bawah sebenarnya, bukan secara tiba-tiba berada pada kedudukan sekarang. Sekitar 2012 pada usia 21 tahun, saya aktif buat persembahan bersama ‘live band’ yang dikenali sebagai Tribute Crew.
“Waktu itu selain berjinak-jinak dalam dunia nyanyian, saya kerap juga buat mekap atas sebab minat. Sajalah cari duit lebih kerana saya jenis yang kuat kerja, suka cari duit. Ada masa, saya juga uruskan soal jual beli kereta.
“Kalau nak cakap pasal hinaan dan caki maki, jangan cakaplah. Macam-macam saya pernah kena. Tapi bila dikenangkan, itulah yang jadi sumber kekuatan. Sebabnya saya percaya, selagi kita berusaha insyaAllah akan ada hasilnya. Orang luar mungkin boleh ‘judge’ tapi mereka tak kenal kita 100 peratus.
“Dalam fasa itu saya kemudian berkenalan dengan suami, Aaron Lee dan beliau yang banyak beri dorongan untuk fokus, beralih dalam bisnes kecantikan. Syukur jalan yang dipilih menjadi asbab rezeki saya sehingga ke hari ini, alhamdulillah” katanya.
Mengulas mengenai single sulungnya itu pula, anak keempat dari lima beradik ini menjelaskan ia dirakam hampir dua tahun lalu.
“Lagu Aku Yang Kau Mahu dihasilkan bersama Aepul Roza dan saya turut terlibat dalam penghasilan lirik. Lagunya berentak ‘fast’ dan rasanya genre itu serasi dengan tone suara saya. Sudah pun ada di YouTube Rusa Music dan hingga kini menerima lebih 52,000 tontonan.
“Tak sangka juga kerana saya bukanlah siapa-siapa dalam industri seni. Lagu pun tak keluar radio tapi tontonan boleh cecah puluhan ribu. Syukur sangat. Mungkin kerana ‘branding’ nama itu sendiri selain dapat sokongan pengguna Secret Disire juga.
“Jadi sekarang adalah masa sesuai untuk saya kembali berkongsi mengenainya. Kalau boleh, saya mahu Aku Yang Kau Mahu ini didengari lebih ramai pencinta muzik. Sebab saya tahu, saya mampu menyanyi dengan baik dan lagu itu pun ‘cathy’. Sayang kalau disia-siakan.
“Mungkin percubaan pertama saya ini ada yang terkurang. Tapi saya optimis sebab daripada situ kita boleh kenal pasti apa yang boleh kita tambah baik. Insya-Allah selepas ini saya rancang untuk terbitkan single kedua pula,” katanya lagi.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pengasas kosmetik yang hanya buat lagu tangkap muat demi publisiti, Cheta bersikap terbuka.
“Itu mungkin cara masing-masing. Terpulang dan rasanya peminat kini bijak menilai. Saya sendiri bertahun-tahun ada pengalaman menyanyi secara ‘live’. Malah lagu pertama saya itu pun dibuat kerana minat yang bukan dibuat-buat. Saya memang boleh menyanyi.
“Kalau tak percaya, saya boleh sahut cabaran, nyanyi secara langsung. Sebab mungkin akan ada yang kata, saya guna ‘auto tune’ 100 peratus bagi suara lebih sedap. Benda itu memanglah ada, cuma banyak atau tidak sahaja. Tak percaya dengarlah lagu tu dan nilaikan,” katanya.
Terbaharu, namanya turut viral gara-gara mempunyai iras wajah penyanyi Ifa Raziah hingga ada yang anggap mereka adik-beradik
“Lama dah orang bercakap, wajah kami macam lebih kurang. Tahun lalu saya dan Ifa ada bertemu tapi waktu tu belum rapat lagi. Cuma masing-masing dah perasan, raut muka nampak macam sama.
“Bila dapat bekerjasama dalam satu projek tahun ini, barulah kami mulai rapat dan saya bagi saya, Ifa wanita kuat yang komited juga tegas. Dia tahu apa yang dia buat. Persamaan kami pun banyak.
“Tapi tidaklah bermakna saya nak tumpang glamor dia. Masing-masing ada personaliti sendiri. Hanya ada satu sahaja Ifa Raziah dan Cheta Potpet. Kalau wajah iras, ia hanya kebetulan. Kata orang, pelanduk dua serupa,” katanya.
Selepas arwah pelakon dan pelawak, Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari lalu, ibu kepada arwah Abam, Sabariah Arshad menjelaskan dia tidak berhubung dengan menantunya, Nor Hidayah Mohd. Ali rentetan pelbagai isu yang timbul, tempoh hari.
Malah jelasnya lagi, dirinya juga enggan memikirkan isu kontroversi yang terkait dengan keluarga dan menantu, Nor Hidayah Mohd. Ali.
Sebaliknya, Sabariah kini hanya mahu memikirkan akan nasib selepas kehilangan anak tersayang.
“Dia tak berhubung dengan mak cik sebab mak cik rasa dia tak ada nombor telefon mak cik dan mak cik pun tak ada nombor telefon dia.
“Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon dan semuanya nombor telefon anak-anak,” kata Sabariah.
Pada masa sama, dia juga memilih untuk tidak ambil pusing dan terserah kepada tindakan menantunya yang bertindak keluar rumah selepas kematian suami.
“Mak cik tak ada cakap apa-apa pun… dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, mak cik tak kisah yang mak cik fikir anak mak cik yang dah pergi tu, tak fikir benda lain.
“Tak ada nak fikir dia nak keluar ke, dia nak masuk ke yang mak cik fikir anak mak cik yang dah pergi tu.
“Siapa yang nak tanggung mak cik makan, saya fikir itu,” terangnya jujur.
Terdahulu, Sabariah ditemui pada Majlis Tahlil anjuran Astro Warna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Kisah keluarga Ali menjadi perhatian selepas usahawan Aliff Syukri ada melakukan sesi temu bual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara live di Facebook.
Menerusi temu bual berkenaan, usahawan dipercayai ada bertanya beberapa soalanmenyentuh beberapa isu sensitif hingga menimbulkan reaksi pelbagai netizen, termasuk keluarga arwah.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.
Atas perkara yang berlaku hingga mencetuskan viral, pihak keluarga arwah dan Aliff Syukri sudah pun melakukan sidang media secara berasingan bagi menperjelaskan situasi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan dua unit kondominium khas buat dua anak mereka iaitu Soffya dan Fahri bersempena dengan ulang tahun...