Penyanyi Aina Abdul selaku juri undangan konsert Big Stage 2022 minggu kedua yang Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi berpendapat peserta pertama yang tersingkir, Iqbal Zulkefli sebagai bijak dalam mencari peluang.

Aina berkata, dia juga menghormati keputusan usahawan itu untuk sama-sama bersaing di Big Stage musim terbaru selain menyifatkan dia sebagai seorang yang berani.

“Dia bijak, Tahu Guna Peluang Yang Ada,” – Aina Abdul ‘Salute’ Keberanian Iqbal, Sedia Maklum Tuan Badan Dah ‘Lali’ Komen Pedas “Dia bijak, Tahu Guna Peluang Yang Ada,” – Aina Abdul ‘Salute’ Keberanian Iqbal, Sedia Maklum Tuan Badan Dah ‘Lali’ Komen Pedas

“Bagi saya dia bijaklah. Bagaimanapun saya tidak pasti mengenai mengapa dan bagaimana dia boleh menyertai program ini. Bukan mahu mengatakan persembahannya ‘teruk’, akan tetapi kalau nak dibandingkan dengan peserta lain, kebolehan dia itu mungkin sedikit ke bawah.

“Apa sahaja Iqbal punya objektif, dia bijak. Dia juga tahu menggunakan peluang yang dia ada. Untuk saya, thats is really brilliant.

“Saya ‘salute’ pada Iqbal sebab dia berani. Saya tak akan seberani itu. Contohnya macam sertai Maharaja Lawak, saya tak akan buat sebab saya sedar diri ini tidak lawak.

IKLAN

“Jadi kepada Iqbal, tak kisahlah komen apa-apa yang awak terima hari ini, saya tahu awak mesti sudah kuat, ‘lali’ dengan semua komen,” katanya.

Turut terlibat dalam seni secara serius selepas menyertai sebuah program realiti, penyanyi lagu Sepi ini tidak menafikan, para peserta miliki semangat yang kuat khasnya ketika berdepan komen para juri.

“Saya jadi ‘anxiety’. Kalau saya yang berada di situ, rasanya saya tidak kuat seperti mereka yang masih lagi boleh senyum.

IKLAN

“Untuk sayalah, bila terdengar komen-komen ‘pedas’, saya pandang tempat lain. Tak sanggup nak tengok sebab saya boleh rasa apa yang mereka rasa,” katanya lagi.

“Dia bijak, Tahu Guna Peluang Yang Ada,” – Aina Abdul ‘Salute’ Keberanian Iqbal, Sedia Maklum Tuan Badan Dah ‘Lali’ Komen Pedas“Dia bijak, Tahu Guna Peluang Yang Ada,” – Aina Abdul ‘Salute’ Keberanian Iqbal, Sedia Maklum Tuan Badan Dah ‘Lali’ Komen Pedas

Terdahulu, bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

IKLAN

Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap bersama komposer, Ajai manakala juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida minggu ini.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/BC7URRDM_mI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI